Now Reading
Lebih Afdal Korbankan Seekor Kambing Atau Satu Bahagian Lembu? Ini Penjelasannya

Lebih Afdal Korbankan Seekor Kambing Atau Satu Bahagian Lembu? Ini Penjelasannya

Dalam melakukan ibadah korban, seekor kambing akan dikorbankan berbanding lembu yang boleh dikongsi sebanyak tujuh bahagian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan bulan Zulhijjah yang semakin menghampiri, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Haji dalam masa kurang dua minggu sahaja lagi.

Di samping menjalankan Rukun Islam kelima yakni mengerjakan haji bagi yang mampu, umat Islam juga dianjurkan agar melakukan ibadah korban bersempena dengan Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, pasti ramai yang memasang niat untuk melaksanakan ibadah tersebut pada tahun ini telah memilih haiwan korban masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak

Ibadah Korban Tidak Wajib, Tetapi Sangat Dituntut

Dalam memenuhi tuntutan agama, umat Islam dianjurkan agar melaksanakan ibadah korban menjelang 10 Zulhijjah setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).”

Surah Al-Kauthar, 108: 2

Walaupun hukum ibadah korban secara umumnya adalah tidak wajib, namun ia merupakan sunat muakkad yang sangat dituntut ke atas mereka yang berkemampuan. Sebaliknya umat Islam yang tidak mampu tidak perlu mengerjakan ibadah korban.

Dalam masa sama, individu yang melakukan nazar untuk berkorban wajib untuk menjalankannya.

Sumber gambar: Institut Latihan Islam Malaysia

Umat Islam Lebih Afdal Korbankan Seekor Kambing

Dalam melakukan ibadah korban di dalam negara, antara haiwan ternakan yang sentiasa dipilih rata-rata umat Islam ialah lembu dan kambing.

Sekiranya memilih kambing, seekor haiwan itu perlu dikorbankan berbanding lembu yang boleh dikongsi sebanyak tujuh bahagian.

Kebiasaannya harga bagi seekor kambing adalah lebih mahal berbanding satu bahagian lembu, yang mungkin membuatkan orang ramai lebih memilih untuk mengorbankan lembu.

Namun begitu, yang manakah antara dua haiwan ini lebih afdal dikorbankan? Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya umat Islam lebih afdal mengorbankan seekor kambing berbanding satu bahagian lembu.

Ini adalah seperti yang disebut oleh Imam Khatib al-Syirbini yang menjelaskan, “Melakukan korban bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya”.

Malah, daging kambing juga lebih baik dan enak untuk dikongsi dan diagihkan kepada orang lain.

4 Hari Untuk Lakukan Ibadah Korban Bermula Dari 10 Zulhijjah

Bagi mereka yang melakukan ibadah korban, diingatkan bahawa waktu menyembelih haiwan bermula dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai khutbah bagi solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Waktu ini berlanjutan sehingga terbenamnya matahari pada tanggal ke 13 Zulhijjah, menjadikan waktu menyembelih haiwan korban selama empat hari iaitu pada hari raya Aidiladha dan tiga Hari Tasyrik.

Sumber gambar: Institut Latihan Islam Malaysia

Memetik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), korban menjadi tidak sah jika haiwan disembelih sebelum atau selepas tempoh itu. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”

Namun bagi mereka yang berniat nazar korban, yang tidak sempat melakukannya dalam hari-hari Tasyrik, dia masih wajib melakukannya dan perbuatan itu dikira sebagai qada.

Selain itu, terdapat juga perkara yang tidak boleh dilakukan oleh individu yang melakukan ibadah korban, iaitu:

  • Membayar penyembelih dan tukang lapah dengan memberi daging korban.
  • Beri daging korban pada orang bukan Islam.
  • Jual daging, kulit, lemak, bulu dan mana-mana bahagian lain haiwan korban.
  • Individu yang menjalankan korban nazar (wajib) tidak boleh makan daging korban.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Ibadah Qurban

Baca Artikel Berkaitan: Berniat Untuk Lakukan Ibadah Korban? Ini Antara Perkara Sunat Yang Dianjurkan Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Niat Akikah Anak Digabung Dengan Ibadah Korban?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd