[Video] Kurier ‘Fedup’, Hairan Individu Order Barang COD Tak Peka Waktu Penghantaran
Difahamkan, penghantar barang tersebut sudah beberapa kali menghubungi pelanggan namun tidak mendapat respon.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pembelian barang dalam talian kini bukan lagi satu perkara asing. Dengan pelbagai pilihan platform dan kaedah pembayaran termasuk tunai semasa penghantaran (COD), pengguna semakin mudah mendapatkan apa sahaja hanya dari hujung jari.
Namun, masih ada segelintir pengguna yang kurang peka dengan tanggungjawab selepas membuat pesanan, terutamanya bila melibatkan penghantaran COD yang memerlukan kehadiran mereka ketika barang sampai.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang penghantar barang baru-baru ini. Situasi seperti ini bukan sahaja menyukarkan tugasnya, malah membuang masa dan memberi kesan kepada jadual penghantaran yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Scammer Online Guna Taktik Baru Tipu Pelanggan Masa COD Barang. Beware!
Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Tema Halloween?” – Peniaga Kuih Buat COD Di Rumah Ada Patung Seram Bikin Ramai Terkejut
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!
Pelanggan Tak Respon, Kurier Terpaksa Batalkan Penghantaran
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@aliegamingx), seorang kurier berkongsi pengalaman semasa menghantar barang kepada pelanggan yang tidak memberi respon.
Menurutnya, dia telah beberapa kali cuba menghubungi pelanggan wanita tersebut ketika tiba di lokasi namun tidak dijawab.
Setelah menunggu beberapa minit tanpa sebarang maklum balas, dia akhirnya terpaksa membatalkan penghantaran tersebut.
Apa yang mengecewakan, hanya 20 minit kemudian barulah wanita itu menghubunginya semula untuk bertanyakan tentang barang yang dipesan.
Kurier berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana ini bukan kali pertama dia berdepan dengan situasi seperti itu.
Katanya, pelanggan seharusnya lebih peka terhadap notifikasi dari aplikasi dan menjawab panggilan sekiranya mereka memesan barang secara COD.
@aliegamingx hari² ngadap mende cmnie kalo dh tau order COD tu alert la bile courier call ke ws ke..hemmp. dh gerak bru nk call..mmg tak lah nk ptah balik.. Device : Infinix GT10 Pro Bodycam : Insta360 Go 3S #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #jntexpress #fypage #subangjaya #ss15 #courier #jntexpressmalaysia #insta360go3s #jnt #pjs215 #fypシ゚
♬ original sound – Pakcik Alie – Pakcik Alie
Netizen Turut Kecewa, Anggap Pelanggan Sebegini Menyusahkan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa pelik dengan tindakan individu yang membuat pesanan COD tetapi tidak bersedia menerima barang apabila tiba.
Ada yang turut berkongsi pengalaman sama apabila penghantaran tertangguh gara-gara pelanggan tidak menjawab telefon atau tiada di rumah.


Sebahagian netizen turut mencadangkan agar individu seperti ini memilih kaedah pembayaran dalam talian jika tahu sukar untuk berada di rumah pada waktu penghantaran, bagi mengelakkan kesulitan kepada pihak kurier dan diri sendiri.

Apa Perlu Buat Kalau Nak Guna COD? Ini 7 Perkara Penting Anda Kena Tahu

Untuk elakkan sebarang masalah semasa penghantaran, pengguna yang memilih kaedah Cash On Delivery (COD) perlu faham beberapa perkara asas. Antaranya ialah:
- COD bermaksud bayar ketika penghantaran, bukan selepas. Jika minta bayar kemudian, itu sudah lari dari SOP.
- Gunakan nombor telefon yang aktif, dan boleh dihubungi.
- Sebaiknya ada aplikasi WhatsApp, supaya penghantar mudah hubungi jika perlu.
- Pastikan anda senang dihubungi dan berada di rumah semasa waktu jangkaan penghantaran.
- Sediakan wang secukupnya lebih awal, bukan pada waktu penghantar sampai.
- Semak status parcel dalam aplikasi agar boleh bersedia awal.
- Alamat mesti lengkap dan tepat, dan elakkan buat penghantar tunggu lama di luar rumah.
Semoga cara ini dapat memudahkan urusan kurier, sekali gus memudahkan urusan anda!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Kecil Hati, Dakwa Pelanggan Beri Kata Kesat & Tidak Minta Maaf Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Mandi & Tak Tinggal Nombor Rumah, Ramai Kecam Wanita Salahkan Rider Tinggal Makanan Di Parkir
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Lihat Penumpang Fasih Borak Dalam Bahasa Mandarin Dengan Uncle Grab
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



