“Tegas Tapi Mesra” – Pendekatan Pengetua Ini Santuni Murid Setiap Pagi Buat Ramai Terpegun
Menerusi video berkenaan, Pengetua SMK Taman Yarl bukan setakat menyambut malah turut bersalaman dan memeluk para pelajar yang baru tiba di sekolah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai bersetuju bahawa guru yang tegas adalah guru yang sebenarnya diam-diam sayang akan pelajar. Cuma, sikap yang ditonjolkan hanya semata-mata ingin pelajar hormat kepada mereka.
Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berjawatan tinggi seperti guru disiplin dan pengetua sekolah. Pasti susah untuk kita lihat guru-guru ini berkarakter santai, bersahaja dan kelakar.
Namun, ada sahaja mereka yang bersifat lain dari kebiasaan. Seperti baru-baru ini, seorang pengetua meraih pujian ramai apabila dia dilihat menyantuni pelajar-pelajarnya sebelum mereka masuk ke dalam perkarangan sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kira Bangsa, Semua Dilayan Sama” – Guru SJKC Dipuji Bantu Murid Ketika Hujan
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Sumbangan RM2 Juta Untuk ‘Upgrade’ Fasiliti Sekolah Cina Bikin Orang Ramai Terkejut
Pengetua Sambut Murid Setiap Pagi Sebelum Masuk Sekolah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@drahmadkamal5577), video ini dikongsikan oleh admin akaun pengetua itu sendiri yang memperlihatkan suasana pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Yarl, Kuala Lumpur.
Pengetua sekolah itu dilihat berdiri di hadapan pintu pagar dan menunggu murid-murid yang tiba untuk masuk ke kawasan sekolah. Dalam suasana yang tenang dan bersahaja, beliau menyambut setiap pelajar dengan senyuman.
Apa yang menarik perhatian ialah caranya menyapa pelajar lelaki bukan sekadar bersalaman, malah dia turut memeluk mereka dengan penuh kasih sayang.
Perwatakannya tetap tegas, namun dalam masa sama, beliau menunjukkan teladan sebagai pemimpin yang dekat dengan anak-anak muridnya.
Melihat kepada perkongsian-perkongsian lain di akaun yang sama, ia jelas menunjukkan bahawa ini bukanlah kali pertama beliau menyantuni murid setiap pagi dengan cara itu.
Beliau sememangnya sudah dikenali dengan karakter “bapa penyayang” yang sering beramah mesra dengan pelajar, ibu bapa, dan sesiapa pun yang lintas dalam pandangannnya.
@drahmadkamal5577 ( ADMIN ) DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN BELIAU BERPENGALAMAN SEBAGAI; 1. GURU SEKOLAH DI SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM ( 1999 – 2006) 2. WARDEN ASRAMA SMK SEKSYEN 18, SHSH ALAM ( 1999 – 2003 ) 3. JURULATIH UTAMA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( BAHAGIAN SEKOLAH, KPM – 2002 – 2006) 4. PENOLONG PENGARAH DISIPLIN MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2006- 2007( 5. PENOLONG PENGARAH KAUNSELING MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2008-2010) 6. KETUA UNIT HEM ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2011) 7. KETUA UNIT AKADEMIK ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2012) 8. PENYELIDIK PERINGKAT KEDOKTORAN ( UNI MALAYA, 2013 – 2015) 9. KETUA PENOLONG PENGARAH ( PUSAT DIPLOMASI BAHASA DAN BUDAYA, IDFR, KEMENTERIAN LUAR NEGARA ( 2016 – 2018) 10. KETUA JABATAN, JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KPM ( 2019 – 16 SEPTEMBER 2024) 11. PENGETUA, SMK TAMAN YARL, KUALA LUMPUR ( 17 SEPTEMBER 2024 HINGGA KINI ) TAHNIAH TUAN PENGETUA. #MOTIVASI #pengetua #PENDIDIK #cikgutiktok #gurutiktok #fyp #gurutiktok #fypage #fypp #tiktokviral #tiktok #MALAYSIA #pmx #fadhlinasidek #BEST #FYP #tiktok #viral #TIKTOK #top #fypage #yes #teachersoftiktok #fypppppppppppppp #fypppp #fypppppppppppppp #top #fadhlinasidek
♬ suara asli – user2278004627618 – user2278004627618
Ramai Tersentuh, Anggap Pelajar Terima Kasih Sayang Di Sekolah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pengetua sekolah tersebut yang dilihat sangat mementingkan para pelajar dalam memberi contoh baik untuk menyantuni satu sama lain.
Ramai juga yang tersentuh memikirkan bahawa ada dalam kalangan pelajar mungkin tidak menerima pelukan atau perhatian sebegitu di rumah, dan sekolah menjadi satu-satunya tempat mereka merasai kasih sayang yang ikhlas.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman tentang pengetua di sekolah masing-masing yang masih mengekalkan hubungan baik antara guru dan pelajar, walaupun berada pada kedudukan tinggi dalam organisasi sekolah.




Hubungan Baik Guru & Murid Bantu Pembentukan Sahsiah Pelajar
Peranan guru bukan hanya mendidik dari sudut akademik, tetapi juga membentuk nilai dan sahsiah dalam diri pelajar. Apabila wujud rasa hormat yang dibina atas dasar kasih sayang, pelajar akan lebih terbuka untuk menerima nasihat dan teguran.
Pendekatan mesra seperti yang ditunjukkan pengetua ini bukan sahaja mewujudkan suasana sekolah yang positif, tetapi juga memberi impak besar terhadap perkembangan emosi dan sahsiah pelajar dalam jangka masa panjang.
Sebagai langkah proaktif, pihak sekolah lain juga boleh mempertimbangkan untuk mengamalkan budaya sambutan mesra setiap pagi seperti ini, sama ada melalui barisan guru bertugas atau pentadbir sendiri.
Malah, sesi menyambut pelajar dengan berjabat tangan, bertanya khabar atau memberi pujian kecil boleh dijadikan rutin mingguan sebagai tanda sokongan moral kepada murid-murid.
Inisiatif seperti ini memupuk hubungan yang lebih rapat antara guru dan pelajar serta menjadikan sekolah ruang yang dihargai, selamat dan memberi semangat untuk terus belajar.
Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Mata Memandang” – Guru Suap Murid Makan, Ramai Tersentuh Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 1.5 Juta Tontonan, Gadis Melayu Ini Dipuji Fasih Berbahasa Mandarin Ketika Ajar Murid
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Kreatif Ajar Topik Pembiakan Manusia Guna Lagu, Tapi Ramai Jadikan Ia Jenaka
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



