Now Reading
“Dia Selalu Buat Macam Ni” – Aksi Wanita Berdiri & Angkat Tangan Ketika Bawa Motosikal Undang Perhatian

“Dia Selalu Buat Macam Ni” – Aksi Wanita Berdiri & Angkat Tangan Ketika Bawa Motosikal Undang Perhatian

Difahamkan wanita itu sudah banyak kali melakukan aksi sama di atas jalan raya sekitar Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tiba di destinasi dengan selamat merupakan semua harapan pengguna jalan raya tidak kira pemandu kenderaan berat dan kereta atau pun penunggang motosikal. Pun begitu, ada juga segelintir individu yang suka cari ‘pasal’ dan berkelakuan cuai.

Seperti pada Julai tahun lalu, tular di media sosial menyaksikan seorang penunggang motosikal dengan selamba melanggar lampu merah dan membuat aksi ‘wheelie’.

Bagaimanapun, niat untuk melakukan aksi tersebut dengan jayanya tidak berhasil selepas dia terjatuh di tengah-tengah persimpangan terbabit. Sakit dapat, malu pun dapat.

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Malukan Diri” – Individu Jatuh Lepas Langgar Lampu Merah Untuk Buat Aksi ‘Wheelie’

Penunggang Motor Tiba-tiba Berdiri Semasa Di Atas Jalan Raya

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@krnadia7) menunjukkan situasi berbahaya di atas jalan raya sekitar Pulau Pinang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang penunggang motosikal wanita yang berada di laluan kanan secara tiba-tiba berdiri dalam keadaan kenderaannya yang masih bergerak.

Dia pada awalnya dilihat mengangkat tangan kirinya sambil berdiri sebelum bertindak mengangkat kedua-dua tangannya sekali. Tidak lama kemudian, dia kembali duduk dan meneruskan perjalanannya.

“Buat hal lagi la perempuan ni,” kata pemilik akaun TikTok di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@krnadia7/video/7508040206721830161

Tonton video penuh [DI SINI].

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Facebook Penang Kini.

“Masih ada lagi, mungkin tak sihat nampaknya tu. Harap keluarga dapat selamatkan,” kata pengendali akaun Facebook itu.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Wanita Diri Atas Motor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Ramai berpendapat wanita itu hanya mahu berseronok dengan melakukan perkara tersebut.

“Dia berhibur cara dia, tak ganggu orang dan keselamatan orang lain. Tapi kalau ada gangguan harap dia dinasihatkan supaya naik basikal atau jalan kaki sahaja,” kata seorang lelaki.

Malah seorang individu yang dipercayai mengenali wanita itu berkata perangai penunggang motosikal berkenaan memang sebegitu.

“Aunty ni kadang-kadang memang macam ni. Tapi orangnya okay tak kacau sesiapa pun. Dia ada sebuah kereta Honda City model baharu. Selalu nampak dia datang ziarah ibu dia,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berkata aksi tersebut adalah berisiko dan boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Bahaya naik motor macam tu. Kalau terbabas orang lain pula yang terlibat sama,” kata seorang pengguna Facebook.

Sumber: Penang Kini

Wanita Tunggang Motosikal Sambil Main Telefon

Sebelum ini pada September 2024, turut tular satu lagi kejadian berbahaya melibatkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal jenis skuter di belakang sebuah lori.

Menerusi video tersebut, kelihatan individu itu sedang bermain dengan telefonnya menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan pula memegang handle motosikal.

Wanita terbabit dilihat mengangkat telefon itu seolah-olah untuk merakam dirinya. Aksi tersebut sekaligus menyebabkan motosikal yang dibawa terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil mengikut lori itu.

Baca Artikel Berkaitan: Angkara Bawa Anak Kecil Buat Aksi ‘Wheelie’, Bapa Kini Ditahan Polis Johor

Baca Artikel Berkaitan: “Honk Jin Ke Tu” – Motosikal Gerak Sendiri Atas Jalan Raya Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd