“Duduk, Dengar Dulu” – Murid Sangkakan Cikgu Bawa Vape Ke Kelas, Rupanya Ia Alat Muzik
Murid-murid tersebut pada mulanya menyangkakan alat muzik yang dikenali sebagai kazoo itu merupakan vape.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kanak-kanak sememangnya berjiwa suci, malah apa sahaja yang keluar dari mulut mereka adalah secara spontan atau berdasarkan apa yang mereka dengar dan tahu.
Walaupun apa yang dilontarkan mungkin dapat mencuit hati orang dewasa, namun rata-rata mereka menerima sahaja nasihat dan teguran daripada kanak-kanak.
Kebiasaannya perkara yang ditegur oleh mereka pasti ada kebenarannya, namun kadangkala ada juga salah faham yang timbul dalam kalangan kanak-kanak yang perlu diperjelaskan oleh orang yang lebih dewasa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Telatah Kanak-kanak Gelabah Dengar Siren Bomba Semasa Demonstrasi Kecemasan Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Kanak-kanak Di Indonesia Beri Semangat Kepada Rakan Untuk Lafaz Hadis Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-kanak Bantu Ayah Tebar Roti Canai Ketika Cuti Sekolah Raih Pujian
Anak Murid Tegur Cikgu Disangkakan Bawa Vape Ke Dalam Kelas
Seperti yang dikongsikan oleh seorang guru di akaun TikTok miliknya (@khairulandryan), kedengaran anak-anak murid menegurnya tentang merokok.
“Cikgu cakap tak boleh hisap rokok, tapi cikgu hisap rokok,” kata salah seorang kanak-kanak di dalam kelasnya.
Guru muzik yang dikenali sebagai Cikgu Khairul itu kelihatan bingung apabila ditegur oleh anak muridnya memandangkan dia langsung tidak memegang atau berdekatan rokok pada waktu itu.
Mereka menunjukkan ke arah satu alat yang disangkakan sebagai vape yang tergantung pada leher cikgu itu. Melihat kepada alat tersebut, ia sememangnya kelihatan seperti vape dengan warnanya yang berwarna-warni.
Cikgu Terangkan Bukan Vape, Tetapi Sejenis Alat Muzik
Sebaik menyedari salah faham tersebut, Cikgu Khairul menjelaskan bahawa alat itu bukanlah vape, sebaliknya ia merupakan sejenis alat muzik yang ‘ditiup’.
Dia kemudiannya meminta anak-anak murid untuk meneka nama alat muzik tersebut dan akan memberi ganjaran dalam bentuk 2,000 Robux (duit di dalam permainan dalam talian Robox), bernilai hampir RM100.
“Ini alat muzik. Siapa yang tahu nama alat ini, cikgu akan bagi dia Robux sebanyak 2,000,” katanya sebelum kedengaran jeritan keterujaan anak-anak murid.
Dia turut memberi beberapa hint kepada mereka seperti huruf pertama alat muzik itu (K) dan huruf terakhirnya (O). Rupa-rupanya alat muzik itu ialah kazoo dan dimainkan dengan cara meniup ke dalamnya.
Akhirnya, Cikgu Khairul memainkan lagu Aspalela seperti yang diminta oleh salah seorang anak muridnya dengan menggunakan gitar dan kazoo untuk menunjukkan bagaimanakah alat muzik itu berfungsi.
@khairulandryan siapa ada benda ni 🤣🤣
♬ original sound – Khairulandryan
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Kanak-Kanak Kenal Lagu Aspalela
Video tersebut yang telah mencecah 1.6 juta tontonan dengan hampir 70 ribu tanda suka sememangnya menarik perhatian orang ramai.
Malah ada juga yang berseloroh memberi jawapan kepada nama alat muzik itu demi mendapatkan Robux yang dijanjikan.
Ada juga yang mengimbau saat mereka di bangku sekolah mempelajari muzik menggunakan rekorder.
Di samping itu, ramai pengguna media sosial rasa kagum apabila salah seorang murid meminta untuk Cikgu Khairul untuk memainkan lagu Aspalela memandangkan ia merupakan lagu ‘old school’ yang terkenal dalam kalangan generasi milenium.
Seorang individu juga memuji kebijaksanaan kanak-kanak tersebut yang memesan kepada guru terbabit agar tidak merokok.
Malah, seorang lagi pula berasa terharu mendengar kanak-kanak di dalam kelas itu saling bergelak ketawa dan bergembira.









Kazoo Dimainkan Dengan Membuat Bunyi Irama Muzik
Kazoo merupakan sejenis alat muzik yang mudah dimainkan dan dikatakan tidak memerlukan sebarang kemahiran muzik.
Sebenarnya cara memainkan kazoo bukanlah dengan meniup ke dalamnya seperti rekorder, seruling dan sebagainya. Sebaliknya ia dimainkan dengan cara membuat ‘humming’ atau menyanyikan melodi secara memuncungkan bibir.
Merupakan sejenis membranophone, bunyi pada kazoo dihasilkan menerusi getaran membrannya.
Berdasarkan laman web The Birthplace of Country Music, kazoo yang dikenali pada masa kini diilhamkan oleh seorang Amerika berdarah Afrika bernama Alabama Vest sekitar tahun 1840an.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tarian Singa Dengan Alunan Muzik Tradisional Kaum India Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Kerja Sia-sia” – Dr Fadzilah Kamsah Minta Henti Belajar Sambil Dengar Muzik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Majlis Konvokesyen Guna Lagu Dangdut, Ramai Persoal Pemilihan Muzik Tak Kena Tema & Merepek
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.