Now Reading
“Siap Ada Diskaun” – Raih 1.6 Juta Tontonan, Aksi Lelaki Jual Angin Pantai ‘Fresh’ Curi Perhatian

“Siap Ada Diskaun” – Raih 1.6 Juta Tontonan, Aksi Lelaki Jual Angin Pantai ‘Fresh’ Curi Perhatian

Lelaki dikenali sebagai Hayyan ini bagaimanapun tidak mahu mendedahkan lokasi pantai tersebut kerana menyifatkan angin itu sebagai ‘eksklusif’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembelian secara atas talian yang semakin popular pada masa kini bukan sahaja memudahkan pelanggan malah juga peniaga untuk setiap urusan jual beli.

Dengan platform e-dagang, anda boleh dapatkan barangan yang diinginkan atau keperluan dengan hanya beberapa klik sahaja. Ia sememangnya menjimatkan masa dan tenaga seseorang daripada terpaksa pergi ke kedai fizikal untuk membeli sesuatu produk.

Namun siapa sangka, ada juga pihak yang menggunakan platform atas talian ini secara kreatif dengan menjual barang-barang yang tidak terfikir dek akal.

Lelaki Jual Angin Pantai Di Platform TikTok

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@wardiyya11) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hayyan sedang mempromosi barangan yang dijual di platform media sosial tersebut.

Kebiasaannya, orang ramai akan tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang berguna atau pun barangan yang popular di pasaran. Namun lain daripada lain, Hayyan yang juga seorang affiliate itu dilihat menjual angin. Ya, angin segar daripada sebuah pantai.

Baca Artikel Berkaitan: Menjelang 12.12: TikTok Shop Lancar Affiliate Link, Buka Peluang ‘Creator’ Tempatan Jana Income

Menerusi video perkongsian, kelihatan Hayyan yang sedang memegang satu plastik sedang mengaut angin di pantai berkenaan. Selepas bungkusan itu mula gelembung dengan angin, lelaki itu terus mengikatnya.

@wardiyya11

Tak payah pegi pantai dah. Beli angin pantai ni je

♬ Laksana Surgaku – Dudy Oris

Tonton video penuh [DI SINI].

“Roger angin pantai fresh. Siapa nak tengok ni betul-betul segar tau. Siapa yang duduk bandar nak angin fresh boleh tengok beg kuning (platform membeli-belah di TikTok),” ujarnya di dalam video tersebut.

Mungkin ramai di antara anda yang beranggapan bahawa ia adalah jenaka semata-mata. Namun menerusi semakan kami, sebanyak 12 stok angin pantai telah dijual setakat artikel ini ditulis (14 Mei) dengan harga RM48 bagi setiap bungkusan.

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas ia menerima sebanyak 1.6 juta tontonan.

Sumber: TikTok (@wardiyya11)

Penjual Ajar Cara Guna Angin Pantai

Dalam satu hantaran lain, Hayyan juga sempat berkongsi kepada pelanggan cara-cara menggunakan angin pantai itu sejurus menerima bungkusan plastik itu di rumah.

Jelasnya, anda perlu membuka plastik itu dengan perlahan dan dengan cepat menekap muka anda ke dalam bungkusan berkenaan agar dapat menyedut keseluruhan angin segar itu.

@wardiyya11 Replying to @paanaffiliate ♬ original sound – Hayyans

Tonton video penuh [DI SINI].

“Orang J&T patut berterima kasih kepada saya. Daripada dia hantar batu, pasir baik dia hantar angin. Selamat, daripada batu-bata satu ketul pun dah penat,” ujar Hayyan dalam satu sesi siaran langsung hari ini (14 Mei).

Ada juga yang bertanya tentang pantai berkenaan. Namun menurut Hayyan, dia tidak mahu mendedahkan nama dan lokasi angin itu diambil kerana mahu memelihara barang yang dikatakan ‘eksklusif’.

“Siapa-siapa yang nak flavour (angin), kena add on RM2,” tambahnya lagi.

Ramai Tidak Terkata Lepas Ada Pihak Yang Mula Menjual Angin Pantai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tercengang apabila angin pula sudah mula dijual di Malaysia ini.

“Bang angin percuma je Allah bagi dah kenapa nak kena beli pulak ni,” kata seorang wanita yang meluahkan stres.

Malah, segelintir individu turut meminta para pembeli untuk memberi reviu dan maklum balas tentang produk angin tersebut.

Sementara itu, ada juga seorang wanita berkata angin yang dibeli sangat sejuk. Betul atau bergurau, tidak dapat kami pastikan.

“Saya dah beli, lepaskan angin pantai dalam rumah auto rasa duduk tepi pantai,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@wardiyya11)

Baca Artikel Berkaitan: “Muka Happy Betul” – Pakcik Beli Barang Online Setiap Hari Lepas Pencen Bikin Ramai Terhibur

Ada Juga Yang Jual Pasir Dengan Harga Murah

Kalau anda nak tahu, sejak beberapa hari ini turut tular ada pihak yang menjual pasir dengan harga 42 sen sahaja untuk satu kilogram. Pembeli pula diberi dua pilihan sama ada mahu pasir halus atau kasar.

@5mshop.co Replying to @flaka 🐛 kata nk pasir en ni haa pasir #takhellotakkawan #pasir #pasir #batu #fyp #5m ♬ original sound – 5M Shop co.

Tonton video penuh [DI SINI].

Walaupun agak pelik, namun parcel pasir ini telah pun diterima dengan selamat oleh individu yang membeli barangan tersebut.

@zhenoreview Replying to @aero.spotter aq dah beli awai2 Batu Bata dah ade sekarang pasir pulak 😔🥀 #pasir #unboxing #pasironline #fineshyt ♬ original sound – 5M Shop co.

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Baru Berazam Depan Suami Tak Nak Shopping Online, Hari Kedua Tahun Baru Kantoi Parcel Dah Sampai Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mariah Carey Terkejut Anaknya Shopping Online Sebanyak RM20,000

Baca Artikel Berkaitan: Barangan Aksesori Wanita Dari Aplikasi Online Ditemui Ada Bahan Toksin – Pihak Berkuasa Seoul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd