[Video] Wanita Lupa Kunci Kereta Ketika Masuk Kedai, Lelaki Ambil Kesempatan Curi Barang Ditinggalkan
Difahamkan, wanita berkenaan hanya ingin memasuki kedai selama beberapa minit menyebabkan dia membiarkan keretanya tidak berkunci.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi kebiasaan bagi rata-rata pemilik kenderaan untuk mengunci pintu sebaik keluar dari kereta, lebih-lebih lagi ketika berhenti di kawasan awam.
Namun, terkadang ada juga yang terlupa atau leka, apatah lagi jika hanya mahu singgah sebentar untuk membeli barang di kedai berdekatan.
Jika tidak bernasib baik, kelalaian kecil ini boleh membawa padah apabila ada individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita dalam kejadian yang tular baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: Guru Besar ‘Putih Mata’, Penyamun Pecah Cermin Kereta & Bawa Lari Bantuan Awal Persekolahan RM109,000
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Penah Dipecah, Pemandu Letak Notis Untuk Elak Kejadian Sama Berulang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laptop Boleh Digodam Dalam Masa 5 Saat Je Kalau Ditinggalkan Di Tempat Awam. Bahaya!
Lelaki Buka Pintu & Curi Dompet Dalam Kereta
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@husnaiberahimm), wanita berkenaan memuat naik rakaman CCTV yang menunjukkan kejadian dompetnya dicuri oleh seorang lelaki ketika dia singgah sebentar di sebuah kedai serbaneka.
Menurutnya, ketika itu dia terlupa mengunci kereta dan hanya masuk ke kedai selama beberapa minit.
Kesempatan itu digunakan oleh seorang lelaki yang dilihat terus membuka pintu kereta dan mengambil dompet yang ditinggalkan dalam kenderaan tersebut.
Wanita itu turut bergurau dalam kapsyen video dengan berkata, “Lain kali kau nak mencuri pilihlah kereta Honda ke, ni Myvi cabuk aku kau pilih,” tulisnya.
Tambahnya, sejak kejadian itu, dia tidak lagi meninggalkan barang di tempat terbuka dan terus mengunci kereta walaupun hanya keluar sekejap.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi, Persoal ‘Habit’ Malas Kunci Kereta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut dan berkongsi pengalaman sendiri yang hampir serupa.
Ada yang menggesa orang ramai lebih-lebih lagi wanita agar menjadikan habit mengunci pintu kereta sebagai amalan wajib setiap kali keluar dari kenderaan, walaupun hanya sekejap.


Ramai juga yang meluahkan kekesalan terhadap sikap pencuri yang sanggup mengambil kesempatan atas kecuaian orang lain, walaupun hanya melibatkan wang tunai berjumlah kecil.


Langkah Pencegahan Untuk Elak Jadi Mangsa
Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang, berikut beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan. Antaranya:
- Sentiasa pastikan pintu kereta dikunci walaupun hanya berhenti sebentar.
- Jangan tinggalkan barang berharga seperti telefon, beg tangan atau dompet di tempat mudah dilihat.
- Gunakan ‘auto lock’ atau periksa semula pintu sebelum melangkah jauh dari kereta.
- Peka dengan keadaan sekeliling, terutamanya jika berada di kawasan sunyi atau kurang pengawasan.
Langkah-langkah mudah ini mungkin kelihatan remeh, tetapi boleh menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Boleh Laporkan Kehilangan Dokumen Penting Secara Dalam Talian
Tahukah bahawa anda sebenarnya boleh juga membuat laporan polis secara dalam talian?
Servis tersebut hanya tersedia bagi kes membabitkan kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah.
Baca Artikel Berkaitan: Orang Awam Boleh Buat Laporan Polis Dalam Talian, Ini Caranya
Antara contoh kes yang boleh dilaporkan secara dalam talian adalah kehilangan dokumen penting atau barang berharga seperti:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Kad kredit atau debit
- Telefon pintar
- Laptop
- Cukai jalan
Laporan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web e-Reporting PDRM. Pengadu perlulah mendaftar masuk terlebih dahulu menggunakan nombor kad pengenalan dan nama seperti tertera di MYKad atau dokumen pengenalan diri.
Maklumat ini akan disemak secara automatik di laman web tersebut dan sekiranya nama yang diisi tidak menyerupai kad pengenalan, ia akan dinyatakan sebagai ‘rekod tidak sah’.
Selepas log masuk, pengadu akan diingatkan bahawa tidak melakukan sebarang laporan berkait jenayah atau mengemukakan laporan palsu.
Pengadu juga akan diminta untuk menjawab tiga soalan sebelum boleh membuat laporan polis.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Sorok Beg Dalam Kereta” – Wanita Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Curi
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Parking Terhad” – Lelaki Beri Amaran Kes Curi Bateri Di LRT Glenmarie Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Orang Awam Boleh Buat Laporan Polis Dalam Talian, Ini Caranya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.