Ibu Dakwa Cikgu Cubit Telinga Anak Hingga Mengelupas Hanya Kerana Kutip Pensel Bawah Meja
Dakwa si ibu, anak lelaki dikenali sebagai Harraz itu nangis tersedu-sedu sebaik pulang dari sekolah kerana dicubit oleh guru.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Anak-anak dihantar ke sekolah agar mereka dapat menimba ilmu. Pun begitu, kes melibatkan segelintir guru yang mendera pelajar dari segi fizikal dan mental dilihat semakin berleluasa sehingga mencetus kebimbangan di kalangan ibu bapa.
Seperti terbaharu, tular video di media sosial apabila seorang ibu mendakwa anak perempuannya telah dimalukan oleh beberapa guru dipercayai di kantin sekolah di hadapan murid-murid lain.
Dalam video tersebut, jelas kedengaran salah seorang guru mengherdik Lisa sambil menuding jari kepada murid tersebut. Si ibu turut mendakwa bahawa guru terlibat sering kali mengelak daripada bertemu dengannya untuk membincangkan tentang perkara itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Dimalukan” – Adik Sajat Dakwa Anak Diherdik Guru Depan Murid Lain Sehingga Emosi Terganggu
Baca Artikel Berkaitan: KPM Jalankan Siasatan Selepas Tular Dakwaan Guru Malukan Pelajar Sehingga Ganggu Emosi
Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya Baru Darjah 1” – Ustazah Didakwa Lempang Murid Hanya Sebab Tak Jumpa Surat
Ibu Dakwa Telinga Anak Dicubit Di Sekolah
Selepas kes itu tular, hantaran seorang ibu dikenali sebagai Keela ini pula mendapat perhatian ramai di laman Threads (keela.mohd).
Dakwa wanita itu, anak lelakinya bernama Harraz pada tahun lalu telah dicubit oleh guru di sebuah sekolah agama. Namun perkara yang membuatkannya berang adalah tindakan ustazah berkenaan yang menyebabkan Harraz sampai tercedera.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi, kelihatan telinga sebelah kanan Harraz pada waktu itu berwarna merah dipercayai akibat dicubit dengan kuat sehinggakan kulit mengelupas.
“Pasal kes baru ni cikgu menekan-nekan, herdik anak murid sampai teresak-esak budak tu, diasak keliling semua cikgu depan kawan, memang aku tak nafikan (benda itu berlaku). Cikgu zaman sekarang ni jenis merepek. Tapi aku tak cakap semua cikgu, ada sesetengah yang okay,” dakwanya.
Telinga Anak Dicubit Kerana Kutip Pensel Bawah Meja
Dakwa Keela lagi, telinga Harraz dicubit hanya kerana kanak-kanak berkenaan mengutip pensel di bawah meja.
Tambah wanita itu, anak lelakinya menangis teresak-esak selepas pulang dari sekolah pada hari kejadian.
“Tersedu-sedu dia menangis sampai merah betul telinga. Kita ni bukan jenis mak bapa terus terjah, balik tu minta dia cerita dahulu,” dakwanya.
Keela kemudiannya memaklumkan kes terbabit selesai selepas suaminya berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah pada keesokan harinya.
View on Threads
Ramai Bengang Dengan Aksi Cikgu Yang Cubit Telinga Hingga Cedera
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa membaca dakwaan ustazah yang mencubit anak murid hanya disebabkan pensel.
“Allah luluh ya hati tengok macam ni. Ya saya bagi kebenaran dekat cikgu untuk rotan dan ajar tetapi tidak la sampai cederakan. Kita pun tahu nakal anak macam mana. Tapi kalau dah begini dibuatnya anak kita patut ke ek? Sedih la,” luah seorang wanita.
Malah ramai juga ibu bapa meluahkan rasa bimbang untuk menghantar anak ke sekolah kerana dikhuatiri perkara sebegitu berlaku.
“Entah apa-apa. Kalau macam ni, ramai ibu bapa susah hati nak hantar anak pergi sekolah. Anak dah besar akan pendendam. Sejujurnya saya tak setuju dengan (kelakuan segelintir) cikgu-cikgu sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tolong hentikan perkara ini,” tegas seorang netizen.
Sementara itu, segelintir individu turut mengingatkan para pengajar untuk mengawal emosi dan tidak melepaskan rasa marah kepada anak murid di sekolah.
“Biasa cikgu-cikgu macam ni mereka ada masalah di rumah kemudian dibawa ke sekolah. Anak murid yang jadi mangsa,” kata seorang pengguna Threads.






Murid Lelaki Lebam Pada Muka, Dakwa Kena Tampar & Ditumbuk Guru
Kes aduan ibu bapa melibatkan anak yang dikasari oleh guru sudah banyak kali berlaku sebelum ini.
Pada Disember 2024 lalu, seorang murid tahun empat mengalami lebam pada bahagian muka dipercayai ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor.
Menurut pihak pengurusan pusat jagaan kanak-kanak, budak lelaki berusia 10 tahun itu dikenakan hukuman berkenaan selepas berlakunya perselisihan faham antara mangsa dan pelajar lain di makmal komputer sekolah terbabit.
“Saya terima laporan bahawa mangsa mendakwa disepak sebelum terjatuh dan menangis. Cikgu lelaki terbabit didakwa menampar dan tumbuk muka budak itu. Kemudian rambut mangsa ditarik dan diheret sampai ke pejabat sekolah berkenaan,” kata pihak pusat jagaan.
Orang ramai diingatkan untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang bentuk keganasan yang berlaku di antara murid dan guru di sekolah.
Namun harus diketengahkan apa yang berlaku bukanlah lesen untuk masyarakat merendahkan profesion seorang guru. Ini kerana terdapat ribuan guru yang sentiasa mendidik dan memberikan 100% komitmen sehingga meletakkan diri di tempat kedua.
Baca Artikel Berkaitan: “Guru Macam Ni Buat Kita Yakin” – Cikgu Dipuji Bantu Murid Introvert Buat Presentation Depan Kelas
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kira Bangsa, Semua Dilayan Sama” – Guru SJKC Dipuji Bantu Murid Ketika Hujan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5KM Jarak Untuk Pulang, Cikgu Tumpangkan Murid Sekolah Pedalaman Balik Ke Rumah Dipuji Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.