Now Reading
[Video] Gelagat 4 Rakan Solat Berjauhan Kerana Nak Khusyuk Buat Ramai Boleh Relate

[Video] Gelagat 4 Rakan Solat Berjauhan Kerana Nak Khusyuk Buat Ramai Boleh Relate

Kelihatan empat orang rakan itu mengekalkan ‘social distancing’ di dalam sebuah surau kerana tidak mahu tergelak semasa menunaikan solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, menunaikan solat merupakan satu kewajipan dan tiang agama buat umat Islam. Malah, para Muslim juga akan dilipat gandakan ganjaran pahala yang banyak sekiranya mereka mengerjakan ibadah tersebut secara berjemaah misalnya di surau atau pun masjid.

Namun kadangkala buat anak muda, niat untuk solat secara beramai-ramai terbantut disebabkan kerenah rakan yang susah nak serius. Tidak kena dengan tempat, asyik nak bergurau sahaja kerjanya.

Perkara ini selalu terjadi di kalangan sekumpulan rakan yang begitu rapat antara satu sama lain.

Sekumpulan Rakan Solat Berjauhan Untuk Elak Tak Khusyuk

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@52277i) apabila seorang wanita berkongsi telatah sekumpulan rakannya yang sedang solat di dalam sebuah surau.

Kebiasaannya, para jemaah akan merapatkan saf jika solat secara beramai-ramai, namun lain pula buat empat sekawan itu apabila mereka menunaikan sembahyang secara bersendirian dan berjauhan iaitu di setiap sudut surau berkenaan.

Menurut perakam video, mereka bertindak sebegitu kerana takut tidak dapat khusyuk akibat gangguan rakan. Sama seperti waktu kecil-kecil dahulu, pasti ramai di antara kita yang pernah melalui momen di mana perlu menahan gelak selepas diusik.

Malah ada yang terpaksa mengulangi solatnya berkali-berkali kerana tertawa ketika mengerjakan ibadah berkenaan.

“Terpaksa solat jarak-jarak sebab tak boleh tahan gelak kalau solat sebelah-sebelah,” kata wanita itu.

@52277i

rindunya dulu

♬ original sound – هيمين – مين، 🇵🇸

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Imbau Masa Sekolah Apabila Tergelak Ketika Solat Dengan Rakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat sekumpulan wanita tersebut yang sanggup solat berjauhan hanya kerana mahu menahan diri daripada tergelak.

“Jarak betul ni macam jauh sangat social distancing dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, hantaran itu membuatkan ramai terimbau momen semasa menunaikan solat bersama rakan dahulu terutamanya waktu sekolah.

“Kau buat aku mengimbau kenangan masa dekat asrama masa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Paling mencabar tu bila nak bagi salam tepi mata nampak member asma sebab tahan gelak,” ujar seorang netizen.

“Solat dengan kawan ni memang salah satu ujian hidup. Dengar dia bernafas dekat sebelah pun jadi kelakar,” ujar seorang lagi wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berpendapat situasi rakan terpaksa mengekalkan jarak untuk solat itu masih lawak dan boleh menjadi punca mereka tertawa jika tidak khusyuk.

“Jarak-jarak pun sama je. Aura dia lain sikit kalau solat dengan kawan. Dia rukuk pun aku nak tergelak,” kongsi seorang warganet.

Sumber: TikTok (@52277i)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Telatah Murid Cuak & Gelabah Ketika Sertai Aktiviti ‘Night Walk’ Buat Ramai Terimbau Zaman Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil

Ini 11 Tips Khusyuk Solat

Tidak dapat dinafikan selain hasutan syaitan, rakan-rakan yang tidak dijangka perangainya juga boleh jadi cabaran utama untuk solat dengan khusyuk. Bahkan ada yang perlu menutup matanya agar minda tidak melayang memikirkan telatah si rakan.

Di sini kami kongsikan beberapa tips agar anda sentiasa kekal fokus dalam sembahyang. Antaranya:

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Facebook Masjid Putra Putrajaya
  • Menepati waktu solat
  • Membersihkan diri dan bersugi
  • Elak solat ketika juadah makanan sudah dihidangkan
  • Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil
  • Memakai pakaian yang bersih dan kemas
  • Jangan makan dan minum berlebihan ketika nak solat
  • Tunaikan solat di tempat tiada gangguan
  • Berwuduk dengan sempurna
  • Ibaratkan solat tersebut adalah yang terakhir atau mengingati mati
  • Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat
  • Hayati setiap bacaan al-Quran

Baca Artikel Berkaitan: Fikiran Sering ‘Melayang’ Waktu Solat? Ini Tips Untuk Lebih Khusyuk Saat Beribadah

Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Kalau Tutup Mata Hadap Kiblat? Ini Jawapannya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd