Now Reading
“Anak Sampai Terhantuk” – Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Si Kecil Main Di Gelongsor Simen

“Anak Sampai Terhantuk” – Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Si Kecil Main Di Gelongsor Simen

Menerusi video tular, kelihatan ada kanak-kanak yang terjatuh apabila tidak dapat mengawal kelajuannya semasa menuruni gelongsor simen di Cameron Valley Tea House itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai ibu bapa adalah tanggungjawab golongan ini bagi memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak khususnya apabila berada di luar rumah.

Hal ini kerana si kecil yang tidak berdaya berkemungkinan terdedah kepada bahaya tanpa kita sedari. Sebagai contoh, sesetengah pihak pengurusan sesebuah kawasan perumahan tidak menyelenggara taman permainan secara berkala.

Bukan itu sahaja, ada juga jenis permainan yang tidak sesuai bagi had umur tertentu. Ia sekaligus menyebabkan keselamatan si kecil tidak terjamin.

Wanita Seriau Lihat Anak Kecil Main Di Gelongsor Simen

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aien_suraya) apabila seorang wanita dikenali sebagai Aien berkongsi suasana para pengunjung yang melawat Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands.

Bukan sahaja menikmati pemandangan ladang teh, malah orang ramai terutamanya golongan anak kecil juga boleh meluangkan masa di gelongsor besar tersedia di sana.

Namun lain daripada kebiasaannya, gelongsor tersebut diperbuat daripada simen dan bukan plastik seperti di taman permainan.

Simen yang bersifat keras itu dikatakan boleh membahayakan fizikal kanak-kanak yang masih lemah jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa orang budak tidak dapat mengawal kelajuannya semasa menuruni gelongsor itu sehingga mengakibatkan mereka tersembam di lantai dan menangis.

Ibu Bapa Diminta Sentiasa Perhati Pergerakan Anak

Perkara tersebut sekaligus mengundang perhatian Aien di mana ia dikatakan tidak selamat buat kanak-kanak. Dakwa wanita itu, anaknya telah terhantuk di bahagian muka selepas menaiki gelongsor berkenaan.

“Teruk-teruk (orang) jatuh. Kalau ada span okay la. Ni anak Aien pun terhantuk muka. Memang bahaya,” dakwanya.

Aien dalam masa sama meminta ibu bapa untuk sentiasa memantau aktviti anak-anak semasa berada di sana bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Kenapa Aien rasa gelongsor ni bahaya sangat. Tak boleh nak tengok orang turun, gerun sangat,” ujarnya dalam satu lagi hantaran.

@aien_suraya hati hati parents yang bawa anak main gelonsor ni. agak berisiko. #fypage ♬ original sound – Aien Suraya

Tonton video penuh [DI SINI].

@aien_suraya Ada yang rasa macam Ain juga tak? #trending #fyp #cameron #cameronhighland ♬ suara asli – d i a n t r i c a h y a28

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Luah Rasa Risau Dengan Gelongsor Simen Yang Curam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa khuatir mereka terhadap permainan yang bahaya untuk anak kecil itu.

“Tolong, gelongsor ni tak sesuai untuk budak 11 tahun ke bawah, bahaya. Tambah pula yang badan kecil-kecil tu. Ya Allah, risau tengok,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman ngeri apabila bermain gelongsor simen sebelum ini.

“Aku ingat lagi, aku pernah main dekat gelongsor simen habis kulit tangan mengelupas sebab entah tak ingat,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang berkata gelongsor terbabit terlalu curam bagi seorang kanak-kanak.

“Kena pakai baju yang licin sikit kalau nak main. Kalau tak, berguling memang sakit anak. Tapi lebih baik tak payah bagi main. Sebab terlalu curam tinggi tu,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@aien_suraya)

Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Didakwa Jadikan Taman Permainan Seperti Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya Slime! Ibu Bapa Tolong Alert

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sangkut Di Cameron Highlands Gara-gara Pemandu MPV Tak Yakin Memandu Di Selekoh Sempit

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tidur Di Stesen Minyak Gara-gara Tempat Penginapan Sekitar Cameron Highlands Penuh?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd