“Letak Child Lock Kak” – Orang Ramai Puji Kucing Bijak Buka Pintu Ais Untuk Lepak Di Dalam
Menurut pemiliknya, kucing tersebut masuk ke dalam peti sejuk buat sementara waktu sahaja sebelum keluar dan membiarkan pintu peralatan dapur itu terbuka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing merupakan haiwan peliharaan pilihan ramai, apatah lagi dengan sifatnya yang manja dan sukakan perhatian yang diberi kepadanya.
Orang ramai juga sering terhibur dengan pelbagai kerenah si bulus ini yang disifatkan sebagai seekor haiwan yang bijak.
Seperti seekor kucing sebelum ini, dia ketika di kampung mahu duduk di dalam peti sejuk akibat cuaca yang panas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Minggu Tak Balik Rumah, Oyen Kantoi Lepak Kat Kantin Sekolah!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital
Kucing Buka Pintu Peti Sejuk & Lepak Di Dalam
Satu video yang tular di TikTok (@umienaziyrah_) baru-baru ini menyaksikan telatah seekor kucing yang dilihat meninjau di kawasan dapur sebelum membuka pintu peti sejuk.
Kucing berwarna putih berbelang hitam itu kemudiannya melompat masuk ke dalam peti sejuk terbabit dan dengan santainya duduk di rak paling bawah.
Menurut pemiliknya, si bulus itu memang gemar berbuat demikian walaupun telah dipasang pendingin hawa di rumahnya. Namun dia hanya duduk buat sementara waktu sebelum keluar semula.
Di kapsyen, dia berkata kucing itu telah beberapa kali membuka pintu peti sejuk dan dibiarkan terbuka sehingga menyebabkan peralatan dapur tidak berasa sejuk lagi.
@umienaziyrah_ Dan ahkirnya kami pun beli lock untuk petiAis sebab pernah 2,3 kali dia bukak sampai tak sejuk petiAis tu 🥹🥹.. #Miko #BudakKedaiTomyam #BossDirumah #Majikan ♬ bunyi asal – umienaziyrah_
Tonton video penuh [DI SINI].
Wanita Pasang ‘Child Lock’ Untuk Elak Kucing Buka Peti Sejuk
Akibat kerenah si bulus yang gemar masuk ke dalam peti sejuk, wanita itu akhirnya telah memasang ‘child lock’ untuk mengelak kucingnya daripada terus membukanya.
Menerusi video lain yang dimuat naik, kucing itu masih masuk ke dalam peti sejuk apabila dibuka oleh tuannya sewaktu mahu mengambil makanan.
Lebih comel lagi, dia sempat buat-buat tidur apabila tuannya kembali. Walaupun setelah ditarik berkali-kali oleh tuannya, dia masih ‘berkeras’ untuk duduk di dalam peti sejuk berkenaan.
@umienaziyrah_ Banyak drama dia dengan peti sejuk 😂..pantang dengar klip terbukak tengah tido pun bangun 🙂↕️🙂↕️.. #Miko #BudakKedaiTomyam #majikan #fypp ♬ Cute – Bensound
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Kebijaksanaan Kucing Buka Peti Sejuk
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa terhibur melihat gelagat si bulus itu yang bijak membuka peti sejuk.
“Dasyat ye kucing pandai buka peti sejuk,” kata salah seorang daripada mereka.
Beberapa individu berseloroh agar wanita itu memberi peti sejuk terbabit kepada kucing berkenaan dan membeli sahaja yang baharu.
Ada juga pengguna media sosial turut berkongsi sikap kucing mereka yang suka membuka pintu peralatan dapur itu sehingga tercabut getah di tepinya.
Manakala seorang lagi membandingkan pula dengan kucingnya yang tidak pandai membuka pintu walaupun tidak ditutup rapat.











Boleh Ke Kucing Rasa Perubahan Suhu?
Mungkin timbul persoalan mengapakah si bulus itu masuk ke dalam peti sejuk dan sama ada dia boleh merasakan perubahan suhu.
Kucing sememangnya boleh merasa sama ada suhu persekitaran sejuk mahupun panas.
Pun begitu, jika dia mencari tempat yang lebih sejuk tidak bermakna badannya panas akibat mengalami demam.
Namun diingatkan bahawa terdapat beberapa tanda yang pemilik kucing perlu cakna bagi mengenal pasti jika kucing berada dalam keadaan tidak sihat termasuk:
- Kurang aktif – Jika sebelum ini aktif ke sana sini tetapi tiba-tiba hanya terbaring dan tidak bermaya, itu mungkin petanda suhu badannya meningkat.
- Tidur berlebihan – Kucing memang suka tidur. Tetapi jika masanya lebih lama daripada kebiasaan, anda perlu mula ambil berat.
- Hilang selera makan dan minum – Demam boleh mengganggu metabolisme badan, menyebabkan kucing kurang berminat untuk makan atau minum.
Segera bawa kucing berjumpa doktor haiwan bagi pemeriksaan jika terdapat tanda-tanda ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Bertangas Ke” – Aksi Oyen Nak Lepas Hajat Di Timbunan Sampah Berasap Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Courier Terpaksa Hantar Oyen Balik Selepas Curi-Curi Naik Kereta Masa Drop Parcel Di Rumah Pelanggan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



