Now Reading
Lelaki Soal Sama Ada Gaji RM5,000 Cukup Nak ‘Survive’ Di KL Undang Pelbagai Reaksi

Lelaki Soal Sama Ada Gaji RM5,000 Cukup Nak ‘Survive’ Di KL Undang Pelbagai Reaksi

Lelaki yang merupakan seorang pelajar dan pekerja separuh masa itu berkata dia berjaya bertahan menetap di Kuala Lumpur dengan gaji kira-kira RM1,800 seminggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas bertungkus lumus mencapai kecemerlangan dan menamatkan pengajian, kini para graduan pastinya sedang sibuk ‘job hunting’ bagi menggapai impian masing-masing.

Kebanyakan golongan ini kemudiannya akan mencari pekerjaan di bandar seperti sekitar Kuala Lumpur atau Selangor kerana peluang pekerjaan yang lebih tinggi, tidak sama seperti di kawasan pedalaman.

Bahkan pada tahun lalu juga, penemuan Banci Ekonomi 2023 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati Kuala Lumpur adalah bandar yang menerima purata gaji sebulan paling tinggi berbanding di negeri lain.

Hasil penemuan turut mendedahkan individu yang bekerja di KL secara umumnya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM4,196 diikuti Selangor dengan purata gaji bulanan sebanyak RM3,563 dan Pulau Pinang pula sejumlah RM3,496.

Sumber: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: Purata Gaji Sebulan Pekerja Di Kuala Lumpur Paling Tinggi, Kelantan Terendah Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Pada Tangga Ke-4 Untuk Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Intern ‘Demand’ RM3,000 Gaji & Insentif Undang Perhatian Ramai

Lelaki Tanya Pandangan Warganet Tentang Gaji RM5,000 Sambil Tinggal Di KL

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Luqie bertanya kepada orang ramai tentang pandangan mereka mengenai jumlah gaji yang diterima buat mereka yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan semua, bekerja di ibu kota tidak memberi jaminan anda mendapat gaji lumayan. Semuanya berbalik kepada bidang diceburi, syarikat, sejauh mana relevannya pekerjaan itu di pasaran sekarang, jumlah waktu bekerja dan sebagainya.

“Adakah RM5,000 sebulan cukup untuk individu umur 20-an menetap di KL?” tanya Luqie.

View on Threads

Dalam satu hantarannya yang lain, lelaki yang merupakan pelajar dan pekerja separuh masa itu berkata dia menceburi bidang pemasaran digital.

Dalam masa seminggu, Luqie yang berumur 22 tahun itu berjaya mendapat jumlah pendapatan sebanyak kira-kira RM1,800.

Jelas lelaki berkenaan, begitulah cara dirinya untuk bertahan tinggal di ibu kota yang terkenal dengan kos sara tinggi.

Sumber: Threads (luqiedigitaldiaries)

Sesetengah Individu Setuju Gaji RM5,000 Adalah Mencukupi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi. Ramai berkata jumlah sebanyak RM5,000 adalah cukup buat individu berusia 20-an, terutamanya buat mereka yang bujang dan masih tinggal bersama ibu bapa.

“Saya mula dengan gaji RM2,800 sebulan. Tinggal seorang diri di Bangsar. Tiada elaun dari ibu bapa tapi masih boleh buat simpanan RM2,000 sebulan. Sewa bilik RM300 selebihnya untuk makan dan keperluan,” kata seorang netizen.

Ramai percaya bahawa jumlah pendapatan itu akan jadi tidak cukup sekiranya seseorang itu melaburkan simpanan yang banyak untuk gaya hidup mewah.

Sumber: Threads (luqiedigitaldiaries)

Gaya Hidup Mewah Antara Punca Gaji RM5,000 Tidak Cukup

Sementara itu, segelintir individu pula berkata RM5,000 adalah tidak mencukupi jika menetap di Kuala Lumpur kerana memilih untuk berbelanja tinggi.

“Saya umur 20. Dapat RM7,000 setiap bulan dan tinggal dengan ibu bapa saya di KL. Pun masih tak cukup. Setiap orang ada cara hidup dan minat berbeza.

“Saya memang suka barang high-end. Jadi perbelanjaan saya pun lain. RM7,000 tu mungkin cukup bagi orang lain tapi belum tentu untuk saya,” jelas seorang wanita.

Malah ada yang berpendapat isu gaji tidak cukup ini tidak akan berkesudahan selagi mana keinginan menguasai diri.

“Sejujurnya, lagi tinggi gaji, lagi tinggilah selera. Gaji saya dulu RM2,000 beberapa tahun lepas, dan peliknya ia cukup. Tapi bila gaji saya naik, gaya hidup pun berubah. Jadi tak kisah pun berapa banyak pendapatan, part paling penting adalah macam mana korang nak berbelanja,” ujar seorang warganet.

Sumber: Threads (luqiedigitaldiaries)

Wanita Percaya Gaji RM10,000 Adalah Nilai Yang Paling Munasabah

Sebelum ini, seorang wanita dalam satu temu bual berkata gaji yang mencukupi untuk tinggal di ibu kota tersebut adalah sekitar RM10,000 dan ke atas.

Dengan nilai pendapatan sedemikian, seseorang individu itu mampu memiliki tempat tinggal, kereta dan membeli makanan yang diingini. Tambahnya lagi, gaji RM10,000 itu tidak termasuk dengan pembelian barangan berjenama yang mahal.

Sumber: Pexels

Apabila bertanya kepada dua orang wanita lain pula, mereka menganggap gaji yang perlu dimiliki oleh mereka yang tinggal di Kuala Lumpur adalah sekitar RM7,000.

“Sewa rumah sekurang-kurangnya RM1,500. Kereta paling kurang RM1,500. Itu sahaja sudah RM3,000. Makan dan duit minyak dalam RM1,000. Jadi semuanya sudah RM4,000. Nak menyimpan lagi. Jadi at least kena ada RM7,000,” jelas orang awam tersebut.

Pendapat anda pula macam mana?

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pendapat Perlu Gaji RM7,000 Ke Atas Untuk Tinggal Di KL Cetus Perdebatan Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Baca Artikel Berkaitan: Soalan Gaji RM10,000 Cukup Atau Tidak Undang Pelbagai Reaksi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd