“Hati-hati Bila Mandi” – Lelaki Terkejut Jumpa Banyak Serpihan Kaca Di Air Terjun
Serpihan kaca berwarna hijau itu dijumpai di Air Terjun Kanching, Rawang, Selangor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika waktu lapang atau semasa hujung minggu, pasti ramai di antara kita akan mencari aktiviti yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan cuti tersebut. Segelintir masyarakat Malaysia, suka meluangkan masa membeli-belah tetapi ada juga mengambil kesempatan yang ada untuk berjoging di taman.
Selain itu, ramai tidak melepaskan peluang untuk ‘grounding’ dengan alam semula jadi sebagai contoh mengunjungi sungai, jeram, air terjun dan sebagainya.
Namun perlu diingatkan, setiap tempat pasti ada kebaikan dan keburukannya khususnya dari segi keselamatan. Oleh itu adalah penting untuk setiap individu berjaga-jaga semasa berada di situ.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Sering Sakit? Kaedah Sunbathing & Grounding Mampu Atasi Masalah Ini
Lelaki Terkejut Jumpa Banyak Serpihan Kaca Tajam Di Air Terjun
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Tengku Annas (@annasizzuan) berkongsi suasana semasa berada di Air Terjun Kanching, Rawang, Selangor.
Niat untuk bermandi-manda tergendala apabila Annas terjumpa serpihan kaca di dalam air sungai tersebut. Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki itu sedang gigih mengutip kaca-kaca botol yang bertaburan merata tempat di dalam air sungai mengalir itu.
Annas ketika dihubungi TRP berkata tiada pengunjung yang tercedera pada ketika itu, namun dia berasa risau kerana ramai budak kecil sedang mandi di aras dua air terjun terbabit.
Dalam masa sama, ramai juga pengunjung lain pada waktu itu membantu Annas mengutip setiap kaca yang ada di sana.
“Banyak gila. Nampak tak (serpihan) hijau-hijau ni? Tak tahulah datang daripada mana. Ni dekat Rawang. Kalau budak-budak mandi kena kutip buang,” katanya di dalam video berkenaan.
Lelaki Harap Orang Ramai Berjaga-jaga Ketika Ke Air Terjun
Menerusi semakan kami di ruangan komen, ada juga pengunjung lain yang pernah terjumpa serpihan kaca yang lebih besar di aras enam lokasi terbabit.
Dalam pada itu, Annas menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada jika berhasrat untuk mengunjungi air terjun itu.
“Hati-hati bila mandi sungai. Dah macam Final Destination,” ujar Annas lagi.
@annasizzuan Sebelum mandi tu cek dulu hati-hati semua #sungai #mandiairterjun #fyp #kaca #hatihati #finaldestination ♬ som original – Juvitoreditz
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kongsi Pengalaman Terpijak Kaca Ketika Mandi Sungai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang untuk mandi sungai atau air terjun selepas ini.
“Takutnya nak mandi sungai Ahad ni,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga menasihati masyarakat untuk memakai kasut atau sandal yang sesuai untuk bermandi-manda di sungai.
Sementara itu, ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman ngeri mereka semasa terpijak kaca di sungai.
“Pernah kena terbelah habis. Sejak dari tu mandi pakai kasut untuk main dalam air tu,” kata seorang pengguna TikTok.
“Dulu waktu aku kecil kawan aku terkerat jari kaki dia kena kaca. Semenjak tu turun sungai pakai selipar,” kongsi seorang lagi netizen.








Langkah Keselamatan Ketika Mandi Di Sungai Atau Air Terjun
Buat mereka yang berhasrat untuk bermandi-manda di sungai atau air terjun selepas ini, jangan pula anda terus batalkan rancangan tersebut.
Sebaliknya ikuti langkah keselamatan ini, insya-Allah semuanya akan selamat dan sebarang bentuk musibah tidak berlaku. Antaranya:

- Periksa ramalan cuaca sebelum bergerak ke lokasi.
- Perhatikan sama ada air sungai berwarna gelap atau tidak, kebiasaannya jika kawasan itu gelap ia menandakan bahawa tempat tersebut adalah dalam.
- Kenal pasti laluan dan jalan keluar yang selamat dari sungai.
- Sebaiknya memakai wisel di leher.
- Pastikan mandi di kawasan 50-100 meter daripada arah air mengalir. Dengan cara ini anda boleh berjaga-jaga dengan kepala air.
- Sediakan tali untuk agar ia dapat digunakan sewaktu kecemasan.
- Memakai pakaian yang ringan dan tidak berat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Selamat Saat Akhir, Perkhemahan Tepi Sungai Nyaris Dibawa Arus Kepala Air
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Awalnya Teruja, Lelaki Mohon Maaf Kerana Promosi Air Terjun Bahaya Di Negeri Sembilan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Remaja Indonesia Lemas Di Air Terjun Jami, Jasad Ditemukan Pada Kedalaman 5 Meter
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.