[Video] Wanita Kongsi Keadaan Gunung Di Ipoh Ditarah Raih Reaksi Berbeza
Berdasarkan perkongsian Kinta Valley Watch sebelum ini, terdapat beberapa gunung di Lembah Klang yang telah digondolkan termasuk Gunung Kanthan, Gunung Terendum dan Gunung Sentang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Gunung-ganang menghijau adalah antara khazanah alam tidak ternilai yang terdapat di dalam negara kita dan perlu dilindungi demi generasi akan datang.
Selain penting demi menjaga ekosistem semula jadi, gunung yang sihat juga dapat mengurangkan risiko berlakunya bencana alam sekitar.
Namun malangnya, kekayaan negara ini makin lama makin terhakis akibat tindakan perlombongan yang dijalankan atas nama pembangunan negara.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Air Dari Gunung Raya Di Langkawi Ada Kandungan Silika Antara Tertinggi Di Dunia?
Baca Artikel Berkaitan: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang
Wanita Kongsi Keadaan Gunung Di Ipoh Yang Sudah Botak
Itulah yang turut terjadi di sekitar kawasan Ipoh, Perak seperti yang dikongsikan dalam satu hantaran di TikTok (@baiduriekhai).
Daripada atas lebuh raya, dapat dilihat sebuah gunung yang telah gondol akibat ditarah. Katanya, gunung tersebut amat berbeza dengan pada waktu dahulu ketika ia menghijau.
Dia mempercayai bahawa gunung yang dicipta sebagai benteng itu menyebabkan angin yang semakin kuat di sekitar kawasan Ipoh setelah digondolkan.
Penduduk Ipoh sendiri pasti telah memerhatikan sejak bertahun-tahun bagaimana gunung-ganang yang dahulu menghijau semakin botak akibat ditarah.
Penarahan itu merupakan sebahagian daripada operasi kuari yang bertujuan untuk mendapatkan bahan galian terutamanya batu kapur bagi digunakan dalam industri pembangunan.
Baca Artikel Berkaitan: Gegaran & Bunyi Dentuman Di Ipoh Bukan Berpunca Dari Letupan Kuari
Gunung Penting Bagi Simpanan Air & Sebagai Habitat Biodiversiti
Dalam pada itu, pengguna TikTok tersebut turut berkongsikan kepentingan gunung-ganang dalam menjaga kestabilan ekosistem alam sekitar.
Pertama adalah demi membantu dalam menstabilkan pergerakan kerak bumi. Katanya, ini adalah seperti yang disebut dalam al-Quran (Surah An-Naba’) bahawa gunung bertindak seperti pasak bagi bumi.
Selain itu, gunung juga penting dalam penyimpanan dan penyaluran air seterusnya menjadi sumber kepada sungai dan empangan. Selain air bawah tanah, gunung juga dapat menyimpan air dalam bentuk salji dan ais.
Seperti yang semua sedia maklum, gunung merupakan habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Penarahan gunung akan secara langsung memusnahkan habitat hidupan setempat ini seterusnya mewujudkan risiko pupus.
Tambahnya lagi, gunung bertanggungjawab dalam mengawal iklim dan cuaca dengan mempengaruhi arah angin, hujan dan suhu di sekitarnya.
Malah, gunung yang ditarah juga akan menyebabkan hakisan tanah, pencemaran udara dan air serta bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan cuaca ekstrem.
“Gunung bukan sekadar tanah tinggi, tapi sistem semula jadi yang sangat penting untuk keseimbangan bumi. Merobohkannya bukan saja merosakkan alam, tapi juga mengancam kehidupan manusia sendiri,” katanya.
