[Video] Makcik Terlepas Troli Hingga Terkena Kereta, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian
Difahamkan, kesan pelanggaran troli dengan kereta berkenaan telah menyebabkan calar kecil.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Meminta maaf mungkin mudah diucapkan, namun memberi kemaafan memerlukan hati yang lapang.
Dalam kehidupan seharian, ungkapan maaf mampu meredakan ketegangan, tetapi sikap bertolak ansur menjadi kunci sebenar dalam menyelesaikan konflik kecil yang kadang kala mampu membawa kepada perselisihan lebih besar.
Itulah yang berlaku dalam satu situasi yang dikongsikan seorang lelaki, apabila dia dengan tenang memaafkan sepasang suami isteri yang secara tidak sengaja membiarkan troli menggelongsor sehingga terkena kenderaannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Juga Laju Tolong” – Aksi Sekumpulan Rider Tolak Kereta Rosak Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kapal Terbang Mainan Jatuh Terkena Orang, Gelagat Comel Anak Ini Minta Maaf Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akui Kesilapan Diri, CEO Kaki Review Tampil Mohon Maaf Kepada Jason
Troli Terlepas Sendiri, Lelaki Pilih Untuk Maafkan
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@hxzlywxn), lelaki tersebut berkongsi rakaman dashcam dari kenderaan miliknya yang merakam insiden itu.
Rakaman menunjukkan dia bersama pasangan berkenaan sedang memeriksa bahagian hadapan kenderaannya yang tercalar akibat insiden troli yang terlepas.
Pemilik video memaklumkan bahawa wanita berkenaan gelisah dan berkali-kali bertanyakan jumlah kos kerosakan, namun dia memilih untuk memaafkan mereka tanpa meminta sebarang bayaran kerana hanya melibatkan calar kecil.
Menurutnya, hatinya menjadi lembut melihat pasangan itu yang tidak putus-putus memohon maaf.
Salah Faham Punca Troli Terlepas
Dalam perkongsian lain, lelaki itu turut memperlihat dan menceritakan bagaimana insiden itu berlaku.
Difahamkan, si suami cuba mengalihkan troli yang menghalang laluan di hadapan mereka, manakala si isteri pula ingin mencuci tangan di singki berdekatan. Masing-masing menyangka pasangan mereka menguruskan troli yang diusung.
Salah faham itu akhirnya menyebabkan troli terlepas tanpa disedari dan terkena kereta pemilik video yang diparkir di tepi jalan.
Melalui kapsyen videonya, lelaki itu juga sempat berpesan dan mengingatkan bahawa harta benda itu tidak ke mana, sebaliknya yang lebih penting adalah nilai kemaafan dan sikap tolak ansur.
Netizen Puji Sikap Bertolak Ansur Pemilik Video
Situasi itu mendapat pujian ramai netizen yang kagum dengan sikap pemilik video memilih untuk berdamai dengan hati terbuka.
Rata-rata menyatakan bahawa pada zaman kini, kata maaf sudah menjadi nilai yang mahal kerana tidak semua orang mampu mengungkapkan dan lebih sukar lagi untuk memaafkan dengan ikhlas.


Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka, apabila perbuatan baik yang dilakukan kepada orang lain akhirnya dibalas dengan rezeki yang tidak disangka.


Islam Anjurkan Balas Kebaikan Dengan Kebaikan
Ajaran Islam amat menekankan amalan kebaikan serta menyeru umatnya berlumba-lumba mengerjakan kebaikan.
Malah, Islam juga menggalakkan setiap orang membalas kebaikan yang diterima sebagai tanda menghargai dan memperlihatkan akhlak yang mulia.
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk menghargai dan membalas kebaikan walaupun hanya dengan doa, seperti sabda Rasulullah SAW.
Sesiapa yang mendapat kebaikan daripada seseorang, lalu dia berkata ‘Jazakallahu khaira’, maka dia telah memujinya (berterima kasih kepadanya dengan memujinya)
HR at-Tirmidzi
Jelas bahawa nilai kebaikan dan saling menghargai merupakan budaya yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Orang Baik” – Pemuda Dipuji Bantu Warga Emas Terjatuh Di Eskalator MRT
Baca Artikel Berkaitan: “Respect Angkat Imej Malaysia” – Tindakan Lelaki Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



