Now Reading
Grup Facebook Negara Jiran Kongsi Fantasi Jijik Libatkan Keluarga & Budak Bawah Umur Terbongkar

Grup Facebook Negara Jiran Kongsi Fantasi Jijik Libatkan Keluarga & Budak Bawah Umur Terbongkar

Menerusi laporan media Indonesia, beberapa pengguna didakwa dalang perkongsian fantasi lucah songsang melibatkan keluarga sendiri dan kanak-kanak akhirnya berjaya dibanteras pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia digital yang semakin terbuka, jenayah seksual kini berlaku lebih berani dan terancang. Akses kepada platform sosial memberi ruang kepada sesetengah individu untuk melakukan perkara tidak bermoral tanpa segan silu.

Lebih menjijikkan apabila ada yang terbuka berkongsi fantasi lucah melibatkan ahli keluarga sendiri (incest), termasuk kanak-kanak bawah umur. Fetish luar batas kemanusiaan ini nyata melampaui akal waras.

Baru-baru ini, satu grup dalam aplikasi media sosial dikenali sebagai “Fantasi Sedarah” dengan lebih 30,000 ahli dilaporkan aktif memuat naik kandungan sebegitu sebelum akhirnya diserbu pihak berkuasa Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Boleh Didakwa Jika Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Baca Artikel Berkaitan: Kekurangan Pekerja Sosial Jadi Cabaran Dalam Usaha Lindungi Kanak-kanak Dari Gangguan Seksual [Pendapat]

Sindiket Dalam Talian Beroperasi Aktif, 6 Lelaki Ditahan

Memetik laporan Harian Metro, pihak berkuasa Indonesia menahan enam individu termasuk pentadbir utama kumpulan tersebut dalam satu operasi besar-besaran melibatkan lokasi di Pulau Jawa dan Sumatera.

Kumpulan terbabit dikesan aktif berkongsi kandungan lucah melalui Facebook menggunakan nama “Fantasi Sedarah” dan “Suka Duka”.

Kandungan dalam grup itu bukan sahaja menjijikkan, tetapi melibatkan wanita dan kanak-kanak bawah umur secara terang-terangan.

Polis Republik Indonesia (Polri) memaklumkan, siasatan awal mendapati suspek bukan sekadar pentadbir, tetapi juga pengguna aktif yang menyebarkan gambar serta video lucah kepada ribuan ahli kumpulan.

Barangan seperti telefon bimbit, komputer, dan dokumen digital turut dirampas. Salah seorang suspek utama dikenali sebagai MR, 20, ditahan di Bandung.

Pihak komuniti setempat mengakui terkejut dengan penahanan itu kerana pemuda tersebut dikenali sebagai pendiam dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku luar biasa.

Teguran Pedas Terhadap Lelaki Yang Terlibat, “Tak Patut Dibela Lagi”

Seorang pengguna TikTok (@txrrasaur26) turut tampil memberikan teguran pedas susulan pendedahan kes ini.

Menerusi perkongsiannya, dia menzahirkan rasa jijik terhadap lelaki yang menjadikan ahli keluarga dan kanak-kanak sebagai fantasi seksual.

Katanya, perbuatan ini tidak boleh dimaafkan dan pelaku tidak wajar lagi diberi peluang. Dia turut menekankan peranan lelaki sebagai pelindung, bukan pemangsa, terutamanya golongan bapa yang seharusnya melindungi anak-anak mereka.

Wanita itu juga menyeru supaya semua pelaku yang terlibat dalam jenayah seksual, tidak kira di negara mana sekali pun, dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, fantasi sedemikian adalah satu jenayah, bukan kecenderungan peribadi yang boleh dikompromi.

https://www.tiktok.com/@txrrasaur26/video/7505603375556267281?_r=1&_t=ZS-8waTkE5W9xK
Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Bahaya Jenayah Seksual Dalam Talian?

  • Jenayah seksual digital seperti ini memberi kesan trauma jangka panjang kepada mangsa, terutamanya kanak-kanak.
  • Eksploitasi melalui platform sosial boleh berlaku tanpa disedari ibu bapa atau penjaga, terutama jika kawalan peranti lemah.
  • Penting untuk orang awam melaporkan kandungan meragukan dan tidak normal yang tular dalam kumpulan sosial atau aplikasi.

Akta Yang Melindungi Mangsa Gangguan Seksual

Bagi yang kurang tahu tentang undang-undang dalam negara yang melindungi individu daripada gangguan seksual, kami senaraikan beberapa akta di bawah untuk rujukan anda. Antaranya:

  • Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) – Menyediakan mekanisme aduan dan tindakan terhadap gangguan seksual.
  • Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) – Melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual.
  • Kanun Keseksaan (Akta 574) – Seksyen 509 memperuntukkan hukuman terhadap perbuatan yang mengaibkan kehormatan seseorang.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) – Mengawal gangguan seksual melalui platform digital.
  • Akta Kerja 1955 (Akta 265) – Melindungi pekerja daripada gangguan seksual di tempat kerja.
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) – Memastikan persekitaran kerja selamat dan bebas gangguan.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Onani’ Dengan Pakaian Dalam Wanita Kini Dipenjara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sarimah Ibrahim Dakwa Pernah Kena Gangguan Seksual Dengan Kru & Diugut Tamatkan Kontrak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd