[Video] Tuduh Malaysia Sering Alami Krisis Air, Warganegara Indonesia Terima Kecaman Dari Rakyat Sendiri
Difahamkan, lelaki Indonesia yang sudah lama menetap di Malaysia itu tampil membidas dakwaan yang dibuat warganegaranya terhadap negara ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semua orang bebas untuk bersuara dan berkongsi pendapat masing-masing di media sosial.
Namun begitu, perlu diingat bahawa setiap maklumat yang disampaikan perlulah tepat dan tidak mengelirukan orang lain.
Baru-baru ini, seorang lelaki warga Indonesia didakwa menyebarkan dakwaan tidak berasas mengenai krisis air di Malaysia sebelum dibidas oleh seorang lagi warga negaranya sendiri yang menetap di sini.
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Tak Ada Duit” – Pengulas AS ‘Kutuk’ Kedatangan Presiden China Ke Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bill O’Reilly Sindir Malaysia Lagi Lepas ‘Koyak’ Dengan Kenyataan PMX
Baca Artikel Berkaitan: Dr Amalina Bidas Kritikan Orang Ramai Tentang Status Rakyat British Untuk Anak Sulungnya
Bidas Dakwaan ‘Krisis Air Malaysia’, Lelaki Ini Tunjuk Bukti Sendiri Di Rumah
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@azskelisnirin), lelaki itu tampil menyanggah kenyataan yang dibuat seorang pengguna Indonesia tentang kononnya Malaysia sering berdepan krisis air.
Menurut dakwaan awal, Malaysia dikatakan mengalami kekurangan air sehingga ke tahap kerajaan ‘memaksa rakyat untuk mengurangkan pengambilan air’.
Sebagai respons, lelaki tersebut memulakan videonya dengan menunjukkan air paip di rumahnya mengalir laju dan bersih, malah siap berkumur di beberapa singki berbeza sebagai bukti.
Aksi itu jelas menyindir kenyataan tidak berasas yang dibuat terhadap Malaysia, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar tentang asal-usul maklumat palsu yang disebarkan.
Tambahnya, sepanjang beberapa tahun menetap di Malaysia, dia tidak pernah berdepan sebarang masalah bekalan air seperti yang digembar-gemburkan.
Dia turut mempersoalkan mengapa semakin banyak dakwaan palsu muncul tentang Malaysia, termasuk krisis air, beras dan makanan.
“Warga Negara Sendiri Pun Tak Pasti, Macam Mana Boleh Tahu Hal Negara Orang?”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa hairan dan geli hati terhadap dakwaan tersebut.
Ada yang menyindir, bagaimana sesetengah individu di negara jiran boleh tahu kononnya Malaysia sedang alami pelbagai krisis, sedangkan rakyat mereka sendiri masih keliru dengan isu domestik sendiri.


Tidak kurang juga yang menganggap video asal itu melucukan dan tidak masuk akal kerana menggambarkan situasi krisis air secara keterlaluan tanpa asas.

Pernah Berlaku Krisis Air, Tapi Bukan Seperti Yang Didakwa
Isu bekalan air memang pernah berlaku di beberapa kawasan di Malaysia, namun tidak sekerap atau seteruk seperti digambarkan.
Kebanyakan gangguan air hanya melibatkan penyelenggaraan berkala atau pencemaran sumber air yang diurus segera oleh pihak berkuasa tempatan.
Sebagai contoh, Air Selangor sering memberi notis awal serta menyediakan bantuan lori tangki kepada pengguna yang terjejas, jauh berbeza dari naratif krisis nasional seperti yang dinyatakan.
Baca Artikel Berkaitan: “Yang Bitter Duduk Diam-diam” – Intan Najuwa Bidas Komen Negatif Netizen Yang Pertikai Suaminya Minta Jadi Suri Rumah
Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah UM Ditahan Kerja, Isu Dakwaan Tular Hantar Mesej Jelik Kepada Pelajar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Dakwaan Cermin Gelongsor Kaca Retak, Ini Penjelasan i-City
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.