@baiduriekhai Orang Perak perasan tak makin lama makin menghilang khazanah bumi yg sangat penting untuk menjaga kestabilan ekosistem alam. Tanggungjawab gunung ganang termasuklah : 1. Menstabilkan kerak bumi Gunung bertindak seperti “pasak” yang membantu menstabilkan pergerakan kerak bumi. Dalam konteks Islam juga, ini disebut dalam Al-Quran (Surah An-Naba’: 6-7), bahawa gunung seperti pasak (paku) bagi bumi. ⸻ 2. Menyimpan dan menyalurkan air Gunung menyimpan air dalam bentuk salji, ais dan air bawah tanah, yang menjadi sumber kepada sungai dan empangan. Kalau gunung dirobohkan, sumber air utama bagi jutaan manusia akan terganggu. ⸻ 3. Habitat biodiversiti Gunung adalah rumah kepada pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, termasuk spesies yang tidak dapat hidup di tempat lain. Merobohkan gunung akan memusnahkan habitat ini dan boleh menyebabkan kepupusan. ⸻ 4. Mengawal iklim dan cuaca Gunung mempengaruhi arah angin, hujan, dan suhu di sekitarnya. Jika gunung dirobohkan, ia boleh mengganggu corak cuaca tempatan dan meningkatkan risiko banjir, tanah runtuh dan cuaca ekstrem. ___________ 5. Kerosakan alam sekitar Merobohkan gunung akan menyebabkan hakisan tanah, pencemaran udara dan air, serta bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur. ⸻ Gunung bukan sekadar tanah tinggi, tapi sistem semula jadi yang sangat penting untuk keseimbangan bumi. Merobohkannya bukan saja merosakkan alam, tapi juga mengancam kehidupan manusia sendiri. #ipohperak #ipoh #fyp #perak #gunung #gunungperak #perakian ♬ MANGU Fourtwenty – Alottu
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Reaksi Berbeza Terhadap Isu Kuari
Melihat keadaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai berkenaan isu kuari di sekitar Lembah Kinta.
Terdapat sebahagian pengguna media sosial yang berpendapat perlombongan batu kapur tidak boleh dielak demi mendapatkan bahan mentah bagi pembangunan negara.
Sebaliknya, ada juga yang berasa sedih melihat khazanah alam sekitar ditarah sehingga sedemikian rupa.
Beberapa individu turut risau bahawa perkara itu boleh menyebabkan masalah kepada ekosistem alam sekitar termasuk berlakunya angin lintang di sekitar kawasan terbabit.
Seorang pengguna media sosial pula mendakwa keadaan sedemikian turut terjadi kepada gunung-ganang di sekitar negeri Kelantan dan Kedah.











Beberapa Gunung Di Lembah Kinta Telah Digondolkan
Sebenarnya, perlombongan batu kapur di gunung-ganang di sekitar Lembah Kinta sudah berlanjutan selama berpuluh tahun lamanya, sehingga beberapa khazanah alam itu habis digondolkan.
Seperti yang dilaporkan oleh media pada tahun 2021, Gunung Lanno di Simpang Pulai yang turut terlibat dalam aktiviti kuari bakal lenyap dari peta negeri Perak.
Menurut Sinar Harian, gunung berusia lebih 330 juta tahun itu dengan ketinggian lebih 370 meter mempunyai sekurang-kurangnya 30 gua batu kapur.
Sayangnya, gua-gua terbabit semakin musnah disebabkan oleh lebih 20 kilang kuari yang terdapat di sana.
Gambar yang dikongsikan juga melihatkan beberapa gunung di Lembah Kinta yang telah digondolkan termasuk Gunung Kanthan, Gunung Terendum dan Gunung Sentang.
Rata-Rata Kuari Di Perak Dimiliki Syarikat Swasta
Dalam pada itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Haji Saarani Mohamad berkata industri kuari batu kapur merupakan salah satu penyumbang terbesar terhadap ekonomi negeri itu.
“Ia bermula sekitar tahun 1970 dengan kebanyakan kuari dimiliki oleh syarikat persendirian secara pajakan dan telah beroperasi selama kira-kira 50 tahun,” katanya dipetik Bernama.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa industri kuari itu dipantau oleh agensi yang bertanggungjawab termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), polis dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Sebagai info, tiga gunung batu kapur di mana kuari dijalankan iaitu Gunung Terundum, Gunung Rapat dan Gunung Lanno telah diwartakan sebagai Zon Ekonomi Industri Asas Mineral/ Batuan dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025.
Baca Artikel Berkaitan: Ipoh Antara 8 Lokasi Pelancongan Wajib Dilawati Di Asia, Sesuai Untuk ‘Foodie’
Baca Artikel Berkaitan: Nak Roadtrip Ke Ipoh? Jom Terokai Tasik Cermin & 4 Lokasi Menarik Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.