[Video] Raih 1.2 Juta Tontonan, Adab Pelajar Salam Tangan Abang Bas Curi Perhatian
Menerusi video tular, pelajar-pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) itu bukan sahaja mengucapkan terima kasih malah bersalaman dengan pemandu bas sebelum bergerak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Antara adab dan ilmu, adalah penting bagi seseorang itu menitikberatkan adab dahulu apabila berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana adab itulah yang mencerminkan salsiah diri.
Namun masih ramai di kalangan pelajar yang bertindak sebaliknya. Seperti sebelum ini, seorang mahasiwa dikecam selepas dia memperlekehkan para pensyarah yang memberikannya banyak tugasan.
Dia dengan bangga berkata kesemua assignment berkenaan boleh disiapkan dengan menggunakan bantuan AI (Artificial Intelligence) seperti ChatGPT dan Deepseek meskipun di saat akhir.
Bahkan pelajar tersebut turut mendakwa pensyarahnya sengaja mahu mempermain dan menyusahkan pelajar dengan tugasan yang banyak.
Baca Artikel Berkaitan: “Tutup Mata Je Guna ChatGPT” – Pelajar Dikecam Perlekeh Pensyarah Beri Banyak Assignment
Baca Artikel Berkaitan: “Panggil Puan Atau Akak” – Pelanggan Suruh Staf Jaga Adab Kerana Sebut Makcik Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjajah Sir” – Guru Terkilan, Pelajar Persoal Kenapa Ajar Matematik Guna Bahasa Inggeris
Pelajar Lelaki KYPJ Salam Tangan Pemandu Bas Sebelum Ke Kolej
Bagaimanapun, masih ramai generasi muda yang masih menjaga tatasusila dan akhlaknya dengan individu lebih berumur.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@rosdi7303) menunjukkan pemandu bas dikenali sebagai Rosdi sedang menghantar pelajar-pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) ke kampus.
Selepas tiba di destinasi, kelihatan sekumpulan pelajar itu sedang berbaris untuk keluar dari daripada bas. Seperti kebiasaan, kebanyakan daripada mereka akan mengucapkan terima kasih kepada Rosdi sebagai tanda penghargaan setelah menghantar ke kolej dengan selamat.
Namun tidak terhenti di situ, perkara lain pula yang membuatkan pemandu ini terharu apabila seorang pelajar lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum turun daripada bas.
Pemandu Bas Sebak Anak Muda Jaga Adab Dengan Golongan Dewasa
Selepas itu, para pelajar yang berada di barisan belakang pula mula melakukan perkara sama. Dalam video berkenaan, dapat lihat Rosdi mengukirkan senyuman melihat telatah mereka yang penuh adab.
Alhamdulillah, disebabkan seorang mula memberi salam yang lain pun terikut untuk melakukan kebaikan yang sama.

“Anak siapa lah ni sungguh beradab,” kata Rosdi di ruangan kapsyen.
Jelas Rosdi, dia berasa sebak melihat anak-anak muda yang masih menjaga adab dengan orang dewasa. Tambahnya, dia tidak keberatan jika para pelajar itu sekadar mengucapkan terima kasih kepadanya.
Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas ia menerima jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta kali setakat artikel ini ditulis (8 Mei).
@rosdi7303 Anak sapa la ni sungguh beradab🥹#studentkypj#driverbaskypj#abgtiktok😜#drivermudapunyacerita ♬ Perjalanan – Putra Aiman & Haikal Iman
Tonton video penuh [DI SINI].
Warganet Terharu Lihat Sikap Budi Pekerti Para Pelajar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu melihat sikap murni sekumpulan pelajar yang tidak terlupa untuk menyalam tangan Rosdi sebelum keluar bas.
“Menitis air mata tengok momen ni. Terbaik didikan mak ayah diorang. Titik beratkan adab tu yang indah,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga memuji pelajar yang memakai t-shirt putih kerana berjaya mempengaruh rakannya yang lain untuk melakukan perkara sama.
“Bagusnya bila seorang buat, automatik yang lain ikut. Mantap dik. Kau la trendsetter sebenar,” ujar seorang lelaki.
“Seorang budak je yang tunjuk adab hormat orang tua, yang lain turut ikut. Terbaiklah adik pakai baju putih tu. Macam anak saudara saya hormat orang tua. Anak saya pun belum tentu macam tu,” tambah seorang lagi netizen.
Sementara itu, segelintir individu berharap agar sikap itu diteruskan sehinggalah sudah meningkat dewasa.
“Video ni berjaya tunjuk budak-budak sekarang masih ramai lagi yang beradab. Semoga berjaya adik-adik!” kata seorang wanita.







Sekumpulan Murid Bantu Guru Tukar Tayar Kereta Pancit
Sebelum ini, sekumpulan murid lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Muda, Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai selepas video mereka menolong guru wanita dikenali sebagai Teacher Mai tular di media sosial.
Difahamkan salah satu tayar kereta milik Teacher Mai telah pancit akibat tertusuk sebatang paku. Oleh disebabkan itu, mereka menawarkan diri untuk menukarkan tayar kereta.
Walaupun berpanasan, para pelajar tingkatan dua itu dilihat bersemangat membantu si cikgu daripada awal proses menukar tayar sehinggalah ke akhirnya tanpa mengeluh kepenatan.

Baca Artikel Berkaitan: Sekumpulan Murid Lelaki Tingkatan 2 Jadi ‘Hero’ Bantu Cikgu Tukar Tayar Pancit Dipuji Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej
Baca Artikel Berkaitan: “Mudah Dapat Pahala” – Wanita Dipuji, Sedia Air Minuman Percuma Buat Pelajar Sekolah Merentas Desa [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.