Now Reading
“Habis Nafas Bos” – Gelagat Abang Bomba Tangkap Skunk Bikin Ramai Terhibur

“Habis Nafas Bos” – Gelagat Abang Bomba Tangkap Skunk Bikin Ramai Terhibur

Pasukan anggota daripada Sabah itu dilihat berlari daripada skunk sehinggakan ada sampai mahu termuntah menghidu kentut haiwan berbulu tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, anggota bomba di Malaysia ini bukan sahaja sibuk menyelamatkan nyawa manusia malah haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan juga tidak terkecuali.

Seperti sebelum ini, seorang anggota bomba dikenali sebagai Azlin Norssham berkongsi situasi dirinya bersama ahli pasukan yang lain bagi menyelamatkan seekor anjing sekitar waktu Maghrib di sebuah padang.

Kebiasaannya, pihak bomba akan menerima panggilan mengenai anjing atau kucing yang tersangkut pada pokok, longkang, rumah berpagar dan sebagainya.

Namun lain pula kali ini apabila anjing tersebut tersangkut di tempat yang tidak disangka dek akal iaitu di jaring gol bola sepak. Dalam hantaran sama, anjing itu dilihat seperti pasrah dan mengharapkan bantuan pihak bomba yang datang mendekatinya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lembu Tersekat Dalam Longkang Bikin Abang Bomba Termenung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Bomba Gigih Cari Ular Dalam Bilik Penuh Sepah Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Buat Apa La Ni” – Bomba Pening Kepala Lihat Anjing Sangkut Pada Jaring Gol Bola Sepak

Sekumpulan Anggota Bomba Bergelut Tangkap Skunk

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@pedangair) apabila seorang anggota bomba dari Sabah berkongsi suasana di sebuah kawasan perumahan sekitar Sabah pada waktu malam.

Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan anggota bomba itu sedang berusaha gigih bagi menangkap haiwan mamalia berbulu yang terlepas di sana iaitu skunk.

Namun proses menangkap haiwan itu tidaklah mudah seperti yang disangka. Walaupun sesetengah baka skunk ini adalah jinak, tetapi baunya yang mengalahkan orang tidak mandi membuatkan tugas ahli bomba ini semakin sukar.

“Hari ni dalam sejarah tangkap skunk,” kata anggota bomba berkenaan ketika dalam perjalanan ke lokasi.

Sumber: TikTok (@pedangair)

Dalam hantaran sama, kelihatan petugas keselamatan itu berundur banyak kali sebelum menangkap skunk tersebut. Hal ini kerana skunk itu kentut dengan kerap setiap kali ada yang mendekatinya.

Dengan muka berkerut, abang-abang bomba itu hanya mampu tergelak setiap kali disembur gas busuk daripada skunk. Bahkan ada yang sampai nak termuntah menghidunya.

Alhamdulillah selepas seketika, skunk itu berjaya ditangkap selepas ia dibalut dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Ia kemudiannya dilepaskan di dalam kawasan hutan.

“Satu kentut, satu kali lari. Silap-silap 100 meter pun masih boleh hidu perfume dia,” kata anggota penyelamat berkenaan di ruangan kapsyen.

@pedangair 1x Kentut 1x Lari. silap2 100m pun masih blh hidu perfume dia 😂.. #creatorsearchinsightsa #pedangair #bomba #bombamalaysiaシ #fyp #bombasabah #BombaSembulan #bombamalaysia #skunk #borneo ♬ Funny – Gold-Tiger

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Cuit Hati Lihat Gelagat Anggota Bomba Tangkap Skunk

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah abang bomba yang terpaksa bergelut dengan haiwan busuk itu.

“Masing-masing nak muntah macam tengah morning sickness,” kata seorang wanita.

“Aku ingatkan abang bomba tu lari sebab kawan dia yang kentut. Sekali rupanya skunk. Adoi nasib baik tengok (video) sampai habis kalau tak dah terfitnah kawan sebelah tu,” jenaka seorang lagi netizen.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan sendiri dengan skunk di depan mata.

“Saya dah pernah hidu bau kentut skunk. Kentutnya macam bau tumbuhan semula jadi. Ada bau tersendiri macam bau petai,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@pedangair)

Fakta Tentang Skunk Yang Anda Perlu Tahu

Sekadar info, skunk ialah mamalia kecil berbulu yang terkenal dengan kebolehannya menyembur cecair berbau busuk bagi mempertahankan dirinya daripada bahaya dan musuh.

Kentut yang berbau busuk itu sememangnya boleh membuatkan seseorang berasa mual dan tidak tentu arah sama seperti pasukan bomba sebentar tadi.

Ia juga terdiri daripada pelbagai warna tetapi yang popular adalah hitam dan putih. Buat anda yang tidak tahu, skunk ini tidaklah begitu aktif dan banyak menghabiskan masanya untuk tidur.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kepala Kucing Sangkut Dalam Tin ‘Wet Food’ Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd