[Video] Dulu Jernih & Tenang, Ramai Kecewa Sungai Kini Penuh Sampah Selepas Dikunjungi Ramai
Difahamkan, kawasan sungai di Indonesia itu telah mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa bulan lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, rata-rata masyarakat gemar mencari “hidden spot” untuk beriadah atau sekadar menikmati keindahan alam semula jadi. Tempat seperti ini sering jadi tular kerana suasananya yang indah dan jarang dijejaki orang ramai.
Namun, ada sebab mengapa sesetengah kawasan dipilih untuk dikekalkan tersembunyi. Kes pencemaran dan sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab sering berlaku apabila lokasi alam semula mula mendapat perhatian meluas.
Itulah yang terjadi baru-baru ini di negara jiran, apabila sebuah anak sungai di situ mula dipenuhi pelawat selepas videonya tular. Keadaan sekeliling yang dulunya bersih kini dipenuhi dengan sampah sarap.
Baca Artikel Berkaitan: Tumpahan Bahan Kimia Di Rawang Sebabkan Pencemaran Bau Di Sungai Kundang, JAS Tahan 2 Individu
Baca Artikel Berkaitan: Pencemaran Sungai Damansara Berlaku Selepas Buih Putih & Bau Bahan Kimia Dilihat Di Sekitar Ara Damansara
Baca Artikel Berkaitan: Sampel Air Sungai Pandan Diambil, Tadika & Sekolah Agama Ditutup Akibat Pencemaran Bau
Kawasan Dipenuhi Sampah Lepas Lokasi Jadi Perhatian
Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok (@evalativa04), kelihatan perubahan drastik pada sebuah anak sungai yang terletak di kawasan alam semula jadi apabila ia menjadi tular di media sosial.
Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan menunjukkan dua suasana berbeza yang berlaku di tempat sama. Klip pertama memaparkan keadaan sebelum kawasan itu dikenali ramai.
Sungai kelihatan sangat bersih dan tenang, dengan air jernih mengalir serta suasana sunyi tanpa kehadiran pelawat.
Namun, dalam klip kedua, suasana berubah sepenuhnya. Ramai pengunjung mula memenuhi kawasan tersebut, khemah mula dipasang dan sampah kelihatan bersepah di tepi sungai.
Persekitaran yang dulu tenang kini bertukar sesak dan tercemar. Malah, air sungai juga kelihatan tidak sejernih dahulu, didakwa akibat aktiviti yang tidak dikawal seperti mandi, memasak dan membuang sisa makanan di kawasan berkenaan.
@evalativa04 semoga bermanfaat kearah yang lebih baik #sungaijernih #padanglapaiindah #sungaipadanglapai #sungaiviral #alamindah
♬ suara asli – Rajuli Almaseid – Rajuli Almaseid
Netizen Kesal Tengok Kawasan Alam Rosak Lepas Tular
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan tempat awam.
Ada yang menyatakan rasa terkilan kerana kawasan seindah itu akhirnya rosak akibat sikap pelawat sendiri.
Seorang pengguna menulis bahawa inilah sebab utama mengapa dia enggan berkongsi lokasi tempat-tempat cantik. Menurutnya, bukan semua orang tahu menghargai keindahan alam dan menjaga adab ketika berada di kawasan awam.


Padang Lapai Indonesia Mula Jadi Tumpuan Selepas Tular

Padang Lapai merupakan sebuah kawasan yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia.
Dikenali dengan landskap semula jadi yang menghijau, kawasan ini mempunyai padang rumput terbuka, barisan pokok kayu serta sungai jernih yang mengalir di tengahnya.
Sejak beberapa bulan lalu, kawasan ini mula menjadi tumpuan ramai selepas beberapa video mengenainya tular di media sosial.
Orang ramai mula mencari lokasi tepat sungai tersebut untuk merasai sendiri keindahannya, sekali gus menjadikan tempat itu sesak terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti.
Bagaimanapun, limpahan pengunjung ini turut memberi tekanan kepada ekosistem setempat yang sebelum ini tidak menerima jumlah pelawat sebanyak itu.
Jika tiada tindakan diambil, ada kemungkinan kawasan ini akan terus tercemar dan hilang daya tarikannya sebagai lokasi semula jadi yang memukau.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buang Baju Ciplak Dalam Sungai Melaka, PBT Keluarkan Kompaun RM500
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Antara 5 Negara Dengan Pencemaran Plastik Tertinggi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Selamat Saat Akhir, Perkhemahan Tepi Sungai Nyaris Dibawa Arus Kepala Air
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



