“Tu Kan Sitting Zone?” – Wanita Berdiri Di Konsert Hingga Halang View Orang Lain Raih Pelbagai Reaksi
Wanita dikenali sebagai Zulaikha berkata pemandangannya terhalang kerana pengunjung lain itu berdiri dengan kerap semasa berada di konsert KRU.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila penyanyi kegemaran kita menganjurkan konsert, sudah pasti ramai peminat di luar sana yang tidak sabar untuk membeli tiket dan enjoy pada hari berkenaan.
Pun begitu, ada juga segelintir individu yang membuat ‘onar’ semasa berada di sana walaupun ada tatacara dan panduan semasa menyertai aktiviti hiburan ini.
Sebagai contoh pada November 2023, peminat kumpulan rock British, Coldplay mendapat perhatian ramai selepas sesetengah daripada mereka bertindak membuang sampah merata tempat sekitar Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sampah sarap itu merupakan sisa-sisa makanan dipercayai milik para peminat yang sedang menunggu giliran untuk memasuki pintu utama konsert yang dibuka jam 5 petang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa
Wanita Kecewa Tak Dapat Nikmati Konsert KRU Kerana Pandangan Terhalang
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@zulaikhaju) apabila wanita dikenali sebagai Zulaikha menunjukkan situasi dirinya semasa berada di konsert KRU yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Baca Artikel Berkaitan: Awas! KRU’s Return To The 90s Concerts A Big Hit – Day 4 Just Dropped!
Menurut Zulaikha, dia telah membeli tiket sitting zone (zon duduk) dan bukannya yang berada betul-betul di hadapan pentas.
Kebiasaannya, pemegang tiket sitting zone ini dapat menikmati pemandangan luas sesebuah konsert. Namun lain pula yang terjadi kepada Zulaikha apabila pandangannya terganggu apabila ada penonton lain yang berdiri di hadapannya.
Menerusi video dikongsi, Zulaikha hanya dapat melihat pentas konsert sipi-sipi sahaja dari tempat duduk disebabkan wanita terbabit.
Peminat Masih Berdiri Walau Dah Ditegur
Perkara itu sekaligus membuatkannya tidak dapat menikmati keseluruhan konsert berkenaan.
“Risiko bila pergi konsert. Ni pemandangan saya sepanjang hampir setiap waktu (sambil menunjukkan wanita yang berdiri di depan),” kata Zulaikha di kapsyen video.
Jelasnya lagi, dia sudah pun menegur peminat itu agar memberi ruang dan tidak menghalang namun wanita itu masih melakukan perkara sama.
@zulaikhaju Sorry la kak kalau terviral #concert #genkru #janganpilihseattepi ♬ original sound – Zulaikhaju
Tonton video penuh [DI SINI].
Segelintir Berpendapat Tindakan Berdiri Adalah Hak Pengunjung Konsert
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Segelintir individu berpendapat bahawa ia merupakan hak wanita itu untuk berdiri memandangkan dia sudah membayar tiket bagi tempat duduk tersebut.
“Masa konsert memang semua kena berdiri patutnya. Bila rehat lima minit baru duduk. Konsert kan? Bukan tengok Akademi Fantasia,” sindir seorang wanita.
Malah ramai juga berkata berdiri dan melompat semasa berada di konsert adalah satu norma dan tidak sepatutnya dijadikan isu.
“Sitting zone bukan bermakna kita kena duduk je, patutnya kau cakna tempat jenis apa kau pergi, konsert ke, majlis pencapaian akademik ke yang nak kena duduk je ni?” tanya seorang lelaki.





Ramai Minta Pengunjung Konsert Timbang Rasa Dengan Orang Lain
Sementara itu, sesetengah netizen pula berpendapat sebaliknya di mana si penonton wanita itu perlu bertimbang rasa dengan pengunjung konsert yang lain.
“Tolong hormat orang lain, kalau kawasan kau tak jenis yang bangun jadi jangan la bangun. Kalau area kau jenis bangun tak apalah.
“Saya tengok orang belakang saya bangun baru saya bangun sebab sama-sama beli tiket,” jelas seorang pengguna TikTok.
Bahkan ada yang berkata setiap individu sepatutnya duduk apabila berada di sitting zone.
“Banyak rupanya orang tak ada common sense dekat komen ni. Beli sitting zone duduk la. Tak kisah la kau pergi konsert black metal nak head banging pun, buat sambil duduk sebab kau beli sitting zone,” kata seorang wanita.




Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laungan Azan Maghrib Dimainkan Di Tempat Konsert Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: “Cinta Matikuuu” – Nidji Buat Konsert Free, Jalan Bukit Bintang Dibanjiri Peminat!
Baca Artikel Berkaitan: Artis K-Pop Bang Yong-Guk Henti Persembahan, Beri Waktu Untuk Solat Maghrib
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.