Now Reading
Warganet Tegur Aksi Rakam Babak Ejen Ali 2, Penonton Beri Alasan Itu Hanya Credit Scene

Warganet Tegur Aksi Rakam Babak Ejen Ali 2, Penonton Beri Alasan Itu Hanya Credit Scene

Menurut penonton tersebut, video yang dirakam merupakan antara dua adegan kredit (credit scene) bagi filem Ejen Ali: The Movie 2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menonton wayang adalah antara aktiviti hiburan yang kerap dilakukan oleh rakyat Malaysia. Seperti semua sedia maklum, terdapat beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak wayang buat semua penonton.

Namun masih ramai yang bertindak mengabaikannya. Sebelum ini, model dan influencer Ameera Khan dikritik warganet kerana menyiarkan beberapa klip daripada filem House of Gucci lakonan Lady Gaga dan Adam Driver di media sosialnya.

Perkara itu kemudiannya telah mendapat perhatian Golden Screen Cinemas (GSC). GSC dalam hantarannya berkata pihak mereka turut melaporkan isu tersebut kepada pengedar filem United International Pictures untuk tindakan selanjutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Adik Neelofa Siar Klip Filem Secara Haram, Netizen Cadang Guna ‘Laser Beam’ Untuk Beri Amaran

Penonton Rakam Babak Filem Ejen Ali: The Movie 2

Baru-baru ini, ada juga yang masih melakukan perkara yang sama. Tular satu hantaran di laman TikTok (@buttercuphan) apabila seorang individu berkongsi klip babak dalam Filem Ejen Ali: The Movie 2 yang dirakam olehnya semasa menonton di sebuah wayang.

Menurut penonton tersebut, rakaman terbabit merupakan antara dua adegan kredit (credit scene) bagi filem yang baru sahaja disiarkan ini.

Dalam masa sama, individu itu juga mengingatkan orang ramai khususnya buat mereka yang berniat untuk menonton Ejen Ali: The Movie 2 agar tidak terus keluar dari panggung wayang dan menunggu credit scene berkenaan.

“Kalau keluar jangan lupa tunggu ada dua extra adegan kredit,” katanya di ruangan kapsyen.

@buttercuphan NI CREDIT SCENE ‼️LEPAS HABIS JANGAN TERUS KELUAR 2 💪🏻 CREDIT SCENE‼️‼️#ejenalithemovie2 #ejenali #ejenalithemovie ♬ original sound – buttercuphan

Tonton video penuh [DI SINI].

Untuk info, klip pendek itu akan muncul selepas kredit penutup filem telah disiarkan.

Kebiasaannya, adegan ini dipaparkan bagi menunjukkan penghargaan kepada penonton kerana menyaksikannya sampai habis, atau untuk menunjukkan ‘teaser’ bagi plot filem yang akan datang.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Penonton Muat Naik Klip Ejen Ali 2

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah peminat Ejen Ali berasa teruja dapat melihat adegan tambahan itu.

Namun rata-rata netizen mengkritik tindakan penonton yang merakam di dalam panggung wayang.

“Kan dalam pawagam tak boleh rakam-rakam. Eh aku nak rakam kena halang dengan penjaga (staf di pawagam),” kata seorang pengguna TikTok.

Individu tersebut bagaimanapun mempertahankan perbuatannya dengan mengatakan ia bukan satu isu memandangkan ia adalah credit scene di penghujung filem.

“Ramai rupanya tak faham credit scene! Orang dah tulis jangan terlepas sebab masa habis filem semua keluar padahal ada dua adegan tambahan. Credit scene ni lepas filem habis. Ni bukan spoiler pun. Lain kali baca elok-elok. Bangsa membaca bangsa berjaya,” kata penonton terbabit.

Sumber: TikTok (@buttercuphan)

GSC Beri Amaran Jangan Rakam Dalam Panggung Wayang

Satu hantaran di laman Facebook GSC sebelum ini, ada memberi amaran agar tidak merakam sebarang perkara yang berlaku di dalam panggung wayang.

Jika penonton mahu berkongsi keterujaan untuk filem tersebut, mereka boleh mengambil gambar tiket atau poster yang dipaparkan di luar.

Malah GSC turut mengingatkan rakaman untuk tontonan media sosial seperti Snapchat atau Instagram Stories juga adalah dilarang sama sekali.

“Jika sesiapa melihat aktiviti yang mencurigakan semasa filem itu, sila bersuara dan maklumkan kepada pengurus pawagam. Jika anda melihat sebarang kebocoran dalam talian, sila laporkan,” tegas GSC.

Merakam Di Dalam Panggung Wayang Adalah Satu Kesalahan

Mereka yang ditangkap merakam filem di dalam panggung wayang akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Individu yang merakam sepenuhnya filem tanpa sebarang kebenaran daripada pihak penggung wayang pula akan didenda antara RM10,000 sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai dinasihati untuk tidak melakukan perbuatan bertanggungjawab ini dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Baca Artikel Berkaitan: Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd