Now Reading
[Video] Ramai Terhibur Lihat Anggota Bomba Beri Sesi ‘Grooming’ Pada Burung Hantu

[Video] Ramai Terhibur Lihat Anggota Bomba Beri Sesi ‘Grooming’ Pada Burung Hantu

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan berkenaan burung hantu sesat sebelum menghantar anggota ke lokasi yang menjurus kepada sesi ‘grooming’ tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, tugas anggota bomba bukan hanya tertumpu kepada kebakaran semata-mata. Mereka juga sering dipanggil untuk menyelamatkan haiwan liar yang tersesat masuk ke kediaman penduduk.

Sudah tentulah mereka cukup terlatih dan berpengalaman dalam berdepan situasi yang melibatkan haiwan, tidak kira jinak mahupun liar. Ada kala situasi itu serius, dan ada kala cukup mencuit hati.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan anggota bomba yang kelihatan amat tenang berinteraksi dengan seekor burung hantu, seakan sedang membelai haiwan peliharaan sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Puluhan Burung Merpati Ditemui Mati Bertaburan Di Ipoh, Punca Masih Dalam Siasatan

Burung Hantu Macam Kucing, Hanya Diam Semasa Kena Usap

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@bombaslimriver_), seekor burung hantu dilihat duduk di atas kerusi bersebelahan seorang anggota bomba yang difahamkan berada di situ atas laporan kehadiran haiwan sesat.

Apa yang menarik perhatian, anggota tersebut dengan tenang membelai kepala dan badan burung itu, seolah-olah sedang memeriksa kutu atau membersihkan bulu yang tertanggal.

Lebih lucu, dia sempat menunjuk-nunjuk bulu itu kepada si burung, seakan mengusik haiwan tersebut.

Burung hantu itu pula langsung tidak menunjukkan tanda-tanda agresif, malah hanya duduk diam seperti sedang menikmati sesi ‘grooming’ percuma.

Di akhir video, anggota tersebut sempat mengusap dan menggaru kepala burung itu seperti melayan seekor kucing, mencetuskan pelbagai reaksi lucu dari netizen.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Siap Karang Dialog Untuk Burung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat interaksi antara burung hantu itu dan anggota bomba berkenaan.

Ramai juga yang kreatif mengarang dialog yang kemungkinan dikatakan oleh burung berkenaan semasa sesi spa percuma itu.

Sumber: TikTok @bombaslimriver_
Sumber: TikTok @bombaslimriver_

Selain itu, ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing memanggil anggota bomba untuk menangani haiwan dan memuji kesabaran serta profesionalisme mereka.

Sumber: TikTok @bombaslimriver_
Sumber: TikTok @bombaslimriver_

Burung Hantu Memang Nampak ‘Blur’ Siang Hari

Untuk pengetahuan, burung hantu merupakan haiwan nokturnal yang aktif pada waktu malam. Oleh itu, ketika siang hari, haiwan ini cenderung berada dalam keadaan lebih pasif, tenang dan seperti mengantuk.

Keadaan ini juga menjelaskan mengapa burung hantu dalam video tersebut tidak melawan atau menunjukkan sebarang reaksi agresif meskipun disentuh dan dibelai oleh anggota bomba.

Kelakuannya yang tunduk, mata separa tertutup dan langsung tidak bergerak banyak sebenarnya adalah sifat semula jadi burung hantu ketika waktu siang.

Dalam erti kata lain, burung itu mungkin sedang rehat atau lemau kerana bukan waktu aktifnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Check-In 9 Hari” – Wanita Dikejutkan Dengan Kehadiran Biawak Di Rumah Lepas Pulang Beraya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Punca Air Naik Di Bazar, Riuh Sekampung Apabila “Tetamu” Istimewa Datang Kunjung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Konon Jumpa Buaya Di Sungai Dekat Mid Valley, Gelagat Sekumpulan Rakan Ini Bikin Ramai Geli Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd