[Video] Isu Budak Tantrum Dalam Feri, Doktor Sound Ada Lelaki Bagi ‘Tips’ Kasi Ubat Tidur Terkawal Pada Anak
Sebelum ini, seorang suami yang menaiki feri bersama isterinya mencadangkan agar ibu bapa memberi ubat tidur terkawal kepada anak kecil yang tantrum di tempat awam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, menjadi seorang ibu dan bapa adalah impian rata-rata pasangan suami isteri di luar sana. Pun begitu, ada juga cabaran yang perlu ditempuhi dalam membesarkan mereka. Sebagai contoh perangai dan ragam si kecil terutamanya pada usia bayi hinggalah mereka masuk ke alam persekolahan.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki meluahkan pengalaman kurang senangnya semasa menaiki feri. Menurut lelaki terbabit, seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur tujuh tahun telah meragam dan tantrum hampir sepanjang perjalanan itu.
Dakwanya, ibu bapa kepada si kecil telah pun memberikan sesuatu untuk membuatkan anak mereka senyap, namun ia bertahan sekejap sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tegur Individu ‘Judge’ Ibu Bapa Kerana Anak Buat Hal Di Tempat Awam Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan
Suami Dakwa Kanak-kanak Generasi Kini Tak Mahu Dengar Cakap Ibu Bapa
Budak yang menangis teriak itu dikatakan telah mengganggu penumpang di dalam feri termasuk isteri lelaki berkenaan yang tidak berapa sihat pada ketika itu.
“Memang mak bapak sekarang ni berlembut sangat ke dengan anak? Sampai anak pijak kepala tak nak dengar cakap ibu bapa dan tolong jangan bagi alasan ‘biasalah budak-budak’,” ujarnya.
Perkongsian ini kemudiannya telah mendapat perhatian banyak pihak khususnya golongan ibu bapa.
@aeryllfamee ‼️Triggered Warning‼️ Real life experience yg jadi time dlm ferry. Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan – Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah – Penang – Kelantan drive and nasib tak baik time hari blk dr Langkawi – Kuala Kedah wife tengah demam panas, muntah non stop and menahan migraine tu yg aku kasi gula2. Kalau bayi faham tapi masalahnya dah besar budaknya siap blh cakap apa yg dia nak. Aku dulu kalau buat hal tempat awam hbis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak ( iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. lain pulak kalau anaknya oku or baby kita faham lah juga tapi ni alhamdulillah sihat je siap boleh menjawab apa yang dia nak tanpa pelat ikut size 6-7 tahun. Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. “Bisinglah” mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tlg ambik dr side yg positive Memang mak bapak sekarang ni berlembut sangat dgn anak ke ? Sampai anak pijak kepala, taknak dgr cakap parents and TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2 . Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia budak lah kena ajar sperti peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya”. So Solutionnya ape? Parents yang anaknya kuat tantrum, apa yg korang buat utk distract anak korang? Boleh sharekan tips korang? Mana tahu membantu utk yang bakal menjadi parents nanti or yg deal dgn anak fruits Selain dari alasan (biasalah budak2 / ada anak nanti tahu lah ). If got solution tolong kongsi supaya yang lain dapat manfaat bukan nak triggered tak tentu hala. Bukannya mendoakan keburukan atas orang lain. Peace no war 😊
♬ original sound – Aeryll
Tonton video penuh [DI SINI].
Pakar Geram Lelaki Cadang Beri Ubat Tidur Kepada Anak Tantrum
Sementara itu, pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Irma Izzati (@drirmaizzati) juga meluahkan kekecewaannya kepada lelaki tular itu kerana mengesyorkan perkara tidak munasabah kepada golongan ibu bapa di luar sana.
Membalas kepada komen netizen, lelaki berkenaan memberi cadangan agar penjaga memberikan ubat tidur terkawal kepada kanak-kanak agar mereka dapat berehat sekaligus tidak mengganggu orang lain.
“Bila tahu anak jenis meragam dekat tempat macam ni (tempat awam) kan boleh bagi ubat tidur terkawal dan saya pun bukan menghentam ibu bapa cuma pelik tak kan tak ada solusi sampai semua orang nak kena hadap (ragam si kecil),” katanya.

Sumber: Pexels
Malah Dr Irma menyifatkan si lelaki bersama isterinya masih belum bersedia untuk mempunyai anak sendiri.
“Saya meraikan pendapat tau. Tapi ada satu pendapat ni tidak layak langsung diraikan. Saya harap individu yang bagi tips ni iaitu pemilik video budak nangis dalam feri ni tak jadi parents dalam masa terdekat ni la sebelum dia tingkatkan ilmu dia.
“Kalau kau cakap lagi banyak, lagi terserlah kau punya b*doh tu. Maaf cakap kau tak layak jadi bapa kalau bagi tips dan fikir untuk buat macam ni. Sangat bahaya tahu tak,” tegas doktor tersebut.
Jelas pakar itu, memberikan ubat selsema dan batuk adalah tidak disarankan apatah lagi dengan memberi ubat tidur meskipun dosnya terkawal.
“Ubat tidur kepala otak kau. Anak siapa ni? Tolong bawa balik pergi kursus kahwin, tiap kursus yang adalah untuk brainwash balik otak,” berangnya di akhir perkongsian.
@drirmaizzati Replying to @fatinnainn_ ♬ original sound – irma 🍉
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Setuju Dengan Teguran Pakar Tentang Pengambilan Ubat Tidur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan Dr Irma.
“Saya komen dekat dia suruh diorang merancang jangan ada anak dulu sebab risau nanti anak jadi mangsa. Dua-dua macam tak pandai kawal. Dia baru kahwin, masih jauh perjalanan,” kata seorang wanita.
Segelintir individu pula berkata pasangan suami isteri tersebut berfikiran sebegitu kerana belum ada pengalaman menjadi ibu bapa.
“Belum ada ada anak memang dia akan rasa terpaling tahu tips segala benda nak kawal budak. Ni kalau adik-adik dia minta tolong jaga anak jangan bagi dekat dia ni. Tahu-tahu tidur seminggu,” jelas seorang pengguna TikTok.







Baca Artikel Berkaitan: Ibu Dikecam Buat Trend ‘Don’t Judge’, Tipu Pergerakan Bayi Dalam Perut Gara-gara Malas Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa
Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.