Penghuni Rumah Pangsapuri ‘Bertekak’ Guna Nota Pasal Lesung Batu Raih Perhatian
Penghuni rumah apartmen yang menulis nota tersebut turut meminta individu yang menggunakan lesung batu terbabit tidak mementingkan diri dan menyuruhnya membeli alat pengisar kerana hidup berjiran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi kewajipan semua yang hidup berjiran untuk sentiasa hormat-menghormati dan menjaga silaturahim.
Malah di dalam Islam juga kita turut dituntut untuk menjaga adab dengan jiran tetangga agar tidak mengundang rasa kurang senang dan hidup sebagai masyarakat yang harmoni.
Namun kita juga sering kali mendengar luahan individu mengenai sikap jiran yang kurang disenangi sehingga boleh mengundang kepada pertengkaran, pergaduhan dan sebagainya.
Tular penghuni rumah pangsapuri saling berbalas nota, bergaduh tentang lesung batu
Baru-baru ini tular satu hantaran memaparkan kerenah penguni rumah pangsapuri yang bergaduh disebabkan rasa terganggu dengan tindakan jirannya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan salah seorang penghuni di rumah pangsa berkenaan telah meninggalkan nota yang ditujukan kepada jiran yang sering menggunakan lesung batu dipercayai untuk memasak.
Menerusi nota terserbut kelihatan si penulis seperti sudah tidak tahan dengan bunyi tumbukan lesung berkenaan memandangkan mereka hidup di rumah pangsa.
Minta jangan pentingkan diri dan ingat jiran apabila guna lesung batu
Malah si penulis juga meminta individu berkenaan untuk tidak mementingkan diri serta membeli alat pengisar yang tidak akan menghasilkan bunyi bising seperti lesung batu.
“Awak yang selalu tumbuk cili guna lesung batu, ada fikir tak jiran dekat atas atau bawah rumah awak?
“Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Don’t be selfish, blender murah lah dekat Shopee. Kita orang doakan awak sedar dan beringat akan hidup jiran dekat rumah pangsa ni.
“Beli blender jangan dok sedap je tumbuk cili guna lesung batu,” tulis salah seorang penghuni rumah pangsa itu.

Individu minta pindah rumah jika tak boleh duduk berjiran
Nota itu bagaimanapun dibalas oleh seorang individu dan ia ditampal di satu permukaan yang dilihat seperti dinding lift.
Individu itu meminta agar penghuni berkenaan untuk berpindah ke kawasan perumahan lain sekiranya tidak boleh duduk berjiran.
Malah turut menyifatkan penghuni yang menyuruhnya membeli alat pengisar sebagai “lemah dan pemalas”.
“Kalau tak boleh duduk berjiran atas, bawah, kiri dan kanan, rasanya dah boleh pindah ke rumah banglo. Rasanya sebab tak ada jiran atas bawah kan.
“Tapi sekejap.. Lahhh! Tak mampu.. Kalau mampu tak duduk sini kan? HAHAHAHAHAH.
“Dari: Si lesung batu yang di ketuk banyak kali tetap teguh dan utuh.
“Kepada: Si blender yang lemah dan pemalas,” tulis individu berkenaan.

Berbalas surat dalam lift gaduh pasal tumbuk sambal je 😭
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) May 28, 2025
Ini jumpa depan2 ni confirm tarik rambut ni pic.twitter.com/ZXVwF3Zhu2
Nota saling berbalas mengenai lesung batu raih pelbagai reaksi
Nota yang dilihat saling berbalas-balasan itu kemudiannya telah mencetus pelbagai reaksi netizen.
Ini kerana ada yang merasakan ia perkara yang luar biasa dan lucu kerana penghuni rumah pangsa berkenaan bergaduh disebabkan lesung batu.
Tidak kurang juga ada yang mempersoal dan memberikan tips untuk ‘si lesung batu’ menggunakan pelapik kain apabila ingin menumbuk.
Ini kerana ia akan mengurangkan bunyi tumbukan daripada didengari oleh jiran tetangga.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah berdepan dengan situasi sama apabila bergaduh mengenai jiran yang menggunakan lesung batu.
Malah ada yang berpendapat isu seperti ini boleh bertoleransi antara satu sama lain.
Bukan hanya itu, ada juga yang mengatakan individu yang menegur mengenai penggunaan lesung batu itu tidak tahu makanan lebih sedap jika ditumbuk menggunakan lesung batu.
“Nak pakai lesung boleh je. Tapi kena ada common sense lapik dengan kain”

“Benda boleh je toleransi. Yang guna batu lesung alaslah kain. Yang jiran pun orang menumbuk tu tak sampai 10 minit pun”

“Baru tumbuk cili, relax lah. Yang setiap waktu kiamulail main gulu tu elok je. Chill-chill je hidup berjiran pangsa”

“Yang suka alih perabot tengan malam pun sama, deko lah siang hari. Orang pun ada perabot juga”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



