[Video] Awalnya Teruja, Lelaki Mohon Maaf Kerana Promosi Air Terjun Bahaya Di Negeri Sembilan
Menurut lelaki berkenaan, kawasan air terjun itu terletak tiddak jauh daripada bandar Nilai dan memakan masa 16 minit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang lelaki yang mempromosikan sebuah kawasan rekreasi di Negeri Sembilan.
Menerusi video dikongsikan oleh Khairul Azwan, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke air terjun Mahang yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan untuk bermandi-manda.
Ujar Khairul jarak daripada bandar Nilai ke jeram berkenaan tidak jauh dan hanya memakan masa sekitar 16 minit. Khairul turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati apabila mandi di kawasan itu kerana ia sangat dalam.
Video Khairul kemudiannya menjadi tular dan meraih perhatian, hingga ada pihak yang menasihati orang ramai untuk berhati-hati kerana ia adalah kawasan bahaya.
@wansagi_ masih wujud air terjun percuma di nilai, N9. Air terjunnya cantik, kedalaman sangat puas hati dan paling penting 2 minit je jalan kaki dari parking kereta. #mahangwaterfall #nilai #airterjun #mandisungai ♬ Deep Forest Borneo – Helmy Trianggara
Tampil mohon maaf kerana promosi air terjun bahaya
Terbaharu, Khairul yang sedar mengenai teguran berkenaan tampil memohon maaf kerana telah mempromosikan kawasan rekreasi itu.
Jelas Khairul, video yang dikongsikan sebelum ini merupakan kali pertama dia mandi di kawasan air terjun tersebut.
“Pada waktu itu saya sedikit teruja kerana kenapa air terjun secantik ini pada waktu itu lah, keadaan sekarang air sangat keruh.
“Pada waktu itu, air terjunnya sangat cantik terutama pada bahagian atas tulah. Tapi kenapa tak ramai orang, sedangkan jarak daripada kawasan parkir pergi ke sini (air terjun) cuma dua minit saja jalan kaki.
“Kemudian jarak dari Aeon Mall cuma 16 minit sahaja ke sini, tapi pelik kenapa tak ramai. Itu yang saya persoalkan, tapi bila saya post di media sosial dan baca di komen barulah saya tahu dekat sini dah meragut banyak nyawa,” ujarnya.
@wansagi_ Replying to @sibongsuuuuu saya minta maaf atas kekhilafan saya sebab mempromosikan tempat mandi yang merbahaya. 🙏🏻 #sungaimahang #mandisungai #airterjun #nilai ♬ Sad and lonely – MoppySound
Nasihat orang ramai hati-hati mandi di kawasan air terjun
Di akhir video, Khairul turut menasihatkan individu yang ingin mandi di kawasan terbabit untuk berhati-hati dan mandi di kawasan bawah.
“Saya minta maaf atas kekhilafan saya sebab mempromosikan tempat mandi yang merbahaya.”
Melihat di ruangan komen, ada penduduk di kawasan Nilai memaklumkan mereka tidak berkunjung ke kawasan rekreasi berkenaan.
Malah ada yang mengatakan mereka pernah dihalau dan dilarang mandi oleh Orang Asli di kawasan itu atas faktor keselamatan.
“Tak apa cik. Kami tak salahkan cik. Cuma kami tak nak benda tak diingini terus berulang. Kami tegur sebab kami sayang..”

“Saya yang duduk dekat kampung Sg Mahang pun tak mandi dekat situ. Sekarang macam-macam dah ada dalam kampung ni..”

“Saya orang Nilau. Dulu ramai mandi sini tapi lepas banyak kejadian memang tak ada dah orang pergi. Air terjun bahagian tengah tu sangat bahaya. Seorang kawan macam ditarik ke dalam ya nyaris lemas”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



