Now Reading
[Video] Bapa Bawa Anak Naik Sportbike Siap Pasang Harness Raih Pujian

[Video] Bapa Bawa Anak Naik Sportbike Siap Pasang Harness Raih Pujian

Difahamkan, kanak-kanak itu memang sudah biasa membonceng bapanya dengan cara itu kerana ia merupakan rutin hariannya ke sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama memang memudahkan banyak urusan harian. Ia menjimatkan masa dan wang selain dapat mengelakkan kesesakan jalan walaupun perlu hadapi halangan cuaca serta had bilangan penumpang.

Walaupun lebih banyak cabaran, ramai tetap memilih motosikal demi praktikaliti. Namun, aspek keselamatan terutama melibatkan anak kecil tetap jadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Baru-baru ini, seorang lelaki mencuri tumpuan apabila membawa anak kecil menaiki sportbike dengan cara yang jauh lebih selamat dan sistematik berbanding kebiasaan.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Wanita ‘Sarung’ Baldi Pada Badan Sewaktu Bonceng Motosikal Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Guna Harness, Anak Dilekap Rapi Pada Badan Bapa

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@mieraaziz93), seorang wanita merakam gelagat bapa dan anak ketika berada dalam trafik yang separa sesak.

Dalam video tersebut, kelihatan si kecil yang dipercayai berumur sekitar tiga tahun duduk di tempat duduk utama bersama bapanya kerana tidak sesuai untuk diletakkan di bahagian belakang yang sempit dan tinggi.

Apa yang menarik perhatian ialah tindakan si bapa menggunakan harness keselamatan yang menyambungkan tubuh anaknya ke badan sendiri. Harness tersebut melilit kemas bahagian pinggang dan dada si kecil.

Lebih meyakinkan, si kecil turut memakai topi keledar yang sesuai dengan saiz kepala dan kelihatan tenang sepanjang perjalanan, menunjukkan mereka sudah biasa dengan rutin ini.

https://www.tiktok.com/@mieraaziz93/video/7506696431193885970?_r=1&_t=ZS-8wakD87JVAI
Tonton video penuh [DI SINI].

“Dari Baby Dah Naik Motor”, Si Ibu Tampil Beri Penjelasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bapa yang mengutamakan keselamatan anak walaupun hanya menunggang motosikal.

Sumber: TikTok @mieraaziz93
Sumber: TikTok @mieraaziz93

Apa yang menarik, ibu kepada anak itu turut tampil memberi penjelasan. Difahamkan, si ibu menyatakan bahawa anak mereka memang sudah biasa menaiki motosikal sejak kecil lagi.

Tambah si ibu, jika dihantar ke playschool di Rawang iaitu tempat tinggal mereka, ia akan bercanggah dengan jadual kerja dia dan suami.

Menurutnya, dia yang bekerja di kilang terkadang terpaksa melanjutkan waktu pekerjaan hingga malam, manakala si bapa pula kebiasaannya pulang pada pukul tujuh. Jadi, mereka terpaksa bahagikan tanggungjawab sebaik mungkin.

Sumber: TikTok @mieraaziz93

Sportbike Kurang Sesuai Untuk Pembonceng

Sumber: Pexels

Untuk info, sportbike merupakan motosikal berkuasa tinggi yang direka untuk tunggangan solo dan prestasi tinggi. Ia tidak mempunyai ruang duduk luas atau raga hadapan seperti motosikal biasa (moped).

Kebanyakan model hanya hadir dengan satu tempat duduk atau tempat duduk belakang yang kecil. Sesetengah pemilik terpaksa ubah suai motosikal jika mahu membawa pembonceng, apatah lagi anak kecil.

Namun, tidak kira jenis motosikal sekalipun, keselamatan tetap keutamaan. Jika peralatan keselamatan lengkap dan cara tunggangan berhemah diamalkan, ia masih boleh jadi pilihan yang selamat dan praktikal.

Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd