Now Reading
“Elak Kena Curi Kak” – Netizen Sindir Wanita Mengadu Cashier Kedai Keluarkan Barang Dalam Beg Untuk Scan Harga

“Elak Kena Curi Kak” – Netizen Sindir Wanita Mengadu Cashier Kedai Keluarkan Barang Dalam Beg Untuk Scan Harga

Pelanggan kedai serbaneka 99 Speedmart itu berasa berang selepas staf kedai tersebut mengeluarkan semua barangan yang nak dibeli dari beg shopping miliknya di kaunter pembayaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pembeli sudah tentu anda mahukan servis dan produk terbaik dari sesebuah perniagaan. Setiap pelanggan juga perlu diingatkan untuk mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan setiap premis kedai.

Namun kadangkala masih ramai yang enggan mematuhinya. Lebih parah lagi apabila golongan ini mula membuat aduan mengenai perkara tersebut di platform media sosial.

Bukannya mahu mengaku salah dan belajar dari kesilapan, malah menuding jari lagi kepada pihak yang terang-terangan betul dalam situasi terbabit.

Wanita Berang Staf 99 Speedmart Keluarkan Barang Dari Beg Shopping Tiap Kali Nak Scan Harga

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita membuat aduan tentang pengalamannya beberapa kali mengunjungi sebuah kedai serbaneka 99 Speedmart sebelum ini.

Menurutnya setiap kali ke sana, dia akan terus meletakkan barang-barang yang ingin dibeli ke dalam beg beli-belah yang dibawanya dari rumah.

Setibanya di kaunter pembayaran, dia membuka begnya dengan besar agar pekerja dapat imbas terus kod produk dari dalam beg dan tidak perlu mengeluarkan barang itu satu per satu.

Bagaimanapun, cashier berkenaan dikatakan masih mengeluarkan setiap satu barang dari beg dan meletakkannya di atas kaunter. Perkara tersebut membuatkan pengguna Threads ini berang kerana dia berpendapat tindakan itu menyusahkan dirinya.

“Paling menyampah bila pergi 99 Speedmart, kita dah buka beg luas-luas supaya dia boleh periksa dan scan (imbas) barang. Tapi dia (cashier) sibuk keluarkan satu-satu letak atas kaunter lepas tu buat tak reti nak masukkan balik!

“Bukan sekali tetapi banyak kali! Padahal tak terhalang pun kamu nak scan tu,” luahnya.

View on Threads

Orang Ramai Kecam Pembeli Kerana Letak Barang Terus Dalam Beg Sebelum Bayar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Ramai di kalangan masyarakat yang bersetuju dengan tindakan cashier tersebut bagi mengelakkan berlakunya kesilapan seperti tersalah kira atau lebih teruk lagi kes kecurian.

“Maaf ya puan, biasanya cashier tak nak jadi kes komplot mencuri walaupun korang berdua tak kenal antara satu sama lain. Selain itu, nak elak scan berganda atau tidak scan langsung,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada juga yang berkongsi kes penipuan yang pernah berlaku di pasar raya sebelum ini.

“Sebab ada CCTV (kamera litar tertutup) dekat kaunter pembayaran tu. Jadi (bila keluarkan semua barang) nampak la dia scan semua. Dalam kedai tadi ada sekeluarga kena tangkap sebab si anak yang jadi cashier pasar raya tu.

“Lepas tu dia tak scan pun barang-barang yang keluarga dia beli. Mereka pura-pura tak kenal sampai la pihak pengurusan perasan kenapa pelanggan ni asyik nak membayar dekat cashier yang tu je,” dedah seorang warganet.

Sementara itu, netizen juga berkata situasi tersebut tidak sepatutnya menjadi satu isu untuk diketengahkan di media sosial.

“Benda kecil macam tu pun nak baran. Benda senang, masuk je la balik dalam beg. Bukan berat macam angkat perabot pun,” kata seorang wanita.

“Pelanggan macam ni la paling b*ngang sekali. Orang dah sediakan bakul, kau shopping la guna bakul tu. Ni sibuk nak masukkan (barang) dalam beg shopping sendiri yang besar gedabak lepas tu letak macam tu je dekat atas kaunter.

“Harapkan cashier yang kena keluarkan barang kau, scan, masuk kan balik macam tu?” balas seorang lagi individu.

Sumber: Threads (@ciknorfaa)

8,000 Premis Perniagaan Tidak Lagi Sediakan Beg Plastik

Untuk info, 99 Speedmart merupakan antara salah satu 8,000 premis perniagaan yang tidak lagi menyediakan kemudahan plastik untuk pelanggan. Inisiatif yang bermula pada 1 Oktober 2024 itu melibatkan 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan.

Sumber: Malay Mail

Jelas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebelum ini, pelanggan diberi pilihan untuk membawa beg mereka sendiri dari rumah atau membeli mana-mana jenis beg kitar semula yang dijual di sesebuah kedai.

Oleh disebabkan itu, ramai pengguna sudah mula membawa beg sendiri agar mereka tidak perlu bersusah payah membeli yang baharu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Namun begitu, adalah lebih baik anda menggunakan bakul atau troli disediakan oleh premis sebelum melakukan pembayaran. Tak adalah sampai perlu lakukan kerja dua ke tiga kali. Ia dalam masa sama memudahkan urusan staf cashier yang bertugas dan pembeli itu sendiri.

Selepas selesai sahaja scan dan membayar, baru masukkan kesemua barangan ke dalam beg yang dibawa.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Plastik Di 8,000 Premis Perniagaan Bermula 1 Oktober 2024

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Penggunaan Beg Plastik Pada Tahun 2025

Baca Artikel Berkaitan: Pasar Raya Di Negeri Sembilan Tidak Dibenar Caj 20 Sen Untuk Beg Plastik, Penduduk Negeri Lain Buat Perbandingan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd