Now Reading
[Video] Sambut Hari Lahir Dengan Cara Luar Biasa, Wanita Ini Belanja Minyak Percuma Untuk Rider

[Video] Sambut Hari Lahir Dengan Cara Luar Biasa, Wanita Ini Belanja Minyak Percuma Untuk Rider

Menerusi video berkenaan, staf stesen minyak itu turut membantu merakam reaksi penunggang-penunggang motosikal dan menghantarnya pada pemilik video.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, sambutan hari lahir diraikan dengan kehadiran kek, ucapan istimewa atau pemberian hadiah daripada orang tersayang. Namun bagi sesetengah individu, hari lahir membawa makna lebih mendalam dalam kehidupan.

Bagi mereka, ia bukan hanya tentang kegembiraan, tetapi juga peluang untuk bermuhasabah dan mendekatkan diri dengan amal kebajikan. Ada yang menjadikan tarikh kelahiran sebagai satu momen untuk memberi dan menggembirakan orang lain.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang mencuri perhatian ramai di media sosial apabila memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan membelanja minyak percuma kepada penunggang motosikal yang tidak dikenali.

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Dia Kongsi Rezeki” – Pelakon Remaja Belanja Keluarga Makan Lepas Dapat Gaji Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Modal Tu” – Ramai Puji Lelaki Beli Hingga 30 Ketul Ayam Goreng Sehari Buat Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

Wanita Belanja Minyak, Pilih Sambut Hari Lahir Dengan Beramal

Menerusi satu perkongsian video di TikTok (@nxssdna), wanita tersebut berkongsi suasana sambutan hari lahirnya yang jauh berbeza berbanding kebiasaan.

Dalam video itu, dia dilihat memasuki sebuah stesen minyak dan memaklumkan kepada penjaga kaunter bahawa dia ingin membayar minyak untuk mana-mana penunggang motosikal yang hadir mengisi pada hari tersebut.

Katanya, itu adalah niat sempena ulang tahun kelahirannya. Disebabkan perlu segera beredar ke tempat kerja, wanita itu meminta agar bayaran dilakukan menggunakan kad.

Namun setelah diberitahu sistem tidak membenarkan kaedah tersebut, penjaga kaunter menawarkan bantuan dengan membenarkan wanita itu membuat pemindahan wang ke akaun peribadinya terlebih dahulu.

Lebih menyentuh hati, penjaga kaunter tersebut turut merakam reaksi beberapa penunggang motosikal yang mengisi minyak percuma itu.

Ramai antara mereka mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan kesihatan serta keberkatan rezeki wanita pemurah berkenaan.

https://www.tiktok.com/@nxssdna/video/7506367653695704327?_r=1&_t=ZS-8wVvotR1AsE
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Tersentuh, Ramai Doakan Rezeki Wanita Itu Terus Melimpah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan wanita itu yang memilih untuk menyebarkan kebaikan pada hari istimewanya.

Ramai memuji pendekatan berbeza yang diambil dan menganggap ia sebagai satu inspirasi.

Ada yang turut mengucapkan selamat hari lahir kepada wanita tersebut meskipun tidak mengenalinya, malah mendoakan agar dia sentiasa dipermudahkan urusan dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan.

Sumber: TikTok @nxssdna

Tidak kurang juga yang berterima kasih kepada staf stesen minyak yang baik hati dan sanggup bantu melancarkan proses agihan sedekah itu.

Sumber: TikTok @nxssdna
Sumber: TikTok @nxssdna
Sumber: TikTok @nxssdna

Rezeki Tidak Akan Berkurang Dengan Bersedekah

Memetik laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan bersedekah bukan sahaja menggembirakan hati penerima, malah menjadi sebab turunnya rahmat dan rezeki daripada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda:

Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Allah akan menambah kemuliaan kepada hamba yang bersifat pemaaf, dan meninggikan darjat orang yang merendah diri kerana Allah.

Riwayat Muslim (2588)

Tindakan wanita itu menyambut hari lahir dengan bersedekah bukan sahaja memberi inspirasi, malah membuktikan bahawa amalan kecil mampu memberi kesan besar dalam kehidupan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd