[Video] Motor Berkuasa Tinggi Bekas Kemalangan Tersadai Tepi Curam, Individu Minta Netizen Cari Owner
Difahamkan, pemilik video dalam perjalanan ke Sungai Congkak bagi urusan peribadi sebelum terperasan motosikal tersebut di tepi curam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tak semua kemalangan diumumkan secara terbuka kepada orang ramai. Ada juga yang hanya meninggalkan kesan, sama ada melalui serpihan kenderaan atau lokasi yang ditinggalkan, lalu menimbulkan pelbagai persoalan.
Lebih-lebih lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang sentiasa ingin tahu, pelbagai ikhtiar akan dilakukan untuk mencari jawapan, apatah lagi jika melibatkan keselamatan nyawa seseorang.
Terbaharu, sebuah motosikal jenis superbike ditemui dalam keadaan mencurigakan di tepi semak berhampiran Dam Semenyih. Kenderaan itu dipercayai terlibat dalam kemalangan berdasarkan keadaannya yang tersadai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Cari Uncle Yang Bantu Ketika Kereta Rosak Di SUKE
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Tindakan Lelaki Bantu Sedarkan Pemandu Tertidur Ketika Tunggu Lampu Isyarat [Video]
Motosikal Terperosok Di Pokok
Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna TikTok (@wiwi.racy_3444), lelaki itu berkongsi suasana kejadian dipercayai di kawasan jalan sunyi semasa dalam perjalanan menuju ke Sungai Congkak.
Video berkenaan memaparkan keadaan sebuah motosikal Honda CBR1000RR yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan uzur.
Menurut individu yang menemui motosikal berkenaan, dia khuatir jika pemiliknya terlibat dalam kemalangan dan mungkin terjatuh ke dalam kawasan curam atau tasik berhampiran.
Dalam masa yang sama, dia tidak menolak kemungkinan pemiliknya telah selamat dan meninggalkan kenderaan itu untuk mendapatkan bantuan.
“Adakah sesiapa mengenali pemilik motor ini? Saya terjumpa di tepi jalan Dam Semenyih. Tak tahu apa status.
“Dah cuba cari dan panggil di kawasan sekitar, tapi tiada sahutan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@wiwi.racy_3444 ada sesiapa yg mengenali owner motor ni tak? no plate WB 113 R. Honda CBR 1000RR. saya terjumpa di tepi jalan dam semenyih.. x tau apa status.. da cuba cari dan pangil di kawasan sekitar..tapi tiada sahutan atau jejak orang.. risau kalau dia eksiden sorang diri dan terjatuh kedalam tasik dibawah gaung.. dalam masa yg sama terpikir mungkin owner selamat dan meningalkan motor utk dapatkan bantuan..
♬ Bila Waktu T’lah Berakhir – Opick
Netizen Puji Keprihatinan, Gesa Laporan Polis Dibuat Segera
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan perakam yang berkongsi maklumat penting ini untuk membantu siasatan atau pencarian pemilik motosikal tersebut.
Ada juga yang menggesa agar laporan polis segera dibuat kerana bimbang sekiranya benar berlaku kejadian yang tidak diingini, terutama di kawasan yang sunyi dan berisiko tinggi.



Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar segala urusan individu terbabit dipermudahkan, termasuk jika terdapat usaha mencari mangsa yang mungkin terlibat.


Jika Terjumpa Kenderaan Kemalangan Dalam Keadaan Curiga, Apa Perlu Buat?
Dalam situasi seperti ini, langkah awal yang diambil boleh menentukan keselamatan orang lain. Berikut adalah beberapa tindakan am yang boleh dilakukan oleh orang awam jika menjumpai kenderaan tersadai dalam keadaan mencurigakan. Antaranya:
- Pastikan Kawasan Selamat – Jangan terus dekati kenderaan jika kawasan nampak berisiko seperti berhampiran gaung atau air deras. Periksa dari jarak selamat dahulu.
- Tinjau Sekeliling – Lihat jika ada kesan kemalangan seperti serpihan, barang peribadi atau tanda-tanda seseorang cedera atau terjatuh.
- Panggil atau Laung Nama – Cuba panggil secara lisan jika mangsa masih berada berhampiran atau tidak mampu bergerak. Elakkan masuk ke kawasan yang sukar tanpa bantuan.
- Catat Lokasi Tepat – Ambil gambar dan tandakan lokasi menggunakan fungsi GPS telefon bimbit untuk memudahkan bantuan sampai.
- Hubungi Pihak Berkuasa – Laporkan kepada pihak polis, bomba atau talian kecemasan 999 dengan segera. Berikan maklumat lengkap termasuk keadaan motosikal dan lokasi.
- Jangan Usik Kenderaan – Elakkan menyentuh atau mengalihkan kenderaan kerana ia boleh menjejaskan bukti atau menyulitkan siasatan.
- Kongsi Maklumat Dengan Berhemah – Jika ingin memuat naik ke media sosial, pastikan butiran sensitif ditutup. Fokus kepada usaha mencari bantuan, bukan tular semata-mata.
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu pihak berkuasa, malah boleh menyelamatkan nyawa jika benar-benar berlaku kemalangan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Tolak Stroller Jam 3 Pagi Cari Roti Untuk Anak Autisme, Wanita Koma Akibat Kemalangan Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Can You Come Home Now?” – Anak Perempuan Minta Tolong Orang Ramai Jejak Bapa Hilang Sejak 1 April
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan 2 Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan Terima Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.