“Sebab Nak Kejar Maghrib” – Kereta Nyaris Terlibat Kemalangan Lepas Pecut Di Bukit
Menurut penumpang kereta itu, dia bersama suami tidak sedar terdapat sekatan jalan (road block) oleh pihak polis ketika menuruni bukit sekitar Jempol, Negeri Sembilan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah penting bagi menjamin keselamatan orang ramai. Bagaimanapun, sesetengah bertindak mengabaikannya atas kepentingan diri sendiri.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki menegur pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada pejalan kaki yang ingin melintasi laluan zebra (zebra crossing).
Jelasnya, masih ramai yang berdegil dan enggan memberi laluan kepada golongan itu. Malah segelintir individu bertindak menekan minyak dan memecut kerana tidak membenarkan mereka melintasi garisan zebra terlebih dahulu.
Baca Artikel Berkaitan: “Hormati Zebra Crossing” – Rider Ingatkan Orang Ramai Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Jerit Suruh Diam” – Warga Emas Dedah Detik Cemas Ketika Kereta Honda City Milik Anak Dilarikan Di Stesen Minyak
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Bawa Jiwa Racing Kau” – Pemandu Saga Nasihat Rakan Guna LED Pada Cermin Kereta Raih Perhatian
Pemandu Pecut Di Kawasan Bukit Kerana Nak Kejar Waktu Maghrib
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@khectyalley) apabila seorang wanita berkongsi situasi di jalan raya sekitar kawasan pedalaman di Jempol, Negeri Sembilan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan kereta yang dipercayai dipandu oleh suami wanita berkenaan berada dalam keadaan laju. Menurut wanita itu, mereka sedang mengejar waktu Maghrib yang menyebabkan suami perlu memecut di jalan raya yang pada awalnya disangkakan lengang.
Dalam video sama, kelihatan juga si suami membawa kenderaan dengan laju di kawasan berbukit. Namun lain yang terjadi apabila mereka berdepan dengan sekatan jalan (road block) oleh pihak polis sejurus menuruni bukit berkenaan.
Panik dengan barisan kenderaan yang panjang, si suami dengan pantas menekan brek. Mujur mereka sempat berhenti daripada merempuh kereta jenis Perodua Alza yang berada di hadapan.
“Nasib baik tak sondol si putih,” kata wanita itu di ruangan kapsyen.
Kedengaran juga si suami mengeluh, menarik nafas lega dan beristighfar sebaik berjaya mengawal kenderaan daripada terlibat dalam kemalangan.
Taubat Tak Mahu Pecut Lagi Di Kawasan Bukit
Menurut pengguna Alza itu, dia taubat dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
“Akak rasa nak gugur dah jantung. Nak kejar Maghrib punya pasal. Alhamdulillah tak ada apa-apa berlaku. Jadi pengajaran lepas ni. Kena beringat,” kata wanita terbabit.
Sementara itu, dia juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan di bawah jalan berbukit.
@khectyalley Nasib baik x sondol sI putih.
♬ original sound – khectyalley
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Tegur Sikap Individu Yang Cuai Kerana Memandu Dengan Laju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa seriau melihat kemalangan yang nyaris berlaku.
“Kenapa dia tak jaga atas bukit tu ya. Awak pun jangan la laju-laju. Bawa keluarga kan, ingat la keluarga tersayang,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga mempersoalkan pemandu yang membawa kereta dengan laju di kawasan tersebut.
“Sebab tu jangan laju. Kita tak tahu apa yang jadi dekat depan. Berhati-hati la di jalan raya. Bawa perlahan pun sampai juga,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga individu berkongsi inisiatif yang boleh dilakukan pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan nahas kemalangan berlaku.
“Kenderaan akhir patut nyalakan isyarat dua kali (double signal). Benda ni tak ada silibus dekat sekolah memandu. Tapi boleh mengurangkan impak kemalangan,” kata lelaki itu.







Axia Dirempuh Ketika Berhenti Di Lampu Kuning
Kes individu memandu dan pecut kerap kali berlaku meskipun sudah banyak insiden kemalangan berlaku disebabkan itu. Benda ini sudah menjadi satu norma sehinggakan seseorang yang memandu dengan cermat pula dikritik ramai.
Seperti sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial apabila sebuah kereta jenis 4×4 secara mengejut merempuh kereta Perodua Axia di persimpangan lampu isyarat.
Kereta pikap tersebut disyaki telah memecut dengan laju dan tidak sempat menekan brek apabila Axia itu berhenti beberapa meter dari garisan.
Perkara yang membuatkan ramai berang dengan pemandu yang melanggar adalah kerana Axia itu telah memperlahankan kenderaan ketika lampu kuning.
@red_aslan Drive safe gais. Tengok lampu isyarat tu. kan dah terhentam kereta orang. haih.. kesian kat akak tu, nak pergi kerja. #malaysia #malaysiatiktok #drivesafe #grabdriver #dashcammalaysia #dashcam #accident ♬ Pemandu Berhemah – Tiggie & Friends
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 4×4 Rempuh Axia Gara-gara Memecut Di Lampu Kuning Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Good Luck” – Perodua Kelisa Rempuh Kereta Peronda Polis Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Triton Terlelap Ketika Tunggu Lampu Isyarat Hijau Undang Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.