Now Reading
“Tadi Dah Isi RM2..” – Kereta Tersadai Tepi Jalan, Ramai Luluh Hati Lihat Anak-Anak Kecil Terpaksa Tolak Kereta

“Tadi Dah Isi RM2..” – Kereta Tersadai Tepi Jalan, Ramai Luluh Hati Lihat Anak-Anak Kecil Terpaksa Tolak Kereta

Difahamkan, kereta itu kehabisan minyak dan terpaksa ditolak anak-anak kecil sebelum dibantu oleh keluarga perakam yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesusahan yang menimpa seseorang kadang kala bukan sekadar ujian buat mereka sahaja. Dalam sesetengah situasi, ia juga menjadi peringatan kepada kita yang melihat.

Tidak semua orang hidup dengan nasib yang sama. Ada yang diuji dengan rezeki yang berbeza. Mungkin anak yang ramai, atau kenderaan yang uzur, namun mereka tetap berusaha meneruskan hidup.

Baru-baru ini, sebuah rakaman yang tular menyentuh hati ramai apabila anak kecil dilihat menolak kereta ibu mereka yang tersadai di tepi jalan gelap, dalam masa sama hanya bertemankan cahaya dari telefon bimbit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Pimpin Tangan, Ramai Puji Pemuda Prihatin Tolong Aunty Lintas Jalan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ribut Tiba-Tiba Melanda, Netizen Terharu Lihat Satu Padang Turun Bantu Pegang Khemah

Keluarga Tersadai Di Tepi Jalan Dalam Gelap, Bayi Tidur Di Belakang

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@piqkal22), seorang wanita berkongsi detik menyayat hati apabila dia sekeluarga terserempak dengan sebuah kereta yang tersadai di tepi jalan dalam perjalanan pulang dari pantai.

Difahamkan, mereka terlihat kelibat beberapa kanak-kanak sedang menolak kereta di seberang jalan gelap. Terpanggil untuk membantu, mereka berpatah balik dan berhenti di belakang kenderaan tersebut.

Wanita ini terus bertanya kepada dua anak kecil yang berada di luar kereta mengenai apa yang berlaku.

Lebih meruntun jiwa apabila dia mendapati seorang bayi sedang tidur di tempat duduk belakang, bersebelahan dengan meja dan kerusi plastik yang dipercayai barangan niaga.

Ibu Isi Minyak RM2, Keluarga Perakam Segera Hulur Bantuan

Menurut wanita itu, mereka sudah cuba menghidupkan enjin berulang kali, malah telah mencuba ‘jumper’, namun kereta tetap gagal dihidupkan.

Apabila ditanya jika minyak masih ada, si ibu menjawab ringkas, “Dah isi dah tadi dua ringgit.” Jawapan itu benar-benar menyentuh hati si perakam yang memahami betapa sukar keadaan mereka.

Tanpa berlengah, dia dan keluarganya terus ke stesen minyak berhampiran, mengisi petrol ke dalam tong kosong, dan kembali ke lokasi.

Mereka membantu mengisi minyak ke dalam kereta tersebut dan turut memberikan sedikit bekalan makanan serta jajan yang dibeli di kedai serbaneka stesen minyak tadi.

Akhirnya, enjin berjaya dihidupkan dan kedua-dua keluarga meneruskan perjalanan masing-masing.

@piqkal22

Malam sabtu dale pukul 12malam kami dari pata irama otw kelik sapa kemayan napok budak kecik 2 ore tolok keto dengan jale gelap gelemak lapu jale takhidup mengucap tengok , terus uturn keto turun tengok rupanya seorang ibu dan 3 anak yang masih kecil lepastu check la keto muga takhidup try jumper takleh pastu tanyo ado minyak tak kak dia oyak ado buh doh sakni 2ya , luluh rasa hati takcukup minyak patut la takhidup .

♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Keprihatinan, Mahu Bantu Ibu & Anak-Anak Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji keprihatinan keluarga perakam yang bertindak pantas membantu tanpa banyak soal.

Ada juga yang prihatin dengan bertanya jika terdapat sebarang maklumat si ibu atau anak-anak untuk mereka hulurkan bantuan kewangan atau barangan asas.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua keluarga tersebut, dan berharap agar lebih ramai masyarakat tampil membantu mereka yang dalam kesempitan hidup.

Sumber: TikTok @piqkal22
Sumber: TikTok @piqkal22

Pemilik video juga menjelaskan bahawa rakaman yang dibuat bukanlah bertujuan menggunakan kesusahan orang lain atas dasar populariti.

Menurutnya, dia ingin menjadikan perkongsian ini sebagai satu nilai dan pengajaran agar masyarakat terus berbuat baik sesama manusia.

Sumber: TikTok @piqkal22

Bantuan Sentiasa Dibalas Dengan Kebaikan

Kebaikan kecil seperti ini membuktikan bahawa kebaikan masih wujud dalam masyarakat kita dan menjadi inspirasi untuk terus menyebarkan nilai murni kepada semua.

Tindakan keluarga ini sejajar dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan membantu sesama manusia. Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Rasulullah SAW bersabda:

Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.

Riwayat Muslim, No. 2699

Hadis ini mengingatkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas, menjadikan sikap prihatin sebagai satu amalan yang penuh keberkatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Kondominium Prihatin Cari Suara Wanita Jerit Gara-gara Suami Tidak Sedarkan Diri

Baca Artikel Berkaitan: “Prihatin Dengan Rakyat” – Lelaki Dipuji Bersihkan Longkang Tersumbat Sekitar Johor

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Trafik Dipuji, Sanggup Berkaki Ayam Demi Bersihkan Longkang Tersumbat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd