“Kerja Sekolah Sudah Komplit” – Aksi Kucing Tiba-Tiba ‘Shuffle’ Raih 4.4 Juta Tontonan
Orang ramai turut mengaitkan aksi kucing berkenaan dengan kumpulan shuffle terkenal di negara suatu masa dahulu iaitu Shafla Detura.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gelagat kucing yang bermacam tidak pernah gagal menyebabkan orang ramai yang menyaksikannya berasa terhibur.
Memang banyak telatah si bulus yang kelihatan comel, tetapi ada juga yang sehingga menimbulkan kebingungan dalam kalangan orang ramai.
Kucing juga sering disifatkan sebagai seekor haiwan yang bijak kerana seolah-olah pandai melakukan sesuatu demi mendapatkan apa yang diingini olehnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Letak Child Lock Kak” – Orang Ramai Puji Kucing Bijak Buka Pintu Ais Untuk Lepak Di Dalam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gerak Dah Separuh Jalan, Ramai Terhibur Lelaki Baru Sedar Kucing Ikut Pulang Dalam Ambulans
Kucing Tiba-Tiba Shuffle Di Depan Kawan
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik ke TikTok (@jaigolek) menyaksikan telatah seekor kucing yang menggelikan hati orang ramai.
Kucing berwarna perang itu pada mulanya menghampiri seekor lagi kucing lain. Namun apa yang peliknya adalah apabila si bulus tersebut tidak semena-mena menyeret kaki belakangnya seolah-olah sedang melakukan aksi ‘shuffle’.
“Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba shuffle,” tertulis pada video tersebut.
Setelah beberapa saat melakukan aksi itu, si bulus itu lantas berhenti dan menoleh ke belakang.
Video itu juga menjadi lebih mencuit hati dengan penggunaan bunyi dialog dari filem Blood Brothers, “Mampus la orang nak cakap apa. Yang penting kita ada gaya”.
Telatah kucing itu sememangnya meraih perhatian ramai sehingga video terbabit mencecah 4.4 juta tontonan dengan bilangan tanda suka menghampiri 700 ribu setakat artikel ini ditulis.
@jaigolek ♬ original sound – ammarhasawi
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kaitkan Aksi Kucing Shuffle Dengan Kumpulan Shafla Detura
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat aksi si bulus itu dan berkata bahawa dia pasti mahu menunjukkan kebolehannya di hadapan rakannya.
Mereka turut mengaitkan aksi kucing berkenaan dengan kumpulan shuffle terkenal di negara suatu masa dahulu iaitu Shafla Detura.
“Yang seekor lagi tak boleh join sebab kerja sekolah belum komplit,” seloroh seorang individu memetik lirik lagu dari kumpulan shuffle itu.
Seorang pengguna TikTok turut meminta agar pemilik akaun membolehkan video terbabit dimuat turun oleh orang ramai kerana dia mahu menunjukkan kebolehan kucing itu kepada kenalannya.
Dalam masa sama, seorang individu berasa pelik mengapa kucing boleh berbuat aksi sedemikian memandangkan tapak kakinya bersifat kesat dan bukannya licin.
Ada juga yang berkata si bulus yang kelihatan seperti sedang shuffle itu sebenarnya mahu melepaskan hajatnya.














Ada Kucing Kerap Lakukan Aksi Shuffle
Aksi seperti shuffle itu memang ada dilakukan oleh si bulus, namun tidak pasti mengapa mereka bertindak sedemikian.
Seperti yang dikongsikan di TikTok oleh seorang individu, seekor kucing yang dimilikinya sering melakukan aksi shuffle sebelum berbaring di suatu tempat.
Selain itu, ada juga si bulus yang melakukan gerakan itu menggunakan kaki hadapannya yang kelihatan seperti sedang mengorek sesuatu.
Sekiranya kucing anda juga berbuat sedemikian dan kelihatan sihat sahaja, mungkin ia hanyalah tabiatnya dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Walau bagaimanapun diingatkan juga jika si bulus tiba-tiba membuat telatah baharu yang berserta dengan perubahan pada tabiat, adalah lebih elok jika dibawa ke doktor haiwan bagi menjalani pemeriksaan.
@cemongandthegeng Yang penting nak baring kene shuffle dulu #catsoftiktok #yangpentingadagaya #cats #fyp ♬ original sound – ammarhasawi
Tonton video penuh [DI SINI].
@felineolympians Is this the cat shuffle??? #catshuffle #mainecoon #dance ♬ original sound – FelineOlympians
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Yeah Atuk Dah Sampai!” – Ramai Teruja Lihat Kucing Cam Bunyi Enjin Motor Lelaki Ini
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Kucing ‘Santai’ Lepak Dalam Keranda Curi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



