[Video] Kantin Sekolah Didakwa Aniaya Pelajar, Tekan Harga Burger Isi Kosong RM3 Undang Kecaman Hebat
Difahamkan, video tersebut merupakan keluhan seorang ayah di dalam grup ibu bapa mengenai harga makanan kantin yang tidak waras.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi kebiasaan bagi kantin sekolah menjadi tempat utama murid-murid mendapatkan makanan setiap hari. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga berharap kantin mampu menyediakan makanan berkualiti dengan harga berpatutan.
Namun, wujud juga segelintir pengusaha kantin yang mengambil kesempatan terhadap golongan pelajar ini, terutamanya di sekolah-sekolah harian biasa. Apa yang lebih membimbangkan, makanan yang dijual bukan sahaja tidak setimpal dengan harga, malah tidak sihat untuk pengambilan harian.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video dari aplikasi TikTok memaparkan kekecewaan seorang ibu terhadap makanan yang dijual kepada anaknya di kantin sekolah, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Tegur Budak-budak Main Air Takungan, Berang Golongan Dewasa Di Sekeliling Seakan Tak Peduli
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Budak Tantrum Dalam Feri, Doktor Sound Ada Lelaki Bagi ‘Tips’ Kasi Ubat Tidur Terkawal Pada Anak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-Kanak Baling Batu Pada Anjing Belaan, Tuan Rumah Kesal Ibu Bapa Diam Seribu Bahasa
Burger Kosong RM3, Nugget Seketul Buat Ibu Bapa Bengang
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@leena.scha), dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan rakaman dikongsi dalam grup WhatsApp ibu bapa sekolah anaknya.
Video tersebut menunjukkan seorang bapa sedang membelek sebiji burger dipercayai dibeli anaknya di kantin sekolah berkenaan.
Apa yang mengejutkan, burger itu hanya mengandungi roti lembik, sedikit sos, dan seketul nugget sebagai isi.
Menurut wanita itu, dia sendiri pernah mengalami isu serupa dan menyuarakan rasa kecewa terhadap pengurusan kantin sekolah tersebut.
Malah, si ibu mendedahkan bahawa kantin berkenaan pernah ditutup sebelum ini atas isu berkaitan makanan.
“Tak semua orang mampu. Tapi jangan buat anak-anak macam ni. RM3 burger size mini je kot, isi tu nugget camtu je… beli tepi jalan pun dapat full!” tukisnya menerusi kapsyen video.
Netizen Sokong, Guru Turut Mengaku Tiada Kuasa Tegur Kantin
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap harga makanan di kantin sekolah, khususnya apabila ia tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama di sekolah lain, di mana makanan yang dijual terlalu mahal sedangkan murid-murid masih kecil dan belum mampu bersuara.


Seorang pengguna yang juga guru memaklumkan bahawa guru-guru sendiri tidak mempunyai kuasa penuh untuk menegur pihak kantin secara langsung kerana ia diuruskan oleh kontraktor luar.

“Pengusaha Kantin Tender Tidak Boleh Naikkan Harga Jualan Sesuka Hati” – Fadhlina
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pengusaha kantin sekolah yang mahu menaikkan harga jualan makanan boleh berbincang dengan pihak sekolah serta wakil Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) bagi mendapatkan persetujuan.
Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Kantin Sekolah Boleh Bincang Dengan Ibu Bapa Jika Mahu Naikkan Harga – Fadhlina Sidek
Namun beliau mengingatkan bahawa pengusaha kantin yang telah menandatangani tender dengan pihak sekolah adalah tertakluk dengan perjanjian tersebut dan tidak boleh menaikkan harga jualan dengan sesuka hati.
“Berdasarkan buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang terkini terbitan tahun 2011, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengetua atau guru besar memastikan pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga.
“Dalam Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah yang ditandatangani oleh pihak sekolah (mewakili kerajaan) dengan pengusaha kantin sekolah pula, pihak pengusaha kantin sekolah hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah adalah pada harga yang berpatutan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak sekolah,” katanya.
Berniaga Kena Ikhlas, Jangan Ambil Kesempatan Terhadap Kanak-Kanak
Apabila berniaga dalam lingkungan sekolah, keikhlasan perlu menjadi asas utama. Usah jadikan keuntungan sebagai alasan untuk mengambil kesempatan terhadap murid yang tidak tahu menilai harga.
Ikutlah harga yang ditetapkan dan pastikan makanan yang dijual bukan sahaja berbaloi, malah menyihatkan. Ramai ibu bapa bekerja dan mengharapkan anak-anak mereka makan dengan baik di sekolah.
Bak kata pepatah, biar kecil untungnya, asal besar kejujurannya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Persoal Tindakan Ibu Bapa Biarkan Anak-anak Kecil Mandi Air Banjir
Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Bapa Perlu Tahu Batas Sentuhan Dengan Anak-Anak Semasa Bergurau” – Jurulatih Parenting
Baca Artikel Berkaitan: “Lama Tak Tahu Berapa Jam” – Lelaki Bengang Ramai Biarkan Pakaian Dah Kering Dalam Dryer Di Dobi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.