[Video] Penduduk ‘Sakan’ Rakam Aksi Kejar Mengejar Polis Dalam Kawasan Perumahan Raih Pelbagai Reaksi
Menerusi video berkenaan, seorang penduduk turut dilihat mendukung bayi berhampiran kereta suspek itu terbabas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah bukan sesuatu yang asing. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja, termasuk di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk.
Apabila kejadian seperti ini berlaku berhampiran rumah sendiri, ramai yang secara spontan akan keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Mengikuti norma pada masa kini, pastinya telefon akan menjadi alatan utama bagi merakam situasi berkenaan.
Namun, ramai tidak sedar tindakan tersebut boleh mengundang bahaya sekiranya situasi bertukar menjadi lebih serius seperti kemalangan atau kejadian tembak-menembak.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Kejar Suspek Bawa Daun Ketum & Ubat Batuk Sejauh 55km Di Kelantan
Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Nak Kejar Maghrib” – Kereta Nyaris Terlibat Kemalangan Lepas Pecut Di Bukit
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian
Penduduk Keluar Rumah Rakam Aksi Kejar-Mengejar Depan Mata
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@rupannn1234), individu tersebut memuat naik rakaman detik cemas aksi kejar mengejar antara polis dan sebuah kenderaan yang berlaku betul-betul di kawasan perumahannya.
Di awal video, kelihatan suasana kejiranan masih tenang sebelum dikejutkan dengan bunyi siren yang kedengaran secara berselang-seli muncul dan hilang.
Beberapa penduduk mula keluar dari rumah masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Lebih merisaukan, ada juga yang dilihat keluar sambil mendukung bayi untuk turut sama meninjau keadaan.
Perakam turut sempat berkomunikasi dengan jirannya, memaklumkan bahawa kenderaan polis sedang mengejar sebuah kereta yang sedang melarikan diri.
Tidak lama kemudian, kenderaan suspek bersama kereta polis yang mengejar meluncur laju melalui barisan rumah mereka.
Aksi itu berakhir apabila kereta suspek terbabas lalu melanggar pagar sebuah rumah. Polis segera keluar dari kenderaan dan mengepung kereta terbabit.
Apa yang membimbangkan, beberapa penduduk yang berada di luar rumah dilihat semakin menghampiri kawasan kejadian dipercayai ingin melihat dengan lebih dekat tanpa menghiraukan risiko yang ada.
Individu bersama bayi berkenaan turut berada sama di situ biarpun keadaan sudah menjadi makin mencemaskan.
@rupannn1234 #kajang #tamankajangmewah #policechase #25may #polis
♬ original sound – Theva – rupannn1234
Netizen Luah Rasa Bimbang Lihat Penduduk Hampiri Kawasan Bahaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dan hairan melihat segelintir penduduk yang bertindak menghampirkan diri di lokasi berbahaya itu.
Ramai mempersoalkan mengapa ada yang sanggup keluar bersama anak kecil hanya kerana ingin melihat kejadian secara dekat.
Malah ada yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa sendiri serta keluarga.



Kenapa Anda Perlu Jauh Dari Lokasi Kejadian Kejar Mengejar

Tindakan keluar daripada rumah dan menghampiri lokasi kejadian jenayah bukan sahaja membahayakan, malah boleh menyukarkan tugas pihak berkuasa.
Terlampau banyak kemungkinan buruk yang tidak diingini mungkin berlaku dalam situasi tegang itu. Antara risiko yang perlu diambil kira adalah:
- Peluru sesat jika berlaku tembakan antara suspek dan polis.
- Kenderaan hilang kawalan dan boleh merempuh orang awam.
- Ganggu operasi polis yang perlu ruang untuk bertindak.
- Letupan atau serangan balas jika suspek memiliki senjata.
- Trauma kepada kanak-kanak yang melihat kejadian ganas secara langsung.
- Mungkin disyaki sebagai individu terlibat jika berada terlalu dekat tanpa sebab.
Orang awam dinasihatkan agar kekal berada di tempat selamat dan beri laluan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan situasi tanpa gangguan sekali gus mengutamakan keselamatan anda bersama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Ditahan Polis, Disyaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Di Masjid
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.