Now Reading
Apakah Hukum Makan Daging Korban Nazar Jika Hajat Belum Termakbul?

Apakah Hukum Makan Daging Korban Nazar Jika Hajat Belum Termakbul?

Untuk info, ibadah korban terbahagi kepada dua jenis iaitu korban wajib dan sunat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji pada Sabtu minggu hadapan (7 Jun 2025) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1446.

Malah ramai juga golongan berkemampuan yang merebut peluang sempena Hari Raya Aidiladha ini bagi menunaikan ibadah korban lembu atau kambing. Hikmah melakukan ibadah tersebut adalah bagi memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS semasa mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Allah SWT.

Bahkan hukum menunaikan korban juga adalah sunat muakkad dan akan dilimpahkan ganjaran pahala yang besar dari Maha Esa.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih Afdal Korbankan Seekor Kambing Atau Satu Bahagian Lembu? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Niat Akikah Anak Digabung Dengan Ibadah Korban?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai

Hukum Makan Daging Korban Nazar Jika Hajat Belum Tertunai

Kalau anda nak tahu, ibadah korban ini terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama adalah yang selalu dilakukan para Muslim semasa Hari Raya Aidiladha iaitu korban sunat.

Korban kedua dikenali sebagai korban wajib (nazar atau wasiat). Korban nazar diwajibkan buat individu yang telah bernazar untuk melakukan ibadah korban jika suatu hajat atau keinginannya dimakbulkan Allah SWT.

Sumber: Aqiqah Centre

Namun timbul juga persoalan sama ada individu boleh makan daging korbannya atau pun tidak meskipun hajat tidak tertunai selepas selesai korban itu.

Soalan: “Pada tahun ini saya bernazar untuk melakukan korban jika saya mendapat pekerjaan lain. Namun, sehingga hampir tiba Hari Raya Korban, saya masih tidak mendapat apa-apa khabar berita berkenaan keputusan temuduga yang saya hadiri.

“Pun begitu, saya tetap mengambil bahagian dalam korban tersebut dan melaksanakannya. Soalan saya, bolehkah saya memakan daging korban yang telah saya laksanakan tersebut atas niat sebagai nazar, walaupun masih tiada khabar berita tentang keputusannya?”

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Jawapan:

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama menetapkan bahawa korban yang dilaksanakan kerana menunaikan nazar yang telah tercapai tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban tersebut. 

Hal ini kerana korban yang dilaksanakan itu adalah wajib disedekahkan kesemuanya kepada golongan fakir dan miskin. Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah Ranha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلَا يَعْصِهِ”

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia melakukan ketaatan tersebut. Manakala, barangsiapa yang bernazar untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, maka janganlah dia melakukan kemaksiatan tersebut.

[Hadis riwayat al-Bukhari: (6696)]

Sumber: SBS Agroternak

Perlu Bayar Semula Kadar Daging Nazar Jika Sudah Termakan

Sekiranya sudah termakan daging korban nazar itu, maka dia perlu membayar sejumlah wang mengikut kadar daging yang telah dimakannya.

Perlu diingatkan juga bahawa anda tidak perlu menyembelih haiwan lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan. 

Sumber: Aqiqah Centre

Untuk info, hukum menunaikan nazar ketaatan bagi hajat yang telah tercapai seperti nikmat yang diperolehi atau bala yang berjaya dielakkan adalah wajib berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.

[Surah al-Hajj: 29]

Bagaimana Jika Hajat Belum Tertunai?

Bagaimanapun situasi ini hanya tertakluk buat mereka yang sudah mencapai hajat dimohon melalui nazar.

Sekiranya permintaan itu belum tertunai maka tiada kewajipan ke atas dia untuk melaksanakan apa yang dinazarkan.

Sumber: Aqiqah Centre

Berdasarkan soalan sebelum ini, individu itu masih belum mendapat apa yang dinazarkannya iaitu memperoleh pekerjaan baharu. Oleh itu, tiada kewajipan keatasnya untuk menunaikan ketaatan yang dinazarkan iaitu melaksanakan korban.

Jika dia masih melakukan korban, maka ibadah tersebut dikategorikan sebagai korban yang sunat. Hukum makan sebahagian daging korban sunat itu pula adalah harus dan ianya dibolehkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak

Baca Artikel Berkaitan: 3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Ibadah Qurban


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd