Nak Belajar Tentang Gajah? Anda Boleh Ke Pusat Konservasi Gajah Di Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) yang terletak di Kuala Gandah, Pahang dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Melihat insiden yang membabitkan seekor ibu gajah bersama bayinya baru-baru ini sudah tentu meruntun jiwa sebahagian besar masyarakat, apatah lagi memandangkan haiwan itu diklasifikasikan sebagai haiwan terancam.
Sehubungan itu, ramai yang semakin cakna dengan keselamatan haiwan gergasi darat itu yang berisiko menjadi mangsa dalam konflik antara manusia dan alam sekitar.
Kerajaan juga tidak terkecuali apabila mengambil langkah-langkah tertentu seperti memindahkan gajah yang tersesat kepada tempat yang sepatutnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang
NECC Dibuka Oleh PERHILITAN Pada 1989
Mungkin masih ramai dalam kalangan masyarakat tempatan yang belum tahu, sebenarnya Malaysia juga mempunyai pusat pemuliharaan gajah yang tersendiri.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pempengaruh di TikTok (@cca.adventures) yang telah berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) Kuala Gandah yang terletak di Pahang baru-baru ini.
Menurutnya, pusat tersebut telah dibuka pada tahun 1989 oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) bagi tujuan pemuliharaan dan pendidikan mengenai gajah.
17 Ekor Gajah Kekal Di NECC
Misi utama NECC adalah melindungi gajah yang terkesan dengan kehilangan habitat serta konflik antara manusia dan kehidupan liar.
Katanya, terdapat sebanyak 17 ekor gajah yang ditempatkan di pusat konservasi tersebut secara kekal.
Daripada jumlah ini, sebilangan gajah tidak boleh dilepaskan kembali ke hutan akibat kecederaan yang dialami sewaktu kaki terkena jerat sehingga putus, seperti yang berlaku terhadap seekor bayi gajah.
Sebahagian lagi pula berperanan dalam membantu memindahkan gajah liar yang tersesat di kawasan perumahan dan sebagainya. Digelar sebagai gajah denak, mereka akan memujuk gajah liar untuk ikut ke tempat yang sepatutnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perhilitan Perjelas Kenapa Ada Gajah Naik Lori Pandang Ke Belakang

NECC ini juga terletak di lokasi yang paling strategik yakni di Rizab Hidupan Liar Kraw di Pahang iaitu kawasan hutan yang semula jadi dan sesuai sebagai habitat buat gajah.
Pempengaruh itu juga berkata bahawa kawasan persekitaran NECC tidak terasa seperti dibina oleh manusia.
“Walaupun kos untuk merawat gajah-gajah di sini tinggi, NECC pastikan tempat ini percuma untuk semua orang masuk,” ujarnya.
Tiada Aktiviti Naik Gajah Di NECC Sejak 2012
Mungkin ada yang berasa ragu-ragu dengan pusat konservasi tersebut memandangkan terdapat pusat sedemikian di negara luar yang didakwa menyebabkan penderaan atau mengeksploitasi gajah.
Namun, NECC telah menghentikan aktiviti menaiki gajah yang tidak beretika sejak tahun 2012 lagi.
“Dia akan menyebabkan tulang belakang gajah berubah bentuk (deform) disebabkan aktiviti menaiki gajah tersebut,” jelasnya.
Sebaliknya, antara aktiviti yang boleh dilakukan di NECC adalah memberi gajah makan dan melawat anak-anak gajah.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan gajah dewasa mandi bersama mahut dan persembahan gajah di sungai jika cuaca mengizinkan.

Pelawat Boleh Guna Khidmat Berbayar ‘Nature Guide’
Walaupun kemasukan ke NECC adalah percuma, namun pengunjung boleh memilih untuk mendapatkan khidmat Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi bagi lawatan yang berinfomasi.
Berdasarkan laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu:
- Servis Biasa (RM50)
Maksimum 10 orang dalam satu kumpulan bagi tempoh 45 minit hingga sejam. - Lawatan Pendidikan (RM12)
Maksimum 12 orang dalam satu kumpulan dengan tempoh masa antara 1 jam setengah ke 2 jam. - Sukarela (RM100)
Maksimum 10 orang dalam satu kumpulan dan perlu ditempat lebih awal.
Di samping itu, pengunjung juga boleh membuat sumbangan kepada Tabung Amanah Gajah.
Pempengaruh itu juga mengingatkan orang ramai bahawa NECC adalah tempat yang tenang bagi tujuan pendidikan.
“Datang sini dengan mindset yang nak belajar tentang gajah – habitat, sistem ekologi dan sistem biologi gajah,” katanya.
@cca.adventures Disebabkan Kes sedih yang berlaku baru-baru ni, meh datang sini untuk belajar lebih tentang haiwan majestic Malaysia ni. 📍National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah, Lebuhraya Pantai Timur, Kampung Cempaka Kanan, 28500 Lanchang, Pahang
♬ original sound – Adventures Malaysia
Tonton video penuh [DI SINI].
NECC Hanya 2 Jam Dari Kuala Lumpur
Jika anda berminat untuk berkunjung ke NECC, ia terletak sekitar 1 jam setengah ke 2 jam dari Kuala Lumpur, melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar di persimpangan Lanchang.
Namun diingatkan segala aktiviti membabitkan gajah bergantung kepada cuaca dan paras air sungai bagi aktiviti melihat gajah mandi.
Berikut merupakan info penting NECC:
Alamat: Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi-3.30 petang)
No Tel: 017-629 8740 (Panggilan & Whatsapp)
Untuk info lanjut klik [SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Halau Gajah Seakan Berkomunikasi Dengan Manusia, Ini Doa Yang Diamalkannya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.