Now Reading
[Video] Pemandu Triton Terlelap Ketika Tunggu Lampu Isyarat Hijau Undang Perhatian

[Video] Pemandu Triton Terlelap Ketika Tunggu Lampu Isyarat Hijau Undang Perhatian

Pakcik itu disedari tertidur apabila sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau sekitar jalan raya kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya adalah antara musibah utama yang sering didengari berlaku setiap kali di jalan raya. Kebiasaannya, ia berlaku disebabkan kecuaian pemandu tetapi ada juga yang disebabkan perkara lain sebagai contoh, keletihan.

Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seorang rider penghantar makanan foodpanda yang membantu penunggang motosikal wanita selepas terjatuh daripada kenderaan dua rodanya.

Difahamkan, wanita yang rebah di lampu isyarat itu berasa penat sehingga menyebabkannya dia terjatuh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Foodpanda Pantas Bantu Wanita Jatuh Dari Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian

Pemandu Triton Terlelap Ketika Tunggu Lampu Isyarat

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@alongkualakrai) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Along berkongsi satu situasi yang berlaku di jalan raya sekitar kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak kenderaan sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Namun lain pula yang berlaku semasa lampu bertukar hijau di mana kereta-kereta dilihat tersangkut akibat aksi pemandu Mitsubishi Triton yang berada di hadapan sekali.

Kelihatan trak pikap tersebut masih belum bergerak meskipun lampu hijau sudah pun dinyalakan buat seketika. Along yang turut berhenti di lampu isyarat itu kemudian menunjukkan aksi pemandu Triton berkenaan.

Pakcik Tersedar Selepas Cermin Kereta Diketuk

Dalam klip terbabit, kelihatan si pakcik sedang tidur sambil memegang sebungkus makanan pada tangannya.

Difahamkan, lelaki berkenaan sedang menjamah sedikit makanan semasa menunggu lampu bertukar hijau, namun tidak sedar terlelap ketika melakukan perkara tersebut.

Sumber: TikTok (@alongkualakrai)

Dalam masa sama, kenderaan lain di belakang sudah pun mula membunyikan hon bagi memberikan signal kepada pemandu untuk bergerak.

Prihatin dengan situasi itu, rider berkenaan kemudiannya mengetuk cermin kereta Triton beberapa kali sehingga pemandu tersedar. Pemandu terbabut dikatakan telah pecut sebaik sahaja terjaga.

Tonton artikel penuh [DI SINI].

Orang Ramai Risau Dengan Uncle Yang Kepenatan Semasa Memandu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai beranggapan pemandu Triton itu terlampau penat sehinggakan tertidur walaupun sedang makan.

“Kesiannya keletihan sampai tengah makan pun tertidur. Semoga yang membantu dia bangun diberi kesihatan yang baik kerana cakna tentang orang lain. Risau juga uncle tu kena serangan jantung tapi tak ada orang yang perhatikan,” kata seorang netizen.

Malah ada juga yang berkongsi situasi lebih kurang sama yang pernah terjadi sebelum ini.

“Kami pernah jumpa (situasi) macam ni dekat Manjung, Perak. Pakcik tu nak pergi solat Jumaat. Tiga kali lampu hijau masih tak bangun-bangun.

“Arwah abang saya goncangkan keretanya. Bila pakcik tu sedar dia terus pecut laju. Ia amat bahaya nasib baik lampu masa tu baru nak tukar kuning,” luah seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi bahayanya Microsleep.

“Microsleep tu bahaya. Arwah suami saya yang selalu macam tu. Sampai saya dah tak bagi dia bawa kereta. Akhirnya dia meninggal dunia terbabas asbab microsleep. Saya tahu dia tak sengaja tidur macam tu,” luah seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@alongkualakrai)

Punca Microsleep Berlaku

Untuk info, Microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan seringkali berlaku dalam tempoh antara satu hingga 30 saat ketika memandu.

Sumber: Hazwani/TRP

Namun ada juga kes yang terjadi di mana seseorang itu tertidur tanpa sedar ketika dalam melakukan aktiviti lain seperti mengendalikan mesin peralatan yang membahayakan. Dalam konteks ini adalah pakcik yang sedang makan.

Statistik di Malaysia menunjukkan antara faktor utama kemalangan jalan raya adalah kerana kecuaian pemandu yang boleh terjadi akibat Microsleep.

Pola tidur tidak menentu, kepenatan keterlaluan mungkin punca berlakunya perkara ini.

Sumber: Pexels

Berikut merupakan panduan jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh setiap individu mengikut usia:

  • Bayi: 4 bulan hingga 12 bulan:12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang.
  • Kanak-kanak:
    • 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
    • 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
    • 6 hingga 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam
  • Remaja: 13 hingga 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam
  • Dewasa: 7 jam atau lebih setiap malam

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Neurologi Ulas Apa Itu ‘Microsleep’, Punca & Cara Atasinya

10 Tips Elak Microsleep

Sebelum ini, warganet juga pernah berkongsi tips bagi mengelakkan microsleep ini daripada berlaku. Di sini kami kongsikan antaranya:

Sumber: Pexels/Freepik
  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.
  • Berhenti berehat seketika di tempat yang sesuai sebelum meneruskan perjalanan.
  • Ambil makanan dan minuman berkafein seperti kopi serta coklat atau minuman isotonik.
  • Pasang lagu di radio.
  • Berbual dengan penumpang kenderaan.
  • Sediakan snek di dalam kereta seperti kekacang.
  • Elak ambil ubat yang mempunyai kesan sampingan seperti mengantuk.
  • Buka tingkap agar dapat angin segar.
  • Segarkan diri dengan membasuh muka.
  • Elak memandu waktu tengah malam.

Baca Artikel Berkaitan: “Masa Drive Tertidur” – Lelaki Ini Kongsi Cerita Bantu Gadis Balik Melaka Lepas Terlanggar Divider

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd