[Video] Individu Ini Tinggalkan Pitbull Depan Shelter Anjing Jalanan Bersama Wang RM150
Difahamkan, seekor anjing dipercayai baka pitbull yang mengalami masalah kesihatan kronik telah ditinggalkan di luar rumah jagaan anjing bersama wang tunai RM150, dipercayai sebagai “kos rawatan”.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, ada segelintir individu yang cukup prihatin terhadap nasib haiwan jalanan sehingga sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi menempatkan mereka di pusat jagaan khas.
Namun, tidak semua orang menghargai usaha ini. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan meninggalkan haiwan mereka tanpa sebarang perbincangan atau persetujuan, seolah-olah tempat tersebut boleh menerima sesiapa sahaja tanpa batasan.
Baru-baru ini, satu video tular memaparkan situasi yang menyayat hati apabila seekor anak anjing ditinggalkan dalam keadaan menyedihkan di luar sebuah rumah perlindungan haiwan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak Lelaki Patah Tangan Terlanggar Pagar Gara-gara Dikejar Anjing Liar
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Anak Dikurung Dalam Sangkar Anjing Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar
Anjing Ditinggal Dalam Sangkar Bersama Sampul Wang Tunai
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@sivarathinam_arumugam65), dia memuat naik video menunjukkan seekor anak anjing yang ditinggalkan di luar rumah jagaan miliknya.
Anjing tersebut ditempatkan dalam sebuah sangkar kecil, dalam keadaan amat lemah, mengalami jangkitan kulit yang teruk dan turut menunjukkan tanda-tanda fizikal penyeksaan seperti telinga yang dipotong.
Apa yang mengejutkan, turut ditemui di tepi sangkar itu adalah sepucuk sampul berisi wang tunai RM150 dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab sebagai “kos penjagaan”.
Perakam hanya sempat mengeluh dan meluahkan simpati melihat pada keadaan anjing itu yang agak kronik.
Clipped Ears, Anjing Dipercayai Jenis Pitbull Milik “Breeder”
Melihat pada ciri fizikal anak anjing tersebut, ia dipercayai daripada baka pitbull, juga salah satu baka yang diharamkan pemilikannya di Malaysia.
Pitbull merupakan baka yang sering dikaitkan dengan sifat agresif, namun sebenarnya mampu dibentuk dengan latihan dan penjagaan rapi.
Di Malaysia, pemilikan baka ini adalah tidak sah dan tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa tempatan.
Keadaan telinganya yang dipotong turut menguatkan dakwaan bahawa anjing itu datang daripada penternak haram (breeder) yang melakukan prosedur pemotongan telinga.
Cropped atau Clipped Ears merupakan satu amalan kosmetik yang sering dilakukan ke atas baka anjing ganas untuk tujuan penampilan.
Namun di kebanyakan negara Barat sendiri, prosedur ini telah dikritik dan ditolak atas alasan kezaliman terhadap haiwan.
Netizen Berang, Harap Anjing Akan Dijaga Dengan Baik
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan individu yang sewenang-wenangnya meninggalkan anjing dalam keadaan begitu menyayat hati.
Ramai juga menyatakan harapan agar lelaki berkenaan, yang jelas mempunyai pengalaman menjaga anjing jalanan, akan mengambil alih tanggungjawab meskipun dalam keadaan terpaksa.


Beberapa pengguna turut mengecam sikap sesetengah pemilik haiwan yang sanggup membuang anjing apabila ia sakit, seperti nyawa haiwan tidak berharga dan penjagaan hanya terpakai sewaktu mereka sihat dan cantik.

Beberapa Jenis Baka Anjing Diharamkan Di Malaysia

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum ini memaklumkan bahawa beberapa jenis baka anjing dilarang dibawa masuk ke Malaysia atas faktor keselamatan awam.
Menurut Kaunselor MBPP, Quah Boon Lim, baka yang diklasifikasikan sebagai berbahaya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk:
- Akita
- American Bulldog
- Dogo Argentino
- Fila Brasileiro
- Japanese Tosa
- Neapolitan Mastiff
- Pelbagai jenis Pit Bull Terrier
Beliau turut menjelaskan bahawa pihak PBT tidak akan mengeluarkan lesen untuk pemilikan baka tersebut, dan pemilik yang ingkar boleh dikenakan denda sehingga RM200 serta berdepan tindakan rampasan haiwan.
Pihak berkuasa menyeru masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan serta menyokong kempen kesedaran awam yang sedang digerakkan demi kebajikan haiwan dan keselamatan orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: Pulau Pinang Bakal Denda RM200 Jika Bela Baka Anjing Terlarang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.