“Loya Tekak!” – Wanita Dedah Nasi Lemak Dibeli Untuk Anak Sudah Basi, Dakwa Peniaga Tak Amanah
Menerusi perkongsian berkenaan, pemilik video mendakwa makanan tersebut sudahpun basi dari kedai kerana baru sahaja dibeli.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan budaya dan rasa. Situasi ini membuka peluang besar kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan makanan.
Ramai yang sanggup mencuba nasib dengan berniaga di pasar malam dan gerai tepi jalan. Namun, tak semua peniaga benar-benar menitikberatkan tanggungjawab terhadap kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan makanan didakwa basi yang dibeli di sebuah pasar malam berdekatan rumah pelanggan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Loya Tekak Lihat “Cucuk-Cucuk” Didakwa Untuk Niaga Disorok Bawah Kanvas
Baca Artikel Berkaitan: “Jangkit Dengan Karipap Oksigen Ke?” – Tauhu Begedil Inti Angin Curi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak” – Wanita Terkejut Jumpa Kain Buruk Dalam Martabak
Nasi Berlendir Dibeli Untuk Anak, Hanya Ayam Masih Elok
Menerusi satu video yang dikongsi pengguna Threads (@zue.cry), dia menunjukkan nasi lemak yang didakwa dibeli dari pasar malam di Taman Bertam.
Menurut wanita itu, nasi lemak tersebut dibeli sekitar jam 7 malam. Namun ketika sampai di rumah, dia terkejut mendapati nasi dalam bungkusan sudah melekit dan berlendir, dipercayai basi.
Dia berkata, makanan itu sepatutnya dibeli untuk anaknya, namun hanya ayam goreng dalam hidangan itu yang masih elok dan boleh dimakan.
Dia turut mempersoalkan sikap peniaga yang tidak memeriksa kualiti makanan sebelum menjual, dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab serta menganiaya pelanggan.
“Apa peniaga berniaga macam ni? Jangan khianatlah, tak berkat tahu tak,” katanya dalam video tersebut.
View on Threads
Netizen Loya Tekak, Kongsi Pengalaman Kurang Senang Di Pasar Malam
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan peniaga yang sambil lewa dalam memastikan makanan masih dalam keadaan baik.
Mereka juga mempersoalkan di mana amanah peniaga dalam menjaga hak pelanggan dan mengingatkan bahawa rezeki yang diperoleh perlulah bersih dan jujur.


Ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila membeli makanan di pasar malam tetapi menerima makanan yang tidak setimpal dengan bayaran, termasuk chicken chop yang penuh tepung dan hampir tiada isi.

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Facebook BKKMHQ.

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis
Baca Artikel Berkaitan: “Hari 1st Ramadan Dah Kena Scam” – Isi Sotong Takoyaki Sebesar Kismis Bikin Ramai Bengang
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Mahu Boikot Bazar Ramadan, Pertikai Harga Makin Mahal & Tak Jaga Kualiti
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



