[Video] Minta Kemas Meja Selepas Makan, Teguran Wanita Ini Cetus Perdebatan Ramai
Dalam video tersebut, wanita itu turut meminta orang ramai untuk mengemas semula meja selepas makan sebelum beredar kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk melakukannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perbuatan seperti makan di kedai makan, medan selera atau restoran merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh orang ramai.
Namun tidak semua individu mempunyai kesedaran untuk mengemas semula meja makan khususnya jika berada di restoran makanan segera atau medan selera.
Ini kerana ada yang beranggapan terdapat individu dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja pembersihan dan sebagainya. Walhal tindakan mengemas semula meja makan di tempat awam bukanlah suatu perkara baharu sebaliknya turut dipraktikkan oleh negara luar.
Wanita tegur orang ramai kemas meja makan di restoran makanan segera
Terbaharu, seorang wanita telah menjadi perhatian ramai selepas menegur tindakan segelintir pelanggan yang tidak mengemas dan membuang sisa makanan selepas selesai menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.
Menerusi video yang tular di X, awalnya wanita itu memaklumkan dia pula yang terpaksa membersihkan sisa tersebut akibat pemikiran negara kelas ketiga segelintir pihak.
“Aku pula kena jadi tukang bersih. Pemikiran negara kelas ketiga betul orang kita.
“Tolonglah lepas makan tolong kemas macam ni (tunjuknya membuang bekas makanan) . Senang je. Tak sampai 10 saat,” ujarnya dalam video berkenaan.
Marah akak ni dengan orang yang dah makan tak reti buang sampah sendiri dekat kfc ni. Tak pasal-pasal dia kena jadi cleaner pulak 🥲 pic.twitter.com/FnofcQFN2q
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 20, 2025
Banyak meja pelanggan tinggalkan dengan sisa makanan, teguran undang perdebatan
Dalam video sama, wanita itu turut menunjukkan beberapa meja yang terdapat bekas makanan, dulang serta sampah sarap yang tidak dibuang oleh pelanggan selepas menjamu selera di restoran berkenaan.
Teguran wanita itu bagaimanapun telah mencetus perdebatan serta pelbagai reaksi di laman X apabila ada yang bersetuju dan sebaliknya.
Ada yang berpendapat restoran makanan segera itu mempunyai pelayan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk membersihkannya.
Tidak kurang juga merasakan itu bukan tanggungjawab mereka memandangkan sudah membayar ‘service charge’ (cas perkhidmatan) sewaktu membuat pembayaran.
Malah ada mempersoalkan dimanakah pekerja pembersihan restoran makanan segera itu yang sepatutnya membersihkan meja-meja tersebut.
Ada yang berpendapat ia adalah mentaliti dan didikan
Namun ada yang merasakan perkara itu adalah disebabkan individu berkenaan tidak dididik untuk mengemas semula meja selepas makan.
Selain itu, ada yang mengatakan ia adalah ‘common sense’ untuk mengemas semula meja selepas menggunakannya agar ia memudahkan pelanggan lain untuk makan.
Ada juga mengatakan rakannya dari Singapura turut terkejut apabila mereka hanya meninggalkan meja makan tanpa mengemasnya kerana di negara mereka tindakan itu boleh dikenakan saman sebanyak 100SGD (RM331).
“Biar lah, memang kerja pelayan kemaskan meja”

“Aku bawa kawan Singapura makan kedai biasa. Lepas makan aku ajak dia gerak. Dia dah cemas, tanya tak perlu angkat ke? Aku cakap kalau restoran biasa tak perlu angkat. Dia cakap kalau dekat Singapur kena saman 100SGD.”

“Mentaliti, aku memang didik anak buang sendiri ya. Pernah kerja part time jadi faham sangat mentaliti pelanggan ‘kerana kami bayar'”

“Nak tolong kemas buat sahajalah, tak perlu nak bagitahu satu dunia. Ni mesti hidup dia selalu nak pujian..”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



