[Viral] Tak Sanggup Biarkan Individu Dalam Kesusahan, Wanita Sanggup Patah Balik Berbatu Hulur Bantuan
Difahamkan, jalan utama itu tiada simpang khas untuk membuat pusingan U menyebabkan wanita itu terpaksa mengambil inisiatif jalan alternatif lebih jauh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagai aur dengan tebing, begitulah indahnya semangat saling membantu yang masih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam dunia yang makin sibuk, sikap prihatin seperti inilah yang mengingatkan kita bahawa kemanusiaan masih wujud.
Tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, rakyat Malaysia sering tampil ringan tangan menghulurkan bantuan, walaupun kepada orang yang tidak dikenali. Kadangkala, tindakan kecil seperti itu mampu memberi harapan besar kepada yang sedang susah.
Terbaharu, tindakan mulia seorang wanita yang sanggup berpatah balik sejauh hampir berkilometer semata-mata untuk membantu seorang lelaki tersadai di tepi jalan telah meraih pujian ramai di media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tersentuh Lihat Jiran Bantu Simpankan Parcel Ketika Tuan Rumah Tiada
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Pimpin Tangan, Ramai Puji Pemuda Prihatin Tolong Aunty Lintas Jalan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian
Sanggup Cari Jalan Tikus Demi Tolong Orang Tepi Jalan
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@seansaw67), wanita itu berkongsi detik dia membuat keputusan berpatah balik setelah terlihat sebuah kereta tersadai di bahu jalan pada waktu malam.
Oleh kerana ia merupakan jalan utama tanpa simpang khas untuk membuat pusingan U, wanita itu mengambil inisiatif mencari jalan alternatif yang jauh sebelum berpatah balik ke lokasi lelaki itu tersadai.
Sebaik tiba, dia terus bertanya sama ada lelaki tersebut memerlukan bantuan. Lelaki itu dilihat memegang kabel jumper dan wanita itu segera meletakkan keretanya berhampiran enjin kenderaan tersebut untuk menyambungkan bateri.
Dia turut keluar dari kereta, membuka bonet dan membantu ‘jump-start’ enjin kereta yang rosak. Selesai proses tersebut, mereka sempat berbual sebentar sebelum masing-masing meneruskan perjalanan.
Wanita itu menjelaskan di ruangan kapsyen bahawa interaksi sebegini merupakan keharmonian yang terjalin antara masyarakat. Dia mengakhiri coretannya itu dengan ungkapan, “Kita 1 Malaysia”.
Netizen Terharu Lihat Tindakan Ikhlas Wanita Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu yang dianggap berani dan berhati mulia.

Ramai juga yang menyuarakan rasa bangga melihat interaksi penuh harmoni antara dua individu berbeza bangsa. Ia seumpama menjadi simbolik kepada perpaduan masyarakat Malaysia.
Tidak kurang juga yang memberi nasihat mengenai keselamatan di jalan raya, terutama bagi yang berniat untuk membantu orang lain pada waktu malam.



Kit Kecemasan Dalam Kereta, Wajib Ada Untuk Elak Situasi Cemas
Kejadian seperti ini turut menjadi peringatan tentang pentingnya menyediakan kit kecemasan dalam kenderaan. Peralatan asas ini bukan sahaja berguna ketika berdepan kecemasan, malah boleh menjadi penyelamat nyawa.
Berikut adalah senarai 10 barang keperluan yang disarankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk disimpan dalam kenderaan. Antaranya:
- Pengecas telefon bimbit
- Tukul keselamatan pelbagai guna
- Perkakas pelbagai guna (multi-tool)
- Payung
- Kabel pelompat (jumper cable)
- Segi tiga keselamatan
- Pemadam api kecil
- Tayar simpanan dan alat penukar tayar
- Kit pertolongan cemas
- Lampu suluh dan bateri tambahan
Keberadaan kit ini mampu memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpang dalam menghadapi sebarang situasi tidak dijangka ketika di jalan raya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ribut Tiba-Tiba Melanda, Netizen Terharu Lihat Satu Padang Turun Bantu Pegang Khemah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Pemandu Van Bantu Rider Tersadai Dalam Ribut
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kira Bangsa, Semua Dilayan Sama” – Guru SJKC Dipuji Bantu Murid Ketika Hujan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.