Now Reading
“Lepas Elmina, Eco Grandeur Pula” – Kawasan Kediaman Dibanjiri Individu Bermotor Raih Pelbagai Reaksi

“Lepas Elmina, Eco Grandeur Pula” – Kawasan Kediaman Dibanjiri Individu Bermotor Raih Pelbagai Reaksi

Menerusi video berkenaan, kawasan sekitar Eco Grandeur dilaporkan menjadi lokasi tumpuan individu bermotor yang melepak dan didakwa mengganggu ketenteraman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak semua orang gemar habiskan masa dengan cara sama. Ada yang suka hobi bersifat fizikal, ada pula lebih gemar berehat dan lepak bersama rakan.

Namun dalam menikmati masa lapang, seharusnya batas dan sensitiviti terhadap persekitaran tetap dijaga, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kawasan kediaman.

Baru-baru ini, muncul satu video memaparkan sekumpulan individu bermotosikal memenuhi sebuah kawasan perumahan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk sekitar.

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Superman Bawa Padah, 3 Remaja Perempuan Dicekup

Baca Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Maut Bertembung Dengan Kenderaan Polis Pada Malam Raya, Anggota Terlibat Kini Ditahan

Lot Parkir Dibanjiri Individu Bermotor

Menerusi perkongsian video di laman TikTok (@the.smfsm), kelihatan kawasan parkir kosong berdekatan Eco Grandeur, Puncak Alam dipenuhi kelompok individu bermotor yang berlegar-legar tanpa tujuan jelas.

Kebanyakan mereka berkumpul dalam kelompok kecil di tepi kawasan parkir, manakala bahagian tengah dipenuhi kumpulan lebih besar dengan deretan motosikal yang diletakkan tanpa susun atur.

Difahamkan, ini kali pertama kawasan perumahan itu dikunjungi sebegitu ramai geng bermotosikal dalam satu masa.

Dalam satu rakaman lain, dua buah kereta peronda polis dilihat tiba dan sudah mengarahkan semua pengunjung bersurai. Kawasan tersebut kemudian dilihat kembali kosong dan terkawal.

https://www.tiktok.com/@the.smfsm/video/7506071974095998215?_r=1&_t=ZS-8wV81POTku8
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Beri Pelbagai Reaksi, Turut Berdebat Tentang Hak Melepak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan kumpulan terbabit. Lebih-lebih lagi apabila mereka didakwa mengambil hampir keseluruhan ruang parkir hanya untuk ‘melepak’.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk gangguan kepada penduduk setempat.

Sumber: TikTok @the.smfsm
Sumber: TikTok @the.smfsm
Sumber: TikTok @the.smfsm

Turut ada pengguna yang menjelaskan bahawa kawasan itu merupakan tempat awam yang tiada had dan halangan untuk dijadikan tempat melepak.

Sumber: TikTok @the.smfsm
Sumber: TikTok @the.smfsm

Bukan Pertama Kali, Sebelum Ini Elmina Juga ‘Diserang’

Insiden seperti ini bukan perkara baharu. Sebelum ini, pernah tular rakaman menunjukkan kumpulan mat rempit yang berkeliaran dan melepak di sekitar Elmina Lakeside, Sungai Buloh.

Menurut laporan Kosmo, penduduk di sekitar Bandar Elmina sering terpaksa berdepan gangguan daripada mat rempit, terutama setiap hujung minggu.

Malah, pihak SimeDarby Property turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memandang serius perkara tersebut dan akan terus bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam bagi menjalankan rondaan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas di kawasan perumahan berkenaan.

Risiko Keselamatan & Kebersihan Jadi Perhatian

Selain gangguan bunyi, situasi seperti ini juga menimbulkan kemungkinan risiko dari aspek keselamatan.

Kehadiran kelompok bermotor dalam jumlah besar dikhuatiri boleh membawa kepada potensi insiden seperti pergaduhan kecil atau gangguan lalu lintas, terutama apabila tiada pemantauan rapi.

Dalam masa sama, keadaan kawasan selepas mereka bersurai turut menimbulkan persoalan berkaitan kebersihan.

Terdapat kemungkinan sampah seperti plastik makanan dan puntung rokok ditinggalkan, sekali gus mencacatkan suasana persekitaran yang sepatutnya terjaga dan selesa buat penduduk.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Geng Mat Rempit Buat Onar, Bawa Masuk Motosikal Dalam Tandas Awam Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: Tular ‘Mat Rempit’ Jadi Prop Buat Perarakan Hari Kebangsaan, Ini Kisah Di Sebaliknya

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Polis Bawa ‘Mat Rempit’ Solat Subuh Berjemaah Lepas Ditahan Di Jalan Raya Jadi Perhatian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd