Now Reading
[Video] Plan Asal Nak Minum Teh, Pemandu Teksi Mekah Bawa Pusing Naik Bukit Buat Ramai Terhibur

[Video] Plan Asal Nak Minum Teh, Pemandu Teksi Mekah Bawa Pusing Naik Bukit Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, salah faham yang berlaku antara mereka dengan pemandu teksi menjurus kepada ‘short trip’ itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila melancong ke negara orang, kita lazimnya bergantung kepada pengangkutan awam atau perkhidmatan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Namun, kekangan bahasa boleh menyebabkan salah faham berlaku.

Lebih-lebih lagi di negara seperti Arab Saudi, di mana tidak semua pemandu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau memahami sebutan pelancong asing. Apa yang dirancang sebagai perjalanan ringkas, kadangkala boleh berubah menjadi lain.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan situasi lucu sebuah keluarga Malaysia di Mekah yang hanya mahu keluar minum teh tarik, namun akhirnya dibawa berpusing ke kawasan berbukit oleh pemandu teksi tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Tersadai Habis Minyak, Gelagat Sekumpulan Rakan Selamba Selesai Masalah Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: “Sek Kito Jangey Pecoh” – Bazar Ramadan Dikendali Komuniti Kelantan Di Mesir Raih Perhatian

Teksi Salah Faham, Terpaksa Ronda Naik Bukit Pula

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@puteribunianekin), seorang wanita berkongsi suasana dalam sebuah teksi ketika berada di Mekah bersama keluarganya.

Menurutnya, mereka sepatutnya hanya mahu minum teh tarik di hadapan Masjidil Haram. Namun, pemandu teksi dipercayai tersalah faham dan membawa mereka berpusing ke kawasan bukit.

Dalam video itu, kedengaran wanita dipercayai ibunya ketawa terbahak-bahak dalam teksi yang sedang bergoyang di jalan berbukit.

“Cuak jugak mulanya,” katanya, namun semuanya bertukar jadi pengalaman manis apabila mereka terpegun melihat pemandangan yang cantik.

Tambah mereka, pemandu teksi itu juga sangat ramah dan baik. Dia turut membantu keluarganya mengambil gambar ketika sampai di puncak bukit.

@puteribunianekin

Sis terhibur… sebenonya nk gi minum teh tarik je .. tp taxi salah paham.. dia bwk ronda naik bukit.. cuak jugak mulanya, pastu bila tgk view cantik, pakat turun bergambo.. MasyaAllah.. pemandu taxi pon baik sgt.. dia pulak tlg amikkan gambo.. #fyp

♬ original sound – Mama Untuk Semua Viral – Mama Untuk Semua Viral
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Sempat Bergurau Tentang Keinginan Pemandu Teksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah spontan itu. Ada yang berjenaka mengatakan mungkin pemandu teksi itu sebenarnya yang mahu berjalan-jalan.

Sumber: TikTok @puteribunianekin
Sumber: TikTok @puteribunianekin

Namun, ada juga yang memberi peringatan agar lebih berhati-hati ketika menaiki teksi di luar negara kerana salah faham seperti itu berpotensi menyebabkan bayaran lebih mahal daripada sepatutnya.

Sumber: TikTok @puteribunianekin
Sumber: TikTok @puteribunianekin

Cara Mudah Berkomunikasi Dengan Pemandu Luar Negara

Apabila melancong ke negara yang menggunakan bahasa asing, kekangan komunikasi sering menjadi cabaran. Salah faham boleh berlaku dengan mudah, terutamanya ketika menggunakan khidmat teksi atau e-hailing.

Oleh itu, penting untuk pelancong bersedia dengan kaedah komunikasi asas agar perjalanan lebih lancar dan tidak tersasar dari destinasi sebenar.

Antara cara mudah berkomunikasi dengan pemandu luar negara ialah:

  • Tulis atau tunjuk nama lokasi dalam bahasa tempatan (contoh: bahasa Arab di Mekah).
  • Gunakan gambar atau peta lokasi dari telefon pintar.
  • Sediakan alamat lengkap dalam bentuk teks, bukan sebutan lisan sahaja.
  • Gunakan aplikasi penterjemah seperti Google Translate untuk pertanyaan mudah.
  • Aktifkan aplikasi navigasi (Google Maps/Waze) dan tunjuk arah kepada pemandu.
  • Pelajari frasa asas seperti “berhenti sini”, “berapa harga”, atau “nak ke sini” dalam bahasa tempatan.
  • Elakkan istilah budaya tempatan yang mungkin tidak difahami, seperti “teh tarik” atau “nasi lemak”.

Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu perjalanan jadi lebih lancar, malah boleh elakkan situasi tak dijangka seperti dibawa ‘hiking’ tanpa dirancang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Sekumpulan Lelaki Ajar Pemandu Di Dubai Tukar Tayar Pecah Dalam Loghat Pahang Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd