Now Reading
“Yeah Atuk Dah Sampai!” – Ramai Teruja Lihat Kucing Cam Bunyi Enjin Motor Lelaki Ini

“Yeah Atuk Dah Sampai!” – Ramai Teruja Lihat Kucing Cam Bunyi Enjin Motor Lelaki Ini

Kelihatan terdapat sekurang-kurangnya sebelas ekor kucing yang menyerbu lelaki digelar Pak Tat itu saat menghampiri kawasan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pencinta haiwan, melihat kucing liar berada di jalanan tanpa sebarang makanan atau minuman pasti menimbulkan rasa sebak sehingga ada yang membuat keputusan untuk menjaga mereka.

Malah, ada yang tidak lupa untuk memberi kucing jalanan makan dan minum setiap hari tanpa lelah.

Keadaan ini menyebabkan si bulus di suatu kawasan itu akan mengenali individu yang sering berkunjung dan menyediakan keperluan hidup buat mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Modal Tu” – Ramai Puji Lelaki Beli Hingga 30 Ketul Ayam Goreng Sehari Buat Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai

Kucing Serbu Lelaki Yang Sering Beri Makan, Cam Bunyi Enjin Motor

Itulah yang turut dialami oleh seorang lelaki di Kodiang, Kedah seperti yang dikongsikan menerusi klip video di TikTok (@shazwanishafiai).

Yang lebih menariknya, kucing-kucing jalanan itu turut mengenali bunyi enjin motosikalnya dan segera menyerbu lelaki itu saat dia tiba di kawasan berkenaan.

“Orang paling terkenal di Kodiang. Pak Tat dan kucing-kucingnya. Kucing dengar motor pun tau dah tu dia,” katanya.

Lebih 10 Ekor Kucing Menyerbu Pak Tat

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Pak Tat memberi isyarat tangan seolah-olah memberi amaran kepada kenderaan di belakang agar berhati-hati dengan kucing jalanan yang berkerumun di jalan raya.

Terdapat sekurang-kurangnya 11 ekor si bulus yang berlari menghampiri Pak Tat di atas motornya, namun dipercayai lebih banyak lagi yang sedang menunggu kedatangannya.

Video yang dirakamkan di hadapan bangunan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kodiang itu telah meraih lebih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@shazwanishafiai The most famous person in Kodiang.. pak tat dan kucing2nya.. kucing dengaq motor pun tau dah tu dia.. ❤️#kodiang #famous ♬ suara asli – Breaks Music Group

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Tindakan Pak Tat Beri Makan Pada Kucing Jalanan

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai sememangnya berasa teruja melihat telatah si bulus yang tidak sabar-sabar menyambut kedatangan individu berhati mulia itu.

Tidak kurang juga yang memuji tindakan ikhlas Pak Tat dalam memberi makanan kepada kucing jalanan serta mendoakan lelaki itu termasuk agar dikurniakan ganjaran syurga.

Seorang pengguna media sosial berkata dia menyedari terdapat banyak kucing di tepi jalan apabila melalui jalan itu sebelum ini.

Manakala seorang lagi pula berkata bahawa berkongsi rezeki dengan haiwan jalanan pasti tidak akan mengurangkan rezeki seseorang.

Dalam masa sama, seorang individu berpendapat lebih baik sekiranya satu papan tanda diletakkan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya bahawa terdapat kucing yang melintas di kawasan itu.

Sumber: @shazwanishafiai/ TikTok

Kucing Boleh Kenal Pasti Suara Pemiliknya

Memandangkan hantaran TikTok itu berkata bahawa kucing-kucing jalanan terbabit mengecam kehadiran Pak Tat melalui bunyi enjin motosikalnya, mungkin timbul persoalan sama ada kucing boleh mengenali suatu bunyi?

Menurut National Geographic, satu kajian yang dijalankan mendapati kucing dapat membezakan antara suara tuannya dengan individu lain.

Malah, mereka juga memahami apabila sesuatu perkara disebut untuk mereka, atau dibicarakan dengan individu lain.

Dapatan ini juga mungkin menerangkan bahawa kucing dapat mengenali bunyi-bunyi tertentu.

Seperti yang dikongsikan orang ramai di media sosial, si bulus yang dipelihara dapat mengenal pasti bunyi kenderaan mereka dan menjadi teruja untuk menyambut kepulangan tuan tersayang.

Selain itu, jika tuannya melakukan suatu perkara secara rutin iaitu pada waktu yang sama, kucing juga boleh menganggarkan bilakah dia akan pulang ke rumah.

@kingstonthekitten does your cat do this?🐱 #catsoftiktok #foryou #foryoupageofficiall #fyp #cats #foryoupage ♬ congratulations by mac miller – Hannah🎹

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd