Now Reading
[Video] Speed Boat Milik TLDM Terbabas Sewaktu Latihan LIMA Langkawi

[Video] Speed Boat Milik TLDM Terbabas Sewaktu Latihan LIMA Langkawi

Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi raptai demonstrasi sempena pembukaan LIMA 2025 di Langkawi dan melibatkan pelanggaran dengan bot pelancong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa sahaja yang tidak tahu akan kewujudan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang saban tahun mencuri tumpuan ramai. Acara ini menjadi pentas demonstrasi keupayaan ketenteraan dan teknologi canggih negara serta antarabangsa.

Kebiasaannya, pihak yang terlibat dalam persembahan akan menjalani latihan dan raptai beberapa hari sebelum acara rasmi berlangsung. Namun, seperti yang diketahui, malang tidak berbau dan sebarang latihan tetap terdedah kepada risiko yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, sebuah insiden membabitkan bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mencetuskan kebimbangan ramai apabila ia hilang kawalan sewaktu menjalani raptai persembahan maritim di Langkawi.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Kapal Dagang Berlanggar Di Perairan Kota Tinggi, Maritim Jalankan Operasi SAR

Baca Artikel Berkaitan: Maritim Malaysia Berjaya Selamatkan Pelantar Minyak Petronas Dari Risiko Meletup

Bot TLDM Hilang Kawalan, Langgar Bot Pelancong

Sebuah bot milik TLDM dilaporkan hilang kawalan ketika menjalani raptai demonstrasi keupayaan sempena pembukaan Segmen Maritim LIMA 2025, petang semalam (15 Mei).

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@kimie_dzuki), bot tersebut dilihat membelok tajam hingga mencetuskan percikan air yang besar, sebelum terus bergerak laju dalam keadaan tidak terkawal.

Bot berkenaan kemudian melanggar sebuah bot pelancong berhampiran pantai. Ia turut dilihat ‘naik’ ke atas bot pelancong itu sebelum terus bergerak dan akhirnya terhempas melanggar sebuah kawasan pulau kecil.

Insiden berlaku sekitar jam 4.34 petang melibatkan lima anggota TLDM. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, dua anggota pasukan keselamatan cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dalam kalangan kru. Namun, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

@kimie_dzuki

Ini bukan cobaan..ini betol2 LIMA…amat dasyattt tahun ni… #limalangkawi #navyterbabas #langkawi

♬ bunyi asal – Hakimi dzuki – Hakimi dzuki
Tonton video penuh [DI SINI].

Pameran LIMA 2025 Tarik Minat Serantau

Sumber: MalayMail

LIMA secara umum merupakan pameran aeroangkasa dan maritim terbesar di Asia Pasifik. Bagi tahun 2025, ia akan diadakan dari 20 hingga 24 Mei di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Dengan tema “Innovate Today, Thrive Tomorrow”, edisi ke-17 ini menyaksikan penglibatan luas daripada syarikat dalam dan luar negara, menandakan pengaruh LIMA sebagai platform utama industri pertahanan dan teknologi global.

Acara ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC), dengan kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Arabian World Events, MAIA dan MiGHT.

Penganjur turut memperkenalkan segmen baharu untuk menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana dalam kedua-dua sektor iaitu aeroangkasa dan maritim.

Baca Artikel Berkaitan: Puteri Shazwani Pegawai Wanita TLDM Pertama Pakar Dalam Peluru & Letupan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd