[Video] Tak Sedar Suara Sendiri Kuat, Lelaki Nyanyi Qasidah Dalam Lif Undang Gelak Tawa Ramai
Menerusi video berkenaan, pasangan suami isteri itu hanya mampu menahan ketawa melihat gelagat individu yang berqasidah sepenuh hati itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, terkadang kita dibuai dengan alunan muzik yang mendamaikan. Tak semestinya lalai, kadangkala ia cuma satu cara untuk menikmati keindahan melodi yang menyentuh jiwa.
Sekarang ini pula, dengan kewujudan pelbagai peranti audio seperti earbud, semakin mudah untuk orang mendengar muzik atau ceramah secara peribadi. Namun kadangkala, keasyikan itu membuatkan orang sekeliling pun ‘terhibur’ tanpa diminta.
Kebiasaannya bila kita berada dalam suasana yang bising, suara kita juga akan cenderung menjadi kuat sebagai tindak balas otak. Begitulah yang terjadi dalam satu situasi mencuit hati baru-baru ini apabila seorang lelaki tanpa sedar berqasidah dalam lif dengan kuat tanpa menyedarinya.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Tahan Gelak?” – Pertandingan Menangis Di Expo Kelantan Curi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Penumpang Warga Asing Tak Pandai Pakai ‘Seatbelt’ Buat Pemandu E-Hailing Garu Kepala
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur
Suami Isteri Tahan Gelak, Lelaki Qasidah Sepenuh Hati
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@seraazahry), seorang wanita berkongsi suasana kelakar sewaktu berada dalam sebuah lif bersama suaminya di sebuah pasar raya.
Menurutnya, niat asalnya hanyalah untuk merakam sedikit memori bersama suaminya. Namun, sesuatu yang tidak disangka berlaku sebaik sahaja lif itu berhenti di satu tingkat dan seorang lelaki menyertai mereka di dalam ruang lif tersebut.
Secara tiba-tiba, lelaki itu mula menyanyi dan “humming” alunan qasidah dengan penuh semangat, dipercayai didengarnya menerusi earbud yang dipakai.
Si isteri pula sempat merakam reaksi wajah suaminya yang terpinga, cuba menahan gelak dalam situasi serba salah itu.
Netizen Terhibur, Tuan Badan Tampil Perjelas Situasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur dengan situasi itu dan ramai yang tak dapat menahan ketawa melihat reaksi pasangan tersebut.
Menariknya, lelaki yang menyanyi itu sendiri tampil di ruangan komen untuk menjelaskan perkara sebenar.
Katanya, dia benar-benar tidak sedar bahawa suaranya kedengaran begitu kuat kerana menyangkakan nyanyiannya hanya perlahan.


Netizen turut bergurau sakan di ruangan komen, ada yang berkata mereka juga pernah alami perkara yang sama ketika terlalu asyik guna earbud.


Kenapa Kita Tak Sedar Suara Sendiri Kuat Bila Guna Earbud? Ini Penjelasannya!
Untuk menjelaskan kenapa lelaki dalam video tersebut boleh menyanyi dengan penuh perasaan tanpa sedar suaranya kuat, kita boleh kaitkan dengan konsep auditory masking yang berlaku apabila satu bunyi ‘menenggelamkan’ bunyi lain dalam otak manusia.
Memetik laman Ansys, “auditory masking” berlaku apabila kehadiran satu bunyi menyebabkan bunyi lain tidak dapat didengar dengan jelas walaupun ia sebenarnya wujud dalam persekitaran.
Antara cara mudah yang membantu kita faham situasi ini adalah:
- Auditory masking buat seseorang tidak sedar akan suara sendiri yang kuat kerana otaknya sedang fokus pada bunyi dari earbud, bukan dari suara sendiri
- Simultaneous masking berlaku bila dua bunyi dengan frekuensi hampir sama terdengar serentak, dan satu daripadanya hilang dari radar pendengaran
- Temporal masking pula berlaku bila bunyi berturutan saling menutup antara satu sama lain, sama ada datang dulu atau selepas
- Dalam lif yang sunyi dan tertutup, efek masking jadi lebih kuat kerana tak ada banyak gangguan bunyi lain, menyebabkan suara sendiri kedengaran lebih perlahan dari realiti
Inilah sebabnya kenapa kadang-kadang apabila kita dengar lagu menggunakan earbud, kita menyanyi ikut sedap rasa tanpa sedar satu lif boleh dengar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Suspek’ Masuk Kain Pelikat Waktu Ayah Solat. Beratnya Dugaan!
Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.