Now Reading
“Sakit Hanya Allah Tahu” – Paru-paru Wanita Kena Tebuk Lepas Hidu Asap Rokok & Vape Orang Lain

“Sakit Hanya Allah Tahu” – Paru-paru Wanita Kena Tebuk Lepas Hidu Asap Rokok & Vape Orang Lain

Menurut wanita dikenali sebagai Sistihah, paru-parunya ditebuk sebanyak dua kali pada 2017, dan dua kali lagi pada 2019 selepas didiagnos sebagai perokok pasif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak dahulu lagi, masyarakat didedahkan dengan keburukan dan impak pengambilan rokok dalam kehidupan seseorang. Antara risiko utama bahan berbahaya ini adalah penyakit jantung dan juga paru-paru.

Pun begitu, masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berdegil dan menghisap rokok bukan sahaja di rumah malah lebih teruk di tempat awam yang dikelilingi kanak-kanak serta bayi.

Bahkan kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada golongan ini juga masih belum mampu membuatkan mereka sedar tentang bahayanya rokok dan vape. Dalam tidak sedar golongan ini mampu memudaratkan kesihatan orang tersayang.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Umum Akta Kawalan Produk Rokok (Akta 852) Bakal Dikuatkuasa Mulai 1 Oktober Ini

Baca Artikel Berkaitan: Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’ Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah UM Gesa Kerajaan Negeri Haramkan Penjualan Vape, Mahu Lindungi Generasi Muda

Wanita Diserang Penyakit Paru-paru Selepas Jadi Perokok Pasif

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sistihah (@sistihah00) berkongsi kisahnya selepas didiagnos sebagai perokok pasif.

Sekadar info, perokok pasif ialah perokok sekunder iaitu individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap dari persekitaran mereka. 

Menerusi video perkongsian, kelihatan Sistihah dikejarkan ke hospital akibat penyakit paru-paru yang membuatkannya susah untuk bernafas. Sama seperti sesetengah kes perokok tegar yang lain, paru-paru wanita ini juga ditebuk di kedua-dua belah, kanan dan kiri.

Menurutnya, organ tersebut ditebuk sebanyak dua kali pada tahun 2017, manakala dua kali di bahagian kanan pula pada 2019.

“Jika ada nyawa terkorban disebabkan terhidu bau asap vape atau rokok yang korang hisap, akan bertanggungjawab lah korang di akhirat kelak,” katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Wanita Menderita Sakit Saraf Lepas Jadi Perokok Pasif

Dalam hantaran itu juga, Sistihah berharap agar orang ramai tidak akan menjadi mangsa sepertinya.

“Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. Jadi beringatlah ya. Saya dah terkena harap korang tidak.

“Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang kesan sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Tambah Sistihah, keadaannya sudah beransur pulih dan penyakit itu berlaku sebelum dia berkahwin lagi.

@sistihah00 Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. So beringatlah ya. Saya dah terkena hope korang tak terkena. Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang efek sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan 🥲 #vape #rokok #bahayarokok #fyppppppppppppppppppppppp #storylife ♬ original sound – DNP

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Berang Dengan Sikap Perokok Yang Hisap Bahan Terlarang Di Merata Tempat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa hiba dengan nasib Sistihah yang perlu menghadap kesakitan akibat sikap tidak bertanggungjawab orang lain.

“Weh kesiannya. Disebabkan orang lain yang hisap awak yang dapat sakit. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan orang yang hisap vape atau rokok tu untuk berhenti,” kata seorang netizen.

Malah ramai juga yang berasa berang dengan sikap perokok yang hisap bahan bahaya itu di tempat terbuka sehingga memudaratkan orang lain.

“Saya paling menyampah bila duduk lepak makan dekat restoran. Orang meja depan atau sekeliling saya merokok saya akan tegur, ‘Kalau nak merokok sila keluar jauh-jauh sikit.’ Nak gaduh dengan saya, gaduh je lah. Langsung tak hormat orang sekeliling,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga individu yang berkongsi pengalamannya selepas berhenti merokok sepenuhnya.

“Lepas dah berhenti merokok, baru aku tahu busuk betul rokok ni. Yang dulu aku selalu sedut tak bau apa-apa. Sekarang tak boleh nak bau dah. Aku doakan semoga yang merokok dapat berhenti untuk kebaikan sendiri dan orang sekeliling,” luah seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@sistihah00)

Buat Aduan Jika Lihat Individu Rokok Di Kedai Makan

Kebiasaannya seseorang boleh menjadi perokok pasif selepas menghidu bau rokok ahli keluarga di rumah atau yang selamba menghisapnya di kedai makan.

Jika teguran tidak ‘jalan’, anda boleh membuat aduan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di WhatsApp 010-8608949.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian yang sama jika mendapati ada pemilik yang tidak meletak papan tanda larangan merokok di premis makanannya.

Larangan Merokok Dalam Kedai Makan

Merokok di dalam premis makanan adalah satu kesalahan dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda seperti berikut:

  • Kesalahan pertama: RM250
    • Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dalam tempoh sebulan.
  • Kesalahan kedua: RM250
    • Tiada pengurangan kompaun ditawarkan.
  • Kesalahan ketiga: RM350

Baca Artikel Berkaitan: Padah Abai Peraturan, 44 Perokok Dikompaun RM15,000

Baca Artikel Berkaitan: Paru–paru Suami Dijangkiti Kuman, Wanita Dedahkan Bahaya Hisap Rokok Seludup

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buat Onar & Drift Selepas Ditegur Merokok Di Stesen Minyak Sudah Ditahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd