Boleh Ke Niat Akikah Anak Digabung Dengan Ibadah Korban?
Timbul persoalan sama ada niat ibadah akikah dan korban boleh disekalikan atau pun tidak memandangkan kedua-duanya adalah proses penyembelihan haiwan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak lama lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji. Dalam bulan Zulhijjah juga, para Muslim akan melaksanakan ibadah korban buat mereka yang berkemampuan.
Untuk info, hikmah melakukan ibadah ini adalah untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS bagi mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Allah SWT.
Semasa ibadah korban dilakukan, timbul pula persoalan sama ada niatnya boleh digabungkan dengan akikah atau tidak memandangkan kedua-duanya melalui penyembelihan haiwan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Sembelih Haiwan Nyawa-nyawa Ikan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Hitam Jangan Sedih”- Lembu Seperti Menangis Sebelum Dikorbankan Undang Perhatian Ramai [Video]
Pendapat Mengenai Isu Menggabungkan Niat Akikah & Korban
Menerusi semakan kami, portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan tentang perkara ini. Terdapat dua pandangan ulama mengenai isu menghimpunkan niat korban dan akikah dalam satu bahagian haiwan sembelihan.

Pendapat Pertama:
Ibadah korban tidak boleh digabungkan dengan akikah. Sekiranya dilakukan maka tidak terhasil (mendapat pahala) semua ibadah tersebut. Pendapat ini daripada ulama Syafi’iyah, Malikiyah dan Imam Ahmad.
[Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 9/370; al-Zakhirah, 4/166]
Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata kedua-dua ibadah itu mempunyai maksud yang berbeza meskipun prosesnya melalui penyembelihan haiwan.

“Seandainya seseorang berniat satu kambing untuk korban dan akikah sekaligus maka tidak berhasil (diterima) sesuatu daripada keduanya dan ia adalah jelas, kerana setiap satunya (korban dan akikah) itu adalah sunat yang dimaksudkan.
“Dan tujuan korban adalah untuk penyantunan tetamu yang umum sementara tujuan akikah adalah untuk penyantunan tetamu yang khusus, dan adalah kedua-duanya berlainan antara satu sama lain (dalam masalah-masalah tertentu),” ulas beliau.

Pendapat kedua:
Boleh menggabungkan niat korban dan akikah dalam satu sembelihan. Menurut pendapat ini, korban boleh dilaksanakan sekaligus dengan niat akikah atau sebaliknya serta terhasil (mendapat pahala) kedua-duanya.
Ia adalah pandangan Imam al-Ramli dari mazhab al-Syafie dan dari Imam Ahmad serta ulama Hanafiyah.
[Rujuk: Fath al-Bari, 12/13; Nihayah al-Muhtaj, 8/145; Kasysyaf al-Qina’, 3/29; Hasyiyah Ibn Abidin, 6/326].
Kesimpulan:
Pendapat yang diterima berhubung isu tersebut adalah tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam satu masa.
Walaupun korban dan akikah adalah satu perbuatan yang sama iaitu sembelihan haiwan, namun kedua-duanya adalah ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri serta berbeza antara satu sama lain.
Pendapat ini juga lebih bersifat ihtiyat (hati-hati) dan keluar (selamat) dari perselisihan yang timbul.

Ibadah Mana Yang Perlu Diutamakan?
Memetik mufti lagi, sekiranya tidak mampu melaksanakan kedua-dua ibadah sekaligus pada tempoh atau bulan yang sama, maka hendaklah didahulukan ibadah korban kerana ia bertepatan dengan hari raya Aidiladha dan waktunya agak singkat.
Memetik pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), akikah dan korban boleh dilakukan pada waktu dan penyembelihan haiwan yang sama namun dengan syarat bahagiannya perlulah berbeza.
Dalam erti kata mudah, satu bahagian diniatkan untuk ibadah akikah anak, manakala satu lagi untuk korban.

“Lembu boleh (dibahagi kepada) tujuh bahagian. Kalau akikah (dipilih) untuk bahagian pertama, bahagian yang kedua pula korban. Itu yang dimaksudkan dengan boleh,” jelas UAI.
5 Syarat Untuk Lakukan Ibadah Korban
Buat mereka yang melakukan ibadah korban pada tahun ini, terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu. Berikut kami sertakan mengikut perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Don sebelum ini. Antaranya:
- Islam
- Merdeka
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
“Insya-Allah jangan takut. Siapa yang berurus niaga demi Allah SWT, Allah akan mengganjarinya dengan (pahala) lipat kali ganda,” ujar beliau.
@ddaniyaldbiyajid Siapa Yang Boleh Buat Korban? Ada lima syarat yang membolehkan seseorang itu melakukan ibadah korban. Jom sama-sama check, dan topup ilmu ✨ Tengok video ni sampai habis, semoga bermanfaat. Selamat menunaikan ibadah korban!
♬ original sound – UDD
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Bawa Senapang Lepak Sini?” – Noh dan Mizz Nina Kongsi Pengalaman Ibadah Korban di Syria
Baca Artikel Berkaitan: 3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Ibadah Qurban
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.