“Dia Nak Buat Baja” – Telatah Ibu Fokus Kutip Kulit Bawang Di Pasar Raya Bikin Ramai Terhibur
Menurut anak perempuan, ibunya itu masih mahu mengumpul kulit bawang di pasar raya meskipun sudah ada banyak di rumah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda nak tahu, ramai di kalangan ‘kaki kebun’ di luar sana yang sanggup menghabiskan wang untuk membeli perkakas dan bahan-bahan bagi mencantikkan tanaman.
Sebagai contoh baja-baja pokok. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu baja organik yang boleh didapatkan di rumah adalah lebih jimat dan berkualiti berbanding yang dibeli di pasaran.
Bukan sahaja menguntungkan, malah tanaman juga akan kelihatan sihat dan membesar dengan baik. Oleh disebabkan itu, ada segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat kualiti baja yang bermutu tinggi.
Ibu Kutip Kulit Bawang Di Pasar Raya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurnisaamira) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nisaamira berkongsi telatah ibunya semasa mengunjungi sebuah pasaraya Econsave.
Kebiasaannya di ruangan display bawang-bawang, para ibu akan mengambil masa yang agak lama untuk membelek dan memeriksa setiap satu bawang tersebut agar tidak terbeli yang sudah rosak atau tidak berkualiti.
Namun lain pula buat ibu Nisaamira apabila dia dilihat mengutip kulit-kulit bawang yang bertaburan di ruangan berkenaan.

Dalam klip sama, si ibu dilihat sedang sibuk memenuhkan bungkusan plastik dengan kulit bawang merah berserta bawang putih.
“Satu bungkus okay dia bawa balik. Macam la dekat rumah ni tak cukup ek,” ujar Nisaamira di ruangan kapsyen.
Si Ibu Kutip Kulit Bawang Untuk Dijadikan Baja Organik
Jelas anak perempuan tersebut, ibunya itu menggunakan kulit bawang berkenaan sebagai baju organik untuk tanaman di rumah.
Menurut seorang pengguna TikTok pula, kulit bawang di pasar raya selalunya diberi secara percuma kepada para pembeli.
@nurnisaamira satu plastik ok dia bungkus bawak balik 🤣 macam kat rumah tk cukup cukup ekk?!! #fyp #viral #bajaorganik #ibu ♬ Chicken Banana – Crazy Music Channel
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Si Ibu Kumpul Kulit Bawang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat ibu Nisaamira yang bersahaja mengumpul kulit bawang di pasar raya itu.
“Ya Tuhan. Mak siapa la ni 😂,” jenaka seorang pengguna TikTok.
Malah ada yang berpendapat staf pasar raya lebih suka jika ada pelanggan yang menawarkan diri untuk mengambil kulit-kulit berkenaan.
“Saya rasa diorang lagi suka ada pelanggan macam ni. Senang diorang tak payah nak sedut kulit bawang tu,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai berkata adalah lebih baik menggunakan bahan semula jadi tersebut sebagai baja daripada ia dibuang begitu sahaja.
“Tanya mak kejap dia nak buat apa kulit bawang tu? Sebab saya pun ada minta nak beli kulit bawang, orang pandang lain macam je. Sebab nak buat baja letak dekat pokok bunga. Daripada buang baik saya ambil kan,” kata seorang netizen.







Cara Penyediaan Baju Organik Kulit Bawang
Untuk pengetahuan semua, baja kulit bawang ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk pokok atau tanaman bunga. Antaranya adalah seperti berikut:
- Menyuburkan tanaman.
- Menggalakkan pertumbuhan pucuk pokok baharu.
- Percepatkan proses pembesaran bunga dan buah.
- Membunuh hama dan serangga perosak.

Cara penyediaaan baja ini pula sangat simple dan boleh dilakukan oleh semua orang. Langkah pertama adalah, mengasingkan kulit dengan bawang.
Selepas mencucinya dengan bersih, rendam semalaman kulit bawang di dalam bekas yang dipenuhi air. Selepas sehari, siram tanaman menggunakan air rendaman sebelum sisa kulit ditaburkan bawang ke atasnya.
NOTA: Anda boleh memilih untuk tidak merendam kulit berkenaan, namun ia dikhuatiri akan terbang dek angin.
Baca Artikel Berkaitan: Pavilion REIT Lancar Inisiatif Hijau: Ubah Cara Uruskan Sisa Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Pencinta Alam Sekitar Ini Berhenti Guna Tandas Sejak 1945, Jadikan Najis Sebagai Baja
Baca Artikel Berkaitan: “1Kg Dapat RM1” – Inisiatif Tangkapan Ikan Bandaraya Oleh Kerajaan Selangor Tarik Perhatian Ramai [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